Dah tengok movie Papadom? Aku ni tade ilmu pape pasal movie making. Tapi kalo ikutkan hati nurani aku ni.. aku bagi pilem ni gred A++ la.. apa? nak rate ikut scale? Kalo 0 corot.. 10 tu best gila.. aku bagi 12 la.. wakakakakakaka...
Teruja juga aku nk tengok movie ni.. mana taknya.. menang sampai 5 awards kt Festival Filem Malaysia bebaru nih. Kalo dah menang award tu pada aku kompom la best kan.. takkan juri bg pilem tak best plak yang menang :D
Sekian banyak movie garapan Afdlin Shauki.. aku rasa takde satu pun yang tak best kecuali Buli dgn Buli Balik la yg pada aku agak boring. Mebi sbb aku tak tgk kat wayang kut. Tgk vcd kena tuko2 cd tu yg buat mata ngantuk dan bosan. Hahahaha.. alasan..
Sebenarnya minggu lepas aku ternampak announcement kpd Afdlin Shauki fan's kat facebook. Katanya tayangan wajib utk pilem ni dah nk abeh. Alamakkkk!! Aku plak dah la bz gila lately. Weekend lepas.. dgn gagahnya aku balik KL untuk kali ketiga bulan ni. Gila la asyik balikkk KL jer.
Dari Cameron Highlands bertolak pukul 8 pagi. Gila awal aku bgn pepagi weekend. Hahaha.. Terus stret balik KL. On the way kat highway.. asik nampak moto-moto beso rempit sama nak ke KL. Sure dorang nk ke Litar Sepang menyaksikan MotoGP esok tuh. Huhuhuhu..
Agenda pertama aku ke KL ialah mengambil bunga plastik yang aku tempah arituh. Beli bunga plastik untuk menghias ofis sempena 5S. Sampai je kat kedai bunga tu.. auntie tu ckp bunga aku blom sampai agi. Uwaaa.. camno nih. Dia suh standby dlm ptg atau esok pagi. Okey! Sempat la aku ke salon cuci rambut jap. Hehehe..
Sedang elok je aku abeh cuci rambut.. auntie tu call bgtau pembekal bunga tu baru sampai. Yihaaa!! Mission Accomplish!!!
Tengok jam baru pukuk12 lebih. Mari kita jalan-jalan membuang masa ke Mid V. Hajat dihati nk tengok Papadom la nih. Sekali tgk umat beratur berlingkar-lingkar. Aduss!! Terus kensel. Hampa gak ar. Selalunya aku book online terlebih dahulu. Tapi disebabkan tak planning.. aku main terjah je ar. Padan muka aku.
Makan lunch di Chicken Rice Shop. Sangat tak best sbb mkn sorang2 :(
Merayap satu shopping complex. Lepak MPH beli novel.. beli magazine.. dan ntah apa-apa lagi mende merepek yg aku beli. Kak Long call tanya ada di mana. Hahahaha.. sedari tadi aku tak balik2 umah agi. Gi merayap dulu baru balik. Hahaha..
Alang-alang time tu dah pukul 5.. Kak Long tanya bleh ke amik dia blk keje kul 6.30. Okey mo mantai..
Sampai di KLCC pukul6. Ramainya org kat Maxis Centre. Tunggu Kak Long sambil baca novel baru beli td. Kak Long usha tiket Papadom ada pukul 9 :D Yihaaa.. nak beratur beli tiket pun tade la berlingkar sgt mcm kt Mid V td. Punya la berkurun aku tak pi KLCC sampai tower record dah tutup pun aku tatau. Dah jadi Maybank plak kat situ.
Lepak kat foodcourt sementara nak menunggu pukul 9 sambil makan ABC. Dua-dua kenyang. Aku baru je mkn pukul 3 td. Kak Long pun baru je makan pukul 6 tadi.
Masuk panggung.. gila fullhouse. Kitorang ddk baris 3 dari DEPAN!!! FYI, baris depannnn sekali pun penuh tau. Gila la.. tp tak menyesal la even ddk seat depan sekali pun. Memang kelakar la cite dia. Kita pun dah naik bosan dan menyampah asik disogokkan dgn cite hantu cite seram. Tu sume mcm bermusim. Tapi kalo cite kelakar yang bagus mmg evergreen.. sampai bebila kita tgk pun tetap kelakar dan best. Huhuhu..
Ni aku jumpa official trailer Papadom The Movie kat youtube..
Kelakar dan touching at same time. Dah la si Saadom ni sekilas pandang dah mcm Along je aku tengok. Dengan perut bulatnya. Pipi tembamnya. Dgn kopiahnya. Dgn janggut sejemputnya. Adei la..
Sila layan. Kalau korang dah tengok pilem ni. Sila tengok lagi ;)
4 comments:
berbaloi-baloi!!!! best kan.. aku suka gila kat que haidar dlm citer ni.. kelaka gila la dia tu.. farid kamil pun nak bad kesengalannye menjadi.. hehhehee.. nur kahiriah the best.. always the best.. :)
sangat setuju!!!! hahahaha.. semua pelakon yg dicasting mmg best .. pelakon utama ke.. pelakon tempelan ke.. pak pacak ke.. hahahaha..
aku paling suka part lasttttt sekali... que haidar pakai tshirt gambar teddy bear.. bodoh punya scene.. pecah perut aku gelak..
hahahhahaa... part tuh memang tak boleh blah!!!! scene picit tetek laki aku kata.. hahahhahaha!!!
aduyaiiiii... mmg lawak la.. hahahahahahaha
Post a Comment