Meskipun dua perkataan di atas mempunyai sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang jauh berbeza. Ahaks! Yang memula tu bermaksud pengacara atau juruacara.. yang kedua pulak bermaksud medical certificate.. slip yg doktor bagi untuk tujuan bercuti sakit. Haaaaaaa..
So.. kisah bermula bila division aku dilantik sebagai penganjur perhimpunan bulanan Jabatan. Nak dijadikan cerita.. aku dah dilantik secara paksarela untuk menjadi emcee pada perhimpunan bulanan bagi bulan Mac. Sebenonya.. the event dah lepas dah pun.. minggu lepas hari khamis. Saja malas nak tulis.. aku kan suka tulis entry² basi nih ;)
Sukacitalah nak dikhaborkan.. aku ni idok ler pernah menjadi emcee di mana-mana program formal. Sekali dua ada laa jadi emcee bidan terjun di acara-acara tidak rasmi.. mmg merapu ke mana hala aku bercakap kalo tak bersandarkan teks. Ala.. mcm ckp dgn kawan² aje kekdahnya. Informal la katakannnnn...
Arakian.. susah hati la daku apabila dipaksarela menjadi emcee.. maka.. dengan gagah perkasa.. aku pun meng'google' skrip² yang ada dipasaran untuk dijadikan panduan. Oleh itu.. suka lah aku berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan skrip aku yang tidak seberapa ini. Dipersilakan.
sila klik sini (sharing is caring..hehe)
Sungguhpun begitu.. sukalah saya menerangkan bahawa.. skrip emcee tersebut pastinya bukanlah yang terbaik. Saya telah mencilok/ mengolah/ meniru/ mencantas daripada skrip² yang diboleh didapati di sini jua. Harap² sedikit sebanyak dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan untuk menghasilkan skrip emcee yang lebih baik terutama bagi mereka yang pertama kali jadi emcee mcm aku nih. Kalut siot!!!
Eh.. tetiba ayat sudah kembali seperti biasa.. muahahahaha.. letih rupanya asik ckp secara formal tak benti² nih ek. Ngeeeeeeeeee.. korang pun sure horror campo meluat bila baca ayat formal dalam entry kali nih..
Haaa.. korang perasan tak.. kita cenderung nak buat ascent 60an bila kita baca ayat bahasa melayu rasmi? kan? kan? kan? hmmmm
No comments:
Post a Comment