Cuti hujung tahun hari tu aku dan Faze bercita-cita nak pi jalan-jalan ke Singapura. Habis thread pasal Singapore aku khatamkan kan cariforum. Tapi last minute tak jadi pasal harga tiket mahal sgt. Iye lah.. last minute baru hegeh-hegeh nak cari tiket flight.. mmg la mahal gila kekdahnya. Nak naik bas terasa ngeri pulak sbb dah banyak kejadian eksiden melibatkan bas nih. Hmmm... sudahnya.. CANCEL je lah. Postpone tahun depan :)
Disebabkan tak jadi, maka si Faze balik kg and aku pulak meneruskan Plan B. Ikut abah dan mummy jalan-jalan makan kenduri kat Alor Star. Mula-mula abah dan mummy ajak Irfan dgn Danish aje. Last-last.. kami SEMUA duk ikut.. termasuk dengan Nabil sekali. Hahahaha... kak long yg dalam pantang tu kitorang duk bawak jalan. Bising mak dia bila dapat tau. Wakakaka.. tapi Nabil dah berusia 31 hari. Rilek la nenek :)
Kami pi hari Isnin dengan kete Mak Su. Bertolak pukul 12 camtu and straight to Penang. Kendurinya hari Rabu dowh.. tapi saja la pi awal nak jalan-jalan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Singgah di RnR Tapah for lunch. Spend about 2 hours here. Sambung perjalanan and arrive at penang by 6 something. Check-in di Paradise Sandy Beach Resort kat Tg Bungah. Tak jauh dgn Corpthorne Orchid Hotel yang aku duduk masa meeting dulu. Letak beg and terus turun tengok beach. Hehe.. pada pendapat aku.. pantai di Penang ni tak best langsung.. and wonder jugak ape yg chenta duk suka sgt dgn pantai kt sini. Hmmm..
Esoknya kami ronda satu island. Dari Bt Feringgi - Teluk Bahang - Balik Pulau - Teluk Kumbar - Bayan Lepas dan terus masuk Georgetown. Masing-masing blur tak tau nak pi ke mana. Depa ni riuh nk pi cari nasi kandar. Aku pulak cuma ada satu tujuan saja iaitu menghabiskan masa di Chowrasta. Hihihi..
We end up parking di Perangin Mall. Rasanya dekat-dekat Komtar ni ada nasi kandar. Tapi arah mana yang harus dituju? All surrounding building and intersection looks the same!! Bwahahahaa.. sudahnya aku gagahkan diri sms mohon bantuan kt sorang kawan yg mmg org penang. Maka diberitakan penang takdak air hari ni. Most probably kedai tersebut tutup. Adeih... Perut dah lapar gila nih. Sudahnya kami lunch di secret recipe aje. Settle satu masalah.
Lepas tu baru la masing-masing berwajah happy untuk ke tempat lain. Abah ajak pi Chowrasta pulak. Yeahuu!! Berpusing-pusing juga kami sbb masing-masing tak tau jalan. Padahal dekat aje dgn komtar tu. Bwahahahaa.. sampai di area Chowrasta.. along park betul-betul depan balai polis. Aku, abah dan mummy aje yg turun. Mummy dan abah pi beli jeruk dan kawan-kawan jeruk. Aku pulak pi naik tingkat 1 pasar Chowrasta tersebut.
Wahhhh... naik gila aku pi situ weh. Banyak gila used book. Aku jumpa Manikam Kalbu dgn Tawarikh Cinta. Tapi tak beli lah sbb dah ada kat rumah. Sementara aku duk belek tu.. 2 kali abah call suh cepat sbb polis mai datang kt kete suh kitorang blah. Bwahahaha... selama lebih kurang sejam kat situ. Aku berjaya memborong 18 buah novel!! Mari kita lihat siapa yang bertuah ittewww....
Trilogi Saga - Abd Talib Hassan. Borong dari 2 kedai berasingan. Happy gila dapat ketiga-tiga novel.
Yup. Shopaholic Series by Sophie Kinsella. Satu aje yg missing - Shopaholic Takes Manhattan. Well, we can't expect more at secondhand bookshop aite ;) semuanya buku baru.. aku dapat half price berbanding kalo beli buku yang sama kat kedai buku biasa (depa ada jual dlm kotak.. ada semua 5 series exclude shopaholic abroad).
Hmm maryamah karpov ni nyaris nak dibeli secara online atau pun dikedai buku. Nasib baik aku letak balik. Hahaha.. anyway.. kena cari geng-geng dia yg lain - laskar pelangi, sang pemimpi dan edensor. Si cleopatra tu juga pernah nmpk depa duk ulas di internet. Rembat saja dowh.
Cincin Permata Biru pernah baca masa sekolah rendah. Macam ulangkaji pelajaran aje lah gamaknya sbb masih igt jalan ceritanya. Tapi masa tu buku tersebut hanya dipinjam saja. Collection item kut :) ngeeehehehe.. Megalomania hanya jumpa siri kedua. Tak sempat nak bongkar kut-kut terjumpa siri yg lain. Hmm takpe lah.. dapat SAGA full series pun dah cukup puas hati.
Di sekolah, aku bukan pelajar jurusan sastera. Tapi kesempatan berjumpa dgn "buku curi" hasil tangan FT - Perempuan Anggerik di awal-awal pembabitannya dalam penulisan.. bikin aku mahu terguling keseronokan di tingkat 1 pasar chowrasta tersebut. Sudah tidak peduli dgn "tanda" Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia yang nyata terpampang di sisi buku. Hmm... Bendera Di Atas Bukit pula "dicuri" dari Perpustakaan Desa Kg. Tengah Jelutong. Hmmm... aku bersangka baik. Mereka ini meminjam sehingga melampaui tempoh. Langsung tidak tegar untuk membayar denda. Terus dijual di chowrasta. Hmmm...
Again. Aku bukan pelajar jurusan sastera. Tidak berkesempatan untuk mengkaji buku sastera. Belek-belek terasa mcm bagus bukunya. Hehehe.. rembat saja dowh.
Hmmmm.. no comment. Next!!!
Buku baru masih berbungkus plastik. Ada banyak tajuk lain yang seangkatan dgn nya. Tapi masa ni gua dah pokai beb. Hanya RM25 per book. Hard cover ni beb. Gila kalau tak beli sebuah dua. Maka dua tajuk ini lah yang den sambar. Sekadar melepas gian pada tulisan arwah Pak Arena. Happy gila tak igt dapat 2 novel ni.
Okay.. that's it!!! 18 buah buku.. bahan bacaan untuk tahun 2011 :) tapi kan.. cuba korang bayangkan kalo aku spent time more than one hour. Agak-agak brape byk buku aku borong daa.. Nafsu.. nafsu.. tp mcm mana ni? Megalomania series dgn adik-beradik Maryamah Karpov kena dicari juga. Hehehe... takpe.. tahun 2011 ni panjang lg.
Happy hunting and happy reading to myself. Yihaaa!!!
and Happy New Year to all of you my friend. *smooch*
No comments:
Post a Comment