Monday, May 9, 2011

goodreads reading challenge

ahaks!

Sebenonya agak lama jugak aku jadi 'ahli tidur' dalam goodreads tu. Aku masuk pun sbb suka tengok depa berforum dan menyakat secara ilmiah gitu. Tak dapek den nak folo. Dapat jadi pemerhati pun dah cukup seronok. Hehehe..

Salah satu aktiviti group goodreads Malaysia adalah Cabaran Membaca 50 Buku Setahun!

Cuba korang tengok book list depa. Fuhhh.. dasat dasat.. kalo korang tengok list aku pulak... wakakakakakakak... semuanya NOVEL!!!! Takde satu pun yang bersifat akademik.. semua pun hiburan sajos!! *grin*

Ok lah tu.. at least aku cuba juga membaca thick books dan tidak keterlaluan mengulit novel bertema cinta yang bersepah di pasaran. Bukan aku tak baca novel cinta.. tp pilih-pilih jugak lah. Muak juga membaca novel berlainan tetapi jalan ceritanya hampir sama!

So.. tahun ini aku baru membaca 13-14 buku. Kalau tengok susunan buku kat tepi dinding tu.. bleh tahan tingginya. Ada harapan cecah 50 agaknya. Kalau mood membaca itu ada.. akan dihabiskan jua buku-buku tersebut. InsyaAllah...

Bersempena seronok sorang-sorang melayan buku.. aku buh gadget baru kat sebelah kanan tu. Nampak tak? Kalo tak nampak.. lagi 2 kali Jumaat lah jawabnya! Huhuhu..

No comments: