Tapi kali ni.. mmg betul-betul plan nak pi holiday. Idea nak pi holiday ni dah berkumandang daripada awal tahun lagi. Tapi lagi sebulan nak pi baru dapat confirmkan tarikh. Kelam-kabut juga nak apply cuti luar negara (applied to every gov.servant).. Alhamdulillah.. sungguh bernasib baik sbb dapat kelulusan 2 hari before flight tanpa bersusah-payah follow up tetiap hari.
Vacation kali nih pergi berempat dengan Faze, Mama Faze dan adik faiz. Kami book tiket ke Jakarta via Garuda Airline. Murah! RM359 return tickets tax included. Hehehe.. About hotel and transport.. kami book dgn Pak Marsel dari MMtranscorp. 4D3N termasuk airport transfer Jakarta-Bandung-Jakarta.
Hehehe.. so teruja tak nak pi holiday? Kalau ada sesiapa yang bertanya apa agaknya persediaan yang perlu dibuat in advance.. so here's the list..
- Passport - check! Passport renewal sejak tahun lepas lagi. RM100 for 32 pages.
- Flight ticket - check! Garuda Airlines - RM359 return/person. Tax included.
- Hotel+transport - check! Approximately Rp 1.2 million/person.
- Itinerary - Check! Berbeza dgn holiday 1st time dulu.. kali ni aku tak surf sgt virtualtourist or tourguide online. Lagi pun tujuan kali ini hanyalah untuk shopping+shopping+shopping+shopping. Safari ke, angklung ke, trans studio ke, tangkuban perahu ke.. semuanya tolak tepi.
- Cash - Check! Kali ni dapat rate 357. huhuhu sila tukar ikut ikut ukuran poket masing-masing ya..
- Comfort shoe - Check! Terpaksa beli kasut baru. Baru sekarang dapat terima kenyataan hush puppies ku hilang.
- Sling bag - Check! I prefer sling bag rather than handbag or shopping bag. My current sling bag dah berumur 6 tahun. Beli masa nak pi Umrah 2005 dulu. Leather good, simple cutting dan masih hensem digunakan dengan lasak.
- Luggage - Check! Aku bawak sebuah beg medium size aje. Hanya diisi dengan baju tidur, "adik-adik" untuk 4 hari dan toiletries shj. Akibatnya - pegi beg kosong.. balik beg kembong tak muat siap terpaksa tumpang beg org. Hahahaaha..
- Camera - Check! Benda wajib bawak walaupun tua-tua ni aku malas snap gambar.
- Mischievous - Check! Benda-benda remeh yang aku selalu terlupa nak bawak seperti Universal Plug Converter, handy plus, berus gigi, ubat gigi, etc.
Ok. Ada apa lagi yang tertinggal? Pandai-pandai korang lah fikir apa lagi nk bawak dikala travel. Mostly aku tak beli benda baru pun untuk travel kali ni kecuali kasut. Gatal tangan juga nak cari sling bag baru. Tapi niat jahat tersebut berjaya dihalang. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kerja-kerja shopping di FO nanti. Wahahaha...
Flight kami pukul 800 pagi waktu Malaysia. Pukul 12 tgh mlm aku sampai di rumah Faze. Lena beberapa jam dan chenta tolong kejutkan pukul 430 pagi. Bersiap-siap dan pukul 6 macam tu dah sampai KLIA. Terus check-in dan breakfast di McD. Ini buktinya.....
Sucinya muka di dinihari. Huhu.. |
Alhamdulillah flight departure on time. Layan sarapan omelette+videoclips+zzzz.. al-maklum.. bangun pukul 4 pagi. 1st time sampai di Soekarno-Hatta Airport. Blur sket. Imigresen tak banyak songeh. Dia tanya "urusan apa di Indonesia?" dengan suara lemah-gemalai mcm bercakap tak buka mulut. Sampai aku tertonggeng-tonggeng mcm gila iseng kat celah cermin tu nak bagi clear ape dia tanya. Inchek imegresen tu bleh tersenyum simpul and cop-cop.. settle. Huhuhu..
Pak supir a.k.a tourist guide kami muda aje orgnya. Single lagi. Kalo ada sapa berkenan bleh la add friend kt fb sambil berkenalan..wakakakaka.. Dia bawak suzuki APV. Selesa untuk kami berempat. Perjalanan Jakarta-Bandung via highway adalah sedikit scary dengan highway 4 lane jadi 6 lane! Punya la sesak dengan kenderaan. Nak pulak esoknya hari libur (public holiday) Isra' Mikraj. Kiranya ramailah yang bercuti membuatkan perjalanan keluar dari Jakarta macet banget. Anyway... walaupun sesak.. kami selamat sampai di Bandung setelah 3 jam perjalanan. Perut lapar ya rabbi.
kelaparan sampai jadi bengong seketika..huhu |
muka baru bangun tido |
pemandangan kota bandung dari atas highway..sket lagi nk masuk pusat bandar |
waduh.. kapan sampainya macet begini.. tua dijalan nampaknya.. |
layan roti keras lebihan breakfast dlm flight tadi |
cool grafiti |
Okay.. kita dah nak sampai ke destinasi. Aku sambung kat part 2. Wassalam.
No comments:
Post a Comment