Dah tengok pilem Hikayat Merong Mahawangsa? Baru je launching hari khamis lepas. Dah 2-3 minggu gak duk spin lagu anuar zain yg mendayu-dayu menusuk kalbu ittew.. Ahaks.. amik mood nk tgk movie yg ditunggu².
Malam tadi aku berkesempatan nak pi tengok. Aku pi ngan Faze. Kami pi tengok kat Signature The Garden. Uuuuu jakun youuuuuu... tak pernah aku masuk wayang mahal nih. ekekekeke.. Tapi walaupun mahal.. cerita yang ditonton tu sama je.. kerusi dan environment aje yg lain. Room 1st class mmg nampak impressive. Besar gila sampaikan screen nampak kecik (tetiba mcm tak best ek? huhuhu).. ok.. takpa la tu.. tengok kat mana tak penting sgt.. ye tak?
Movie start pukul 8.10pm. Aku pi stret dari ofis (jarang sebenonya aku nak keluar after office hour.. pada aku aktiviti selepas waktu keje adalah aktiviti yg memenatkan.. tp hikayat merong mahawangsa punya pasal.. ku turut kan jua lah ^_^ hehehe). Makan dinner dulu kat TGI Friday.
Seumur hidup.. aku mmg tak pernah baca buku Hikayat Merong Mahawangsa dan tak tahu pun cerita yang terkandung dalam hikayat tersebut. So, I didn't expect anything from the movie. Cuma bila tengok dari trailer ada part tentera rom yang agak tak pasti bagaimana bleh masuk dalam jalan cerita.
Setakat yang aku tahu.. Merong Mahawangsa nih merupakan raja Langkasuka yang pertama. Nenek moyang kepada Raja Bersiong. Peristiwa Merong Mahawangsa diangkat sebagai raja mewakili puak-puak di suatu tempat yang dikenali sebagai Semenanjung Emas itu ada dimasukkan ke dalam pilem tersebut. Menarik!! walaupun tidak digarap dgn umphh sgt..
Anyway.. dalam tempoh almost 2 hours.. ada scene yg agak meleret dan ada scene yang dibuat kurang kemas dan ada scene yang sangat menarik. I didn't care less pasal CGI effect (ecewah.. betul ke eja?) dalam movie nih. Kita kan biasa tgk pilem hollywood.. maka tak heran sgt la dengan efek² tersebut. Ahaks!
Meh nak list scene yang aku rasa kurang kemas atau meleret atau tak patut ada.. atau boring atau best gila etc. etc. yg mesti di'highlite'kan mengikut pendapat aku (kalo korang tak setuju.. ada aku kisah?!!)
1. Pemilihan tempat untuk menggambarkan tempat pertemuan wakil empayar rom dan china. Di mana pelabuhan nya? Jetinya? Kapal-kapal pedagang lain? Ok.. maybe depa berlabuh jauh sedikit dari jeti/pelabuhan. But stilllll... nampak mcm terlalu cetek airnya dan kurang logik kapal² besar dari kedua-dua empayar tersebut dapat berlabuh agak 'dekat' dgn pantai.
2. Scene Pak Kesum ketuk besi nak buat keris kureeennggg sket lah. Ape kejadah ketuk besi dgn tukul cenonet? Ketuk dgn lemah lembut plak tu. Macam tukang besi tak cukup makan aje layaknya. Props ketika scene itu pun agak kurang berjaya pada pendapat aku meskipun tidak mencacatkan jalan cerita. Buh la keris-keris lain yg dah siap atau separa siap atau aksesori lain untuk membuat keris mcm hulu keris ke.. sarung keris ke.. tak perlu tunjukkan yg dah siap cantik².. itu kan mcm bengkel.. lps tu buat la mcm itam² dinding atau kawasan sekeliling menandakan Pak Kesum yg tua tu dah lama mengusahakan keris tu. Dia kata keris tu keris hikmat dibuat dari besi ape benda ntah semata-mata nak lawan taji yg kebal tu.. gives the keris some kreadit lah.. bagi la dia nampak gah sket.. ye tak?
3. Props untuk menggambarkan akan berlangsung majlis perkahwinan di Semenanjung Emas tersebut agak kurang menjadi. Di mana laksamana-laksamana China yang lain? Tak kan hantar sorang laksamana sahaja yg bertanggungjawab melaksanakan acara perkahwinan? At least tonjolkan watak² assisstant laksamana atau sami² yang bersedia untuk bersiap² nak melaksanakan majlis perkahwinan diraja. Maharaja china dan kerabat diraja nak pergi makan pun kemain hebat props.. takkan nak kawin buat ala kadar aje? Tunjuk la sket hadiah-hadiah hantaran.. kalo takmo tunjuk.. cerita dgn terang dan jelas hadiah² dan hantaran atau persiapan akan dibuat sebaik sahaja rombongan Lycius tiba.
4. Sejak baca buku 'the last empress'.. the author bgtau seorang concubine ada begitu byk dayang² dan pekerja yang melayan seorang concubine. Itu cerita pasal concubine. Ini cerita pasal puteri tau.. the daughter of the great emperor of china. Takkan seorang puteri hanya dilayan oleh seorang dayang? Mana dayang² yang lain? Bawak wardrobe tuan puteri sampai 3 kapal.. tp dayang sorang je yg jaga dia? Hmmm..
5. Lagi satu.. adegan Embok hantar Merong Mahawangsa untuk pi belayar ke pulau kediaman puak Geruda. Adegan ini tidak perlu begitu meleret-leret. Jenuh nak tunggu bila la mamat ni nak naik kapal. Waaakakak.. Sorry kepada peminat Ummi Nazeera. I can't appreciate watak Embok yg tak begitu berkesan menunjukkan kesedihan sebelum berpisah dgn suami terchenta. Apa yang terkesan pada mata aku.. adegan tersebut lebih kepada 'marah' berbanding 'sedih'. Si suami pun sama gak.. aku gagal mengesan 'perasaan' berat hati meninggalkan isteri untuk pergi berjuang memerangi lanun durjana. Perasaan 'sayang' antara suami/isteri tersebut seperti kurang dihayati... Nampak 'kurang mesra' pada pandangan mata aku nih (~.~) aku idak la suruh depa bercium berpeluk.. tapi kalo body language' dah kelaut.. kureenggg la jawabnya scene tersebut..
6. Syabas dengan adanya scene Merong Mahawangsa serta rombongan perang masa dah sampai ke Pulau Lanun. Memberi kata-kata semangat kepada rakyat jelata yang ikut serta nak menyerang lanun. Good idea! Mmg patut menunjukkan ketokohan Merong sebagai raja yang diangkat oleh rakyat jelata. But again... I don't 'feel' the semangat. Ntah apa yg tak kena. Nada suara kah? Susunan ayat kah? Muzik latar kah? Cinematografi kah? Ontah.. yg pasti.. adegan ini boleh dibuat dgn lebih baik lagi. Biar penonton sama² tegak bulu roma terasa mcm nak pi berperang. Baru la ada umpphh! Tiba-tiba aku teringat pada movie 'master and commander'.. kapten bg speech menusuk jiwa.. terserlah kewibawaan watak kapten yg dibawa.. haaaa kualiti begitu la yg kita cari!!!
7. Semua scene perang dan lawan² mmg tabik lah!!! Nampak real walaupun tak sereal macam pilem omputeh. Takpalah.. bleh dimaafkan.. sekurang-kurang jauh lebih baik daripada pilem² tempatan sediada. Ahaks!! Bila tgk scene ni.. terdetik dalam kepala hutak aku nih.. mungkin enche pengarah meluangkan begitu byk masa menyiapkan adegan² perang ini berbanding scene² lain yang kureeeng here and there..
8. Haaa perasan tak.. askar² semuanya samada kurus kering ataupun gendut. Wakakakaka.. takdak pelakon tough² ke nak amik jadi askar memeriahkan suasana? Kesian aku tgk askar² rom dan china.. dua empayar besar yg terkenal dgn tentera yg hebat tp dilakarkan dgn pelakon kurus kering nmpk tulang. Hihihi.. belayar lama sgt kut atas kapal.. tak cukup makan. Hahaha..
9. Oyaaaaaaaa!!! Scene terbaek yg aku paling suka!!! Aku suka part puteri cina tu lari masuk hutan takmo kawin dgn putera raja rom.. lps tu mamat tu kejar sampai air terjun.. lepas tu sembang²... sangat comel dan cute masa depa duk sembang tu. Ahaks.. penonton (baca disini.. aku) berjaya mengesan perasaan 'jatuh cinta' masa tu. Sangat syahdu. Pandai pun 'capture' the moment yg sgt penting ini.. akan bertambah bagus kalo play score muzik abg nuar kat belakang.. sure meletopppp!!! tapi sayanggggg... lagu yg 'kuat' mcm tu takmo digunakan.. too badddd!!!
10. Last but not least... watak lanun si kemawas patut juga diberi pujian. Terserlah keganasan dan ketokohan beliau sebagai lanunnn. Mekap dan prop untuk watak-watak lanun tidak mengecewakan. Terbaek!!!
Ok lah.. penat aku melalut tah ape²..
Secara keluruhan.. aku tetap kagum dgn pilem ini. Jeti, khemah, kapal dan sewaktu dengannya tidak nampak fake. Selain daripada ketiadaan lagu nuar zain.. muzik score dpt pilem ni mmg bagus... sedang elok aje kat telinga aku nih. Still remark as the must watch movie for this year ^_^
Sebagai ending.. meh tgk official trailer omputeh. Bangga gak la depa nak tayang worldwide. Ahaks!! Sokong lah produk tempatan.. yiiihhaaaaa!!!
p/s: Faze ajak tengok lagi sekali. Hmmm.. ape pendapat korang?
No comments:
Post a Comment