Thursday, December 2, 2010

kena main

Kelmarin terima surat dari STM jemputan untuk hadir ke kursus epublisiti. Dekat je.. depa buat kat Maytower. Belek2 surat, depa buat 2 sesi dan sesi utk division aku depa buat hari ni.

So, pagi2 dari rumah aku terus ke sana je lah sbb depa start kul8.30 pagi. Jalanraya di tengah2 KL sanun pada aku idok ler jem beno pagi2 buta nih. Terkawal lah sbb kedai2 blom bukak. Maytower ni dekat dgn Semua House kan. Maka berniat la daku utk menyemak di Jakel waktu break tengah hari nanti. Tehehe..

Sesampainya di sana.. pukul8.14 pagi. Sedang hensem la tu kan? Ikut signboard parking kete di level 5 utk naik lif ke bilik songket 3 level 7. Ok.. parking banyak. Park aje dimana2. Picit lif nombor 7 dan sampai lah di bilik songket 3. Hmmm.. nape takde orang ye? Lepas tu bilik2 yg ada hanyalah songket 1 dan songket 2 dan ballroom. Hmm.. dah tu kat mana songket 3???

Maka bertanyalah aku pada pekerja disitu yang layaknya macam floor manager or something. Dia pun berkerut dahi. "Function Jabatan YYY? Hmmm... bukan kementerian XXX? Kejap saya check ye.." Dia pun hilang masuk ke dalam ofis. Melangut pandang keliling. Dengan aku-aku sekali ikut blur tengok dinding.

Beberapa minit kemudian pekerja tersebut datang semula. "Puan, minta maaf. Saya dah check td memang takde function untuk Jabatan puan". Aku tunjuk surat tu kat dia dan bertanya about yesterday session. The answer is still no function from my department yang akan atau sudah berlangsung di hotel tersebut. WTF!! Terus aku call seksyen bertanggungjawab yang menganjurkan kursus tersebut. Tak berjawab!! Sungguh tak logik kursus tersebut dibatalkan kerana surat baru sampai kelmarin. Bangang btul lah!!! Kenapa cancel tak maklum semula pada jemputan? WTF! GRRRR...

Muka macam cipan aku turun balik ke parking lot. Tunggu dalam kete sementara staff aku tolong siasat apa sebenarnya yang berlaku. Tak lama lps tu kak zah called back. Confirm! Kursus tersebut dipostpone ke tarikh lain yang tidak diberitahu. Pale hutak!!! Apasal la penganjur ni tak bgtau? Bongok btul lah. Start kete and blah. Sampai di exit booth.. takdak tiket booth pulak. Aku tak nampak pulak dimana2 tertulis autopay parking. Sekali lagi WTF! Datang la sorang pakgat.. dia kata boleh byr kat dia aje.. nanti dia bukak kan pole tu. Aku tanya "resit ada?" Hmm nak resit kena pi bayar kat kaunter. Lol... aku park kete dulu dan pi bayar kat kaunter. Take the receipt and tunjuk kat pak gat tu semula. Dia conteng2 resit tu then baru dia bukak pole tu utk aku. Adoi la.. ape la malang hari nih kena main.

WTF

No comments: