Hahaha.. murai dah jadi pendiam kah?
Tak caya?
Ok cuba tengok kat belah kanan tu.. berapa entry aku bebelkan tahun ini?
Wakakakakaka... tiba-tiba terasa lawak.
Anyway.. I'm in a state of otak-blank-tak-tau-nak-tulis-apa-tapi-banyak-benda-nak-tulis-lepas-tu-lupa-apa-aku-nak-tulis.. haaaaa.. sangat kronik okey..
Nak kata takde benda nak ditulis.. ada banyak!!!! Macam-macam boleh tulis sbb blog nih takda restriction. Suka hati aku aje nak tulis apa-apa pun. Nak kata banyak keje.. rasanya minggu sudah aku banyak kerjakan cityville aje. Disamping menghabiskan membaca 2 buah buku pada waktu kerja tanpa rasa bersalah. Ouch!!
Banyak event yang berlaku sebenonya and I don't know where to start (tu la.. padan muka.. tinggalkan banyak sangat potential-new-entry sampai terlupa dan memory jadi tak terurus.. hahaha ada ke kejadian tersebut? memori-tidak-terurus...hentam lah!)
Sekarang ni banyak aktiviti yang aku buat dikala lapang. Baca buku, beli buku (note disini: buku ialah novel fiksyen ok), menonton wayang (yeah.. catching up with my old hobby), layan dvd dramaseries-korea-lama-70-episod-yang-tak-tahu-bila-nak-abis-tengok, aktiviti lanun mp3, chatting and dating secara maya.. hahaha dan beberapa lagi aktiviti yang tak begitu berfaedah tapi seronok dilakukan seperti membuang masa di shopping complex (my other old hobby..hihi).
Kenapa bersusah-payah nak tulis perkara tak berfaedah ini? Eh.. suka hati aku lah!!! I'm in a good mood!!!! Hahahaha..
Dah tu apa yang speechless nya? Hahahaha sukati la aku nak tulis entry tak berkaitan dengan tajuk!!! wakakakkakakaka...
No comments:
Post a Comment