Sunday, December 12, 2010

2nd batch books

Ni bukan 2nd hand books tau.

Saja la nak bgtau yang aku dah mengorder novel buat kali kedua dgn ujanailmu. Kalau dulu aku order sebuah buku sahaja. Kali ni tanpa teragak2 aku mengorder 5 buah novel sekali gus!!

Buku-buku bertuah yang menjadi ahli keluarga aku yang terbaru adalah:-
  1. Cinta Fansuri - A.Samad Said
  2. Karipap-Karipap Cinta - Nazri M.Annuar
  3. Bedar Sukma Bisu - Faisal Tehrani
  4. Tawarikh Cinta - Nisah Haron
  5. Saasatul Ibaad - Faisal Tehrani
Semuanya berharga ngam-ngam RM100. Hmmm... membeli online lebih berbaloi agaknya. 5 buah buku hanya perlu bayar RM7 untuk posting. Mungkin ada yang tidak setuju. Tapi pada aku.. mungkin sedikit murah membeli di online.. kerana tak perlu bayar parking... tak perlu bersusah payah nak usung buku ke hulu ke hilir keliling shopping complex. Hmmm.. yang tak best cuma satu.. tak dapat nk cium2.. belek2 buku tersebut. Hehehe..

So seperti yg telah diblogkan earlier.. hanya satu sahaja novel di atas yang usai dibaca which is Karipap-karipap Cinta. Cinta Fansuri tu sedang dalam proses bacaan. Novelnya nipis tapi takboleh tergesa-gesa membacanya. Heeheheehe.. bahasa sastera ni sukar sket aku nak hadam. So pelan-pelan baca ok ;-)

No comments: