Friday, October 30, 2009

5S = buruh kasar

Gila la satu zon ni aku berdua dgn despatch aje yang mengerjakan untuk program 5S. 3 orang staf aku yg dah blah balik ke kementerian cuma beli barang, tempah perabot, bg idea idea idea... time nak laksanakan idea-idea tersebut depa blah.. hantu raya betul..

Ni aku baru dapat budget RM1000 untuk beli pokok bunga dan buat lanscaping sket. Itu pun selepas Hj Din bising kt mesyuarat zon bgtau zon kami je yg takde bunga2 hias2 sbb tade duit. Hahahaha.. apa nak buat... department termiskin. Dorang ni plak papehal.. "yg itu korang kena beli sendiri.. guna vot sendiri". Pundek lah! Depatment aku ni department anak angkat dari kementerian.. mana ada vot sendiri. Bodoh betul. Sudahnya... before staf2 aku ni blah.. aku suh dorang jadi pengemis kat department lain mintak vot. Hahahaha.. bijak.. bijak..

Nak menghias zon aku ni.. kebanyakkannya guna bahan kitar semula. Dasar orang miskin.. tak berduit..
  1. Papan kenyataan department/zon lain nak buang.. kitorang kutip.. bersihkan.. cantikkan.. jadi papan tanda opis kitorang.
  2. Fail-fail kulit keras yang dh rosak sket2.. dorang nak buang.. kitorang kutip.. repair2.. jadikan fail opis kitorang.. even it's not turn out well ada campur2 file background itam ada yg background putih.. hmmm ada idea how to cover it up?
  3. Memana papan buruk yang orang tak nak pakai.. kitorang kutip.. bersihkan.. cat kasi cantik.. kitorang buat tempat rubberstamp..
  4. Takde duit nak beli pasu bunga utk hias ofis.. kitorang masuk hutan.. tebang buluh.. cat cantik2.. tadaaaaa jadi pasu bunga..
  5. Tade duit nk beli tempat letak payung.. kitorang potong buluh.. cat.. ikat cantik2..
  6. Papan tanda ke ofis pun tak main la tempah2 kat kedai.. amik papan hanyut yg kita jumpa kt tepi jalan.. gosok dgn kertas pasir bg licin balik.. potong2... cat la dgn nama department.. pacak je kt luar tu.. siap la papan tanda opis aku.. hahahaha..
  7. Payah sangat nak buat sudut 5S.. nak gantung softboard beso.. takbleh plak.. opis ni pakai cement board dgn zink aje.. gantung benda berat2 tu kang.. rebah pulak opis ni.. takpe.. kitorang buat sudut 5S pakai frame gambar.. dah dari jauh org igt LCD tv.. hahahaha..
Pendek kata... hasil hiasan barang buangan ni menjadi ler.. ramai pulak yg duk puji sudut 5S aku dgn hiasan bunga aster.. bunga kecik2 yg sgt susah nak cari bunga plastik mcm tu kt kedai.. nasib baik ler jumpa kt kedai kraftangan dkt2 umah aku kt Ampang sinun dan harganya pun murah. Sememangnya hiasan zon aku tak setanding dgn hiasan zon2 lain. Berpatutan lah dgn belanja yg dorang keluarkan kalau nak banding dgn belanja yg kami keluarkan. Dorang bleh caras duit department sendiri. Aku ni kena mintak sedekah duit kt department2 lain utk buat 5S ni. Setakat ni tak sampai RM10 ribu pun yg aku guna. Bukan mcm department lain bleh cecah ratus2 ribu semata2 nak buat 5S. Gila lah.. perabih duit jer..

Ni aku sedang melepaskan lelah... aku tuko profesyen jap td. Dari bos turun pangkat jadi buruh. Mengangkut batu-bata untuk hias landscaping zon aku. Kawasan luar pejabat tak beso. Cuma tak cukup kudrat nak buat. Sebbaik ada juga staf2 department lain yg sudi nak tolong. Gila la bos buat keje buruh. Pecah2 tangan dibuatnya. So selepas dapat pensijilan 5S nanti (hopefully dapat la sijil tu).. aku takmo usik dah menda2 tagging nih. Cuma buat mentenen je tiap2 bulan. Letih wei nak buat menda2 ni dgn kederat 2-3 ketul... dgn kerja hakiki yg melambak kena settlekan.

Aku tabik spring pada diri sendiri dan org2 yg tlg aku. Dengan ini aku layak mendabik dada seberapa lama yg aku suka. Kalo korang ada masalah dgn department aku.. tu masalah korang lah.. ada aku kisah?

Here's a few snapshot sebelum-selepas 5S. Errr.. apologise my gambar.. Suppose ada wording and what not kat gambar2 nih. Tak keluar plak dia. Aku edit kt powerpoint jer and terus save as picture... maleh nk edit guna picasa. Ada gambar yg ada wording "sebelum" sahaja.. ada yg takde wording langsung.. hmmm lantak lah.. janji korang nmpk perubahannya. Malas aku nak edit semula.

Tuesday, October 27, 2009

papadom

Dah tengok movie Papadom? Aku ni tade ilmu pape pasal movie making. Tapi kalo ikutkan hati nurani aku ni.. aku bagi pilem ni gred A++ la.. apa? nak rate ikut scale? Kalo 0 corot.. 10 tu best gila.. aku bagi 12 la.. wakakakakakaka...

Teruja juga aku nk tengok movie ni.. mana taknya.. menang sampai 5 awards kt Festival Filem Malaysia bebaru nih. Kalo dah menang award tu pada aku kompom la best kan.. takkan juri bg pilem tak best plak yang menang :D

Sekian banyak movie garapan Afdlin Shauki.. aku rasa takde satu pun yang tak best kecuali Buli dgn Buli Balik la yg pada aku agak boring. Mebi sbb aku tak tgk kat wayang kut. Tgk vcd kena tuko2 cd tu yg buat mata ngantuk dan bosan. Hahahaha.. alasan..

Sebenarnya minggu lepas aku ternampak announcement kpd Afdlin Shauki fan's kat facebook. Katanya tayangan wajib utk pilem ni dah nk abeh. Alamakkkk!! Aku plak dah la bz gila lately. Weekend lepas.. dgn gagahnya aku balik KL untuk kali ketiga bulan ni. Gila la asyik balikkk KL jer.

Dari Cameron Highlands bertolak pukul 8 pagi. Gila awal aku bgn pepagi weekend. Hahaha.. Terus stret balik KL. On the way kat highway.. asik nampak moto-moto beso rempit sama nak ke KL. Sure dorang nk ke Litar Sepang menyaksikan MotoGP esok tuh. Huhuhuhu..

Agenda pertama aku ke KL ialah mengambil bunga plastik yang aku tempah arituh. Beli bunga plastik untuk menghias ofis sempena 5S. Sampai je kat kedai bunga tu.. auntie tu ckp bunga aku blom sampai agi. Uwaaa.. camno nih. Dia suh standby dlm ptg atau esok pagi. Okey! Sempat la aku ke salon cuci rambut jap. Hehehe..

Sedang elok je aku abeh cuci rambut.. auntie tu call bgtau pembekal bunga tu baru sampai. Yihaaa!! Mission Accomplish!!!

Tengok jam baru pukuk12 lebih. Mari kita jalan-jalan membuang masa ke Mid V. Hajat dihati nk tengok Papadom la nih. Sekali tgk umat beratur berlingkar-lingkar. Aduss!! Terus kensel. Hampa gak ar. Selalunya aku book online terlebih dahulu. Tapi disebabkan tak planning.. aku main terjah je ar. Padan muka aku.

Makan lunch di Chicken Rice Shop. Sangat tak best sbb mkn sorang2 :(

Merayap satu shopping complex. Lepak MPH beli novel.. beli magazine.. dan ntah apa-apa lagi mende merepek yg aku beli. Kak Long call tanya ada di mana. Hahahaha.. sedari tadi aku tak balik2 umah agi. Gi merayap dulu baru balik. Hahaha..

Alang-alang time tu dah pukul 5.. Kak Long tanya bleh ke amik dia blk keje kul 6.30. Okey mo mantai..

Sampai di KLCC pukul6. Ramainya org kat Maxis Centre. Tunggu Kak Long sambil baca novel baru beli td. Kak Long usha tiket Papadom ada pukul 9 :D Yihaaa.. nak beratur beli tiket pun tade la berlingkar sgt mcm kt Mid V td. Punya la berkurun aku tak pi KLCC sampai tower record dah tutup pun aku tatau. Dah jadi Maybank plak kat situ.

Lepak kat foodcourt sementara nak menunggu pukul 9 sambil makan ABC. Dua-dua kenyang. Aku baru je mkn pukul 3 td. Kak Long pun baru je makan pukul 6 tadi.

Masuk panggung.. gila fullhouse. Kitorang ddk baris 3 dari DEPAN!!! FYI, baris depannnn sekali pun penuh tau. Gila la.. tp tak menyesal la even ddk seat depan sekali pun. Memang kelakar la cite dia. Kita pun dah naik bosan dan menyampah asik disogokkan dgn cite hantu cite seram. Tu sume mcm bermusim. Tapi kalo cite kelakar yang bagus mmg evergreen.. sampai bebila kita tgk pun tetap kelakar dan best. Huhuhu..

Ni aku jumpa official trailer Papadom The Movie kat youtube..


Kelakar dan touching at same time. Dah la si Saadom ni sekilas pandang dah mcm Along je aku tengok. Dengan perut bulatnya. Pipi tembamnya. Dgn kopiahnya. Dgn janggut sejemputnya. Adei la..

Sila layan. Kalau korang dah tengok pilem ni. Sila tengok lagi ;)

Monday, October 26, 2009

I was born to love you

Layan jiwangz meh..

Wednesday, October 21, 2009

First Attempt

Sepanjang minggu ni aku bersendirian, keseorangan, kesepian dan kebuntuan dirumah. Dua-dua housemate aku takde.. sorang pi kursus.. sorang lg gi exam. So apa lagi.. rumah ini aku yang punyaaaaaaaaaaaaa!!! kah kah kah kah kah

Minggu ni semangat nak kerja dtg balik. Alhamdulillah. Setelah beberapa minggu di serang penyakit M dan kehilangan mood serta keseronokan bekerja. Mungkin tertekan mengenangkan 80% kerja di pejabat aku yg akan buat sorang2. 20% lagi nasib baik ada PAR atau omputeh panggil despatch utk wat keje. Nasib baik lg sbb sudah tersangat biasa buat keje2 administrative sendiri.

Cite sket pasal perkembangan di ofis. Aku dah dapat balik rentak bekerja. Kalau dulu ada pembahagian tugasan. Skang ni gila kuasa bolot semua keje orang. Hahahaha... bukan gila kuasa sebenarnya. Tapi dah mmg camni keadaan skang.

Awal minggu.. akhirnya aku berjaya membeli kain alas meja kaunter. Aku beli kat Nagoya Carrefour Wangsamaju. Tak berjahit cantik lipatannya sbb lack of funds. Ini pun aku beli guna duit sendiri. Harap2 bleh claim petty cash. Dah siap pasang kat meja. Dah mcm meja bankuet pun ada. Hahaha.. Bunga kecik2 ala2 ASTER tu pun aku dah tempah. Haritu auntie tu ckp RM1.80 sebatang bunga tu. Aku tercakap RM1.50.. dan dia tade masalah pun nak terima harga yg aku cakap. Terus order 50 batang. Cukuplah nak hias2 ofis kecik aku nih. Buluh2 yg kitorang bercadang utk jadikan tempat letak payung pun dah siap cat dan ikat dgn tali guni. Sangat comel.

Tadi diskas dgn Syukri camne nak hias bunga2 kecik yg aku tempah tu nanti. Pasunya pakai buluh. Tanahnya pakai polistrin. Cayalah.. takyah sesusah nk beli span. Hehehe.. kalau dibuatnya huduh polistrin tu.. kaler la dia warna hijau. Cat hijau kan banyakkkk!! Wakakaka.. tadi juga.. kitorang diskas pasal signboard homemade yg bakal dibuat. Wahh banyak juga kerja sbb Hari Audit utk dapatkan pensijilan 5S tu minggu depan.. hmm caiyokk.. u can do it ;)

Semalam juga.. Dato YDP dgn S.U kena bambu dgn Dato SS. Pasal kes haritu lah yg Dato SS call aku tuh. Astaga.. ingatkan dah settle. So boss sendiri boleh tgk yg ni sume bkn salah aku. Tapi ada sorang mamat tu yg tak reti buat keje dia. Sudahnya.. si Mac jugak kena tlg mamat tu siapkan keje dia. Bukan susah pun.. buat surat kelulusan rasmi.. sign pelan bangunan yg mesyuarat dah lulus tu.. lps tu hantar la pada pemohon. Very simple task but he failed to complete it. Aku cuma bg senyuman super sinis aje lah. Not my problem ok! Cuma kesian kat Dato YDP yg baik hati tu lah. Dah la asik kena serang dgn Karam Singh Walia.. ni dapat plak staf bengong cam gitu. Reputation pun hancur sbb masalah kecik camgini sampai ke pengetahuan MB dan Dato SS. Malu woo!!

So petang smlm.. lps settle kekecohan. Si Mac dtg opis aku. Akhirnya terjawab sudah bahawa fail aku mmg hilang dalam simpanan jabatan mamat bengong tu. Dia cerita yg dia bertungkus lumus mencari fail aku yang hilang tu.. kerah staf2 suh cari.. sejam gak mencari tp tak jumpa. Mamat tu dgn muka selamba hanjing pi tanya kat Mac "ni sapa yg kecoh2 sgt nak pelan tu". Dengan telinga aku sekali berdesing dgr soklan super bodoh dia. Aku dah forward sms Dato kat ko mlm td. Ko bleh tanya lg sapa yg nak pelan tu? Mungkin dia tak kenal siapa MB Pahang dan siapa Dato SS kat dalam Negeri Pahang ni. See.. im not joking when i told u he's super bodoh.

Adeh... fail hilang plak. Takkan ko nak buat tak reti je? Cari ar sampai dapat. Nanti ISO.. aku plak yg kena NCR. Otak lemah btul la mamat tu.

Malamnya.. dah la keseorangan. Dengan gagah beraninya aku memasak Nasi Ayam sorang2. Tade sape tolong nihhh. Hahaha.. memandangkan aku tggl sorang maka inilah masa yg amat sesuai utk memasak. Sbb kalau Ina ada.. sure dia la yg masak.. aku tukang kacau je. Bila masanya nak pandai? Huhuhu..

Akhirnya.. this is my first attempt to cook Nasi Ayam. Well done!! Its turn out good. Masak nasi 1 pot sengah je sbb aku sorang je yg nk makan. Dekat nak abis seperiuk aku kerjakan. Ceduk punya ceduk sampai tak perasan tggl sketttt je nasi tu. Time tu baru perasan perot dah full gila. Memang kenduri la aku sorang2 mlm td. Hahahaha..

Errr.. tutup dulu entry carca-merba nih.. adios!! Meh tgk gambo Nasi Ayam aku yg sedap gila nih. Wakakakaka.. tekan.. jgn tak tekan lif tu..

Thursday, October 15, 2009

Hallo Vietnam

There's a whole day session for Vietnam's delegate to come visit Cameron Highlands. Apart of warm welcome and talk session about Cameron Highlands District, they were really interest to know more about my job at OSC.

So, after few meetings, our D.O invited me.. yessss.. ME.. to give a briefing about my job. Takes me about 2 days completing and translating the previous slide I used to brief to our Ketua Audit Negara visited last year.

Please apologise my poor english. With not-quite-well-preparation I gave my briefing and all the delegate seems understand what I'm talking about.

The most interesting part with the speech is I had to pause after every sentence to allowed their translator to translate my speech to Vietnam language. Ayyooo... it takes ages to finished all 39 slides!!! Hahahaha.. nightmare!!

But I'm ok.. I survived!! Weehooo!!

Plus at the Q&A session. The question is not that hard. Managed to answer all the question. I hope the ministry will be proud of me. The one who actually hired me. Thank you very much. I also found that they were interested with the OSC concept and found it a very much advance from their first thought. The delegate is actually from the Vietnam North Province. Sorry, I can't recap the name in Vietnam. It is similar to the state level government in Malaysia. 19 of them are very excited and nice people. On their closing speech, they had mention that it is a big mission to Malaysia to learn how to manage the province which had similar terrain with Cameron Highlands. Also learn how to adopt administrative approach to improve the delivery system and Malaysia as a very great example.

As for me, I do about anything to help not only delegate from foreign country but our Malaysian to understand the beauty of OSC. Even sometimes I do hate my jobs. Who doesn't? Hahahaha..

Monday, October 5, 2009

taman bahagia hati kembang

Stesen LRT Taman Bahagia tiada kena mengena dengan ini entry. Hahaha.. yang pasti saya sangat bahagia saat ini..

Hari Sabtu lepas aku call chenta sebagaimana biasa. Tengok2 Andy his bestfriend yang angkat. Kelakar sebenarnya kalau chenta bagi aku bercakap dengan kawan2 dia sbb semuanya tak reti ckp omputeh... dibantainya ckp Italy dengan aku.. aku pun ape lagi.. aku bantai cakap melayu plak dengan kawan dia. Last2 pakat ketawa jer dua-dua. Hahahaha..

Tapi kali ni aku bersembang lama dengan Andy sbb chenta tgh drive. Dorang on the way nak pergi Bern. Hari tu pergi Zurich ambik amp. Kali ni pi amik piano plak. Ntah ape projek ntah. Nak jadi artis plak ker dorang nih? Wakakakaka..

Tiba2 riuh pulak si Andy ni nak bersembang. Aku dengar la dia tanya chenta words in italian and chenta tolong translate for him. Hua hua sangat comel.

Dia tanya bila aku nak gi sana. Aku hentam je ckp next year. Ecehh macam kompiden jek.. poyo betul. Hahaha.. Yang paling aku tak tahan.. dia cakap chenta byk cerita kat dia pasal aku. Hah! Aku ingat org lelaki tak bercerita sgt pasal perempuan sesama dorang. Baik cite pasal kete ker.. muzik ker.. bola ker.. Owh.. tersengih manjang.. maybe sbb chenta dah macam adik-beradik dia kot. Kalo bergaduh dgn girlfriend.. dia pi cari chenta. Kalo tengah bergayut kat phone dgn aku pun dia sanggup pi layan Andy tu kejap, lps tu br sambung layan aku pulak. Memang bestpren la. As for me.. I don't mind. Dorang dah kenal berkawan berbelas tahun. Aku ni kira orang baru dalam hidup dia. Takkan aku nak suh dia pilih antara bestfriend dan girlfriend. Kalau aku kena suruh pilih mcm tu pun aku rasa mcm nak mengamuk. Hahaha..

Yang pasti.. ada satu statement from Andy yang buat aku rasa nak melompat2 happy mcm nak pengsan. Statement yang aku tak pernah dengar daripada chenta sendiri. Apakah statement ittew??? Syyyy.. dendiam.. simpan dalam hati ;) tu pasal hati aku kembang setaman. Hahahaha..

Love is in the air.