Friday, October 30, 2009

5S = buruh kasar

Gila la satu zon ni aku berdua dgn despatch aje yang mengerjakan untuk program 5S. 3 orang staf aku yg dah blah balik ke kementerian cuma beli barang, tempah perabot, bg idea idea idea... time nak laksanakan idea-idea tersebut depa blah.. hantu raya betul..

Ni aku baru dapat budget RM1000 untuk beli pokok bunga dan buat lanscaping sket. Itu pun selepas Hj Din bising kt mesyuarat zon bgtau zon kami je yg takde bunga2 hias2 sbb tade duit. Hahahaha.. apa nak buat... department termiskin. Dorang ni plak papehal.. "yg itu korang kena beli sendiri.. guna vot sendiri". Pundek lah! Depatment aku ni department anak angkat dari kementerian.. mana ada vot sendiri. Bodoh betul. Sudahnya... before staf2 aku ni blah.. aku suh dorang jadi pengemis kat department lain mintak vot. Hahahaha.. bijak.. bijak..

Nak menghias zon aku ni.. kebanyakkannya guna bahan kitar semula. Dasar orang miskin.. tak berduit..
  1. Papan kenyataan department/zon lain nak buang.. kitorang kutip.. bersihkan.. cantikkan.. jadi papan tanda opis kitorang.
  2. Fail-fail kulit keras yang dh rosak sket2.. dorang nak buang.. kitorang kutip.. repair2.. jadikan fail opis kitorang.. even it's not turn out well ada campur2 file background itam ada yg background putih.. hmmm ada idea how to cover it up?
  3. Memana papan buruk yang orang tak nak pakai.. kitorang kutip.. bersihkan.. cat kasi cantik.. kitorang buat tempat rubberstamp..
  4. Takde duit nak beli pasu bunga utk hias ofis.. kitorang masuk hutan.. tebang buluh.. cat cantik2.. tadaaaaa jadi pasu bunga..
  5. Tade duit nk beli tempat letak payung.. kitorang potong buluh.. cat.. ikat cantik2..
  6. Papan tanda ke ofis pun tak main la tempah2 kat kedai.. amik papan hanyut yg kita jumpa kt tepi jalan.. gosok dgn kertas pasir bg licin balik.. potong2... cat la dgn nama department.. pacak je kt luar tu.. siap la papan tanda opis aku.. hahahaha..
  7. Payah sangat nak buat sudut 5S.. nak gantung softboard beso.. takbleh plak.. opis ni pakai cement board dgn zink aje.. gantung benda berat2 tu kang.. rebah pulak opis ni.. takpe.. kitorang buat sudut 5S pakai frame gambar.. dah dari jauh org igt LCD tv.. hahahaha..
Pendek kata... hasil hiasan barang buangan ni menjadi ler.. ramai pulak yg duk puji sudut 5S aku dgn hiasan bunga aster.. bunga kecik2 yg sgt susah nak cari bunga plastik mcm tu kt kedai.. nasib baik ler jumpa kt kedai kraftangan dkt2 umah aku kt Ampang sinun dan harganya pun murah. Sememangnya hiasan zon aku tak setanding dgn hiasan zon2 lain. Berpatutan lah dgn belanja yg dorang keluarkan kalau nak banding dgn belanja yg kami keluarkan. Dorang bleh caras duit department sendiri. Aku ni kena mintak sedekah duit kt department2 lain utk buat 5S ni. Setakat ni tak sampai RM10 ribu pun yg aku guna. Bukan mcm department lain bleh cecah ratus2 ribu semata2 nak buat 5S. Gila lah.. perabih duit jer..

Ni aku sedang melepaskan lelah... aku tuko profesyen jap td. Dari bos turun pangkat jadi buruh. Mengangkut batu-bata untuk hias landscaping zon aku. Kawasan luar pejabat tak beso. Cuma tak cukup kudrat nak buat. Sebbaik ada juga staf2 department lain yg sudi nak tolong. Gila la bos buat keje buruh. Pecah2 tangan dibuatnya. So selepas dapat pensijilan 5S nanti (hopefully dapat la sijil tu).. aku takmo usik dah menda2 tagging nih. Cuma buat mentenen je tiap2 bulan. Letih wei nak buat menda2 ni dgn kederat 2-3 ketul... dgn kerja hakiki yg melambak kena settlekan.

Aku tabik spring pada diri sendiri dan org2 yg tlg aku. Dengan ini aku layak mendabik dada seberapa lama yg aku suka. Kalo korang ada masalah dgn department aku.. tu masalah korang lah.. ada aku kisah?

Here's a few snapshot sebelum-selepas 5S. Errr.. apologise my gambar.. Suppose ada wording and what not kat gambar2 nih. Tak keluar plak dia. Aku edit kt powerpoint jer and terus save as picture... maleh nk edit guna picasa. Ada gambar yg ada wording "sebelum" sahaja.. ada yg takde wording langsung.. hmmm lantak lah.. janji korang nmpk perubahannya. Malas aku nak edit semula.

4 comments:

amirrash said...

hmm...menarik2. hehe..tmpt kami 5s bertahan untuk 5seharian sahaja (5s jugakan). lepas tu berterabur. haha..

cik-zura said...

eeeee.. sama la.. skang dah 'kembali seperti sediakala'.. kah kah kah.. yg tak bestnya.. ada aje jabatan nk dtg melawat.. lantak lah... kita tgh buat keje.. jgn la expect meja sentiasa kemas.. ye tak..

Anonymous said...

Genial post and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.

cik-zura said...

genial post?
mail ka entry?
ape ko merapu ni?
tp kalau ape aku tulis ni dpt membantu umat manusia.. bagus la.. hehehe