Bila difikir balik.. liat betul aku nak tulis entry baru kebelakangan ini. Padahal banyak benda yang boleh dibebelkan dan masa pun banyak untuk diluangkan. Mungkin ini dinamakan takde ilham? Satu benda yang aku perasan ialah semua ni berlaku kerana jiwa kacau berada di dalam keadaan terkawal. Tak cepat naik angin dan marah-marah tak tentu hala (yaaa seperti entry2 semasa di CH yang meroyan gila hebat marahkan orang sekeliling).
Dari situ timbul persoalan.. hebat sangatkah bekerja di KL dan duduk di rumah keluarga semula sehingga simptom sakit jiwa ringan tersebut hilang dibawa angin? Hmmm.. menarik juga tu. Hari ni bertarikh 1 Disember 2010.. bermakna genap 11 bulan aku di hq ni. Aku rasa mungkin kerana aku tak memegang amanah sebagai ketua unit/jabatan yang membuatkan jiwa semakin tenang. Who knows? Mungkin juga kerana self therapy yang aku usaha sungguh-sungguh tu membuahkan hasil. Agaknya lah.
So, jangan risau. Aku masih seorang manusia normal. Hahaha.. cuma sudah kurang mengarut di blog seperti dahulu. Oh oh.. adakah mungkin kerana blog ini sudah expose kepada keluarga, kawan-kawan rapat dan teman-teman sepejabat? Kalau dulu aku kutuk orang sesuka hati terutama kisah-kisah di kantor kerana aku pasti tiada antara mereka ini membaca blog aku. Hahahaha.. hipokrit sungguh! Ko kata ko tak kisah apa orang sekeliling cakap pasal ko.. tapi skang ko susah hati juga orang-orang yang dikenali akses ke blog ko!! Pooodahhh...
Ahaks. SESUNGGUHNYA AKU ADALAH MANUSIA BIASA. Yang tidak tegar dikutuk dan menerima senyuman sinis saban waktu. Oooooo that's why ler.
Lagi pula, sejak peristiwa entry aku dilink ke blog pembangkang... aku jadi malas nak menulis. Hmm.. dia yang tertewas. Aku suka korang baca apa aku tulis.. tapi aku tak suka korang sensasikan apa yang aku tulis. Ada paham? Hmmm.. selagi ada jari-jemari kotor begitu there's nothing you can do about it! Anyway you shouldn't expect every reader are nice and sweet like u do (bleh blah!!)..
Dan lagi.. aku juga sudah tidak merungut tentang chenta. Ke mana dia menghilang? Ada. Aku letih untuk asyik mencari kesalahan dia. Apa untungnya? Kerana aku percaya sekiranya engkau berjaya menyayangi kekurangannya.. maka cintalah engkau kepadanya dengan jayanya. Hmmmm.. I don't know about that yet. Mana mungkin aku menebak seseorang yang maya sifatnya.
Ok. Back to reality. Apa lagi yang boleh diblogkan? Owh.. u didn't blog about your new laptop yet. One. U can blog about your new subscription with goodreaders. Two. U also can blog about your clarins member's day last friday and u only just realised that you're broke today! Three. Maybe U can blog about your newly purchased at ujanailmu. Four. Ooo u haven't blog about your outting at PD for work yet. So there five.
*grin*
Tengok! Banyak menda yang bleh diblogkan tapi ko buat dek je. Hahaha..
Anyway, akan ku cuba menulis entry2 tersebut menjelang tahun baru nanti (masihi atau hijrah? mmm masihi kut). Be passion with me ya! *smooch*
No comments:
Post a Comment