Wednesday, October 21, 2009

First Attempt

Sepanjang minggu ni aku bersendirian, keseorangan, kesepian dan kebuntuan dirumah. Dua-dua housemate aku takde.. sorang pi kursus.. sorang lg gi exam. So apa lagi.. rumah ini aku yang punyaaaaaaaaaaaaa!!! kah kah kah kah kah

Minggu ni semangat nak kerja dtg balik. Alhamdulillah. Setelah beberapa minggu di serang penyakit M dan kehilangan mood serta keseronokan bekerja. Mungkin tertekan mengenangkan 80% kerja di pejabat aku yg akan buat sorang2. 20% lagi nasib baik ada PAR atau omputeh panggil despatch utk wat keje. Nasib baik lg sbb sudah tersangat biasa buat keje2 administrative sendiri.

Cite sket pasal perkembangan di ofis. Aku dah dapat balik rentak bekerja. Kalau dulu ada pembahagian tugasan. Skang ni gila kuasa bolot semua keje orang. Hahahaha... bukan gila kuasa sebenarnya. Tapi dah mmg camni keadaan skang.

Awal minggu.. akhirnya aku berjaya membeli kain alas meja kaunter. Aku beli kat Nagoya Carrefour Wangsamaju. Tak berjahit cantik lipatannya sbb lack of funds. Ini pun aku beli guna duit sendiri. Harap2 bleh claim petty cash. Dah siap pasang kat meja. Dah mcm meja bankuet pun ada. Hahaha.. Bunga kecik2 ala2 ASTER tu pun aku dah tempah. Haritu auntie tu ckp RM1.80 sebatang bunga tu. Aku tercakap RM1.50.. dan dia tade masalah pun nak terima harga yg aku cakap. Terus order 50 batang. Cukuplah nak hias2 ofis kecik aku nih. Buluh2 yg kitorang bercadang utk jadikan tempat letak payung pun dah siap cat dan ikat dgn tali guni. Sangat comel.

Tadi diskas dgn Syukri camne nak hias bunga2 kecik yg aku tempah tu nanti. Pasunya pakai buluh. Tanahnya pakai polistrin. Cayalah.. takyah sesusah nk beli span. Hehehe.. kalau dibuatnya huduh polistrin tu.. kaler la dia warna hijau. Cat hijau kan banyakkkk!! Wakakaka.. tadi juga.. kitorang diskas pasal signboard homemade yg bakal dibuat. Wahh banyak juga kerja sbb Hari Audit utk dapatkan pensijilan 5S tu minggu depan.. hmm caiyokk.. u can do it ;)

Semalam juga.. Dato YDP dgn S.U kena bambu dgn Dato SS. Pasal kes haritu lah yg Dato SS call aku tuh. Astaga.. ingatkan dah settle. So boss sendiri boleh tgk yg ni sume bkn salah aku. Tapi ada sorang mamat tu yg tak reti buat keje dia. Sudahnya.. si Mac jugak kena tlg mamat tu siapkan keje dia. Bukan susah pun.. buat surat kelulusan rasmi.. sign pelan bangunan yg mesyuarat dah lulus tu.. lps tu hantar la pada pemohon. Very simple task but he failed to complete it. Aku cuma bg senyuman super sinis aje lah. Not my problem ok! Cuma kesian kat Dato YDP yg baik hati tu lah. Dah la asik kena serang dgn Karam Singh Walia.. ni dapat plak staf bengong cam gitu. Reputation pun hancur sbb masalah kecik camgini sampai ke pengetahuan MB dan Dato SS. Malu woo!!

So petang smlm.. lps settle kekecohan. Si Mac dtg opis aku. Akhirnya terjawab sudah bahawa fail aku mmg hilang dalam simpanan jabatan mamat bengong tu. Dia cerita yg dia bertungkus lumus mencari fail aku yang hilang tu.. kerah staf2 suh cari.. sejam gak mencari tp tak jumpa. Mamat tu dgn muka selamba hanjing pi tanya kat Mac "ni sapa yg kecoh2 sgt nak pelan tu". Dengan telinga aku sekali berdesing dgr soklan super bodoh dia. Aku dah forward sms Dato kat ko mlm td. Ko bleh tanya lg sapa yg nak pelan tu? Mungkin dia tak kenal siapa MB Pahang dan siapa Dato SS kat dalam Negeri Pahang ni. See.. im not joking when i told u he's super bodoh.

Adeh... fail hilang plak. Takkan ko nak buat tak reti je? Cari ar sampai dapat. Nanti ISO.. aku plak yg kena NCR. Otak lemah btul la mamat tu.

Malamnya.. dah la keseorangan. Dengan gagah beraninya aku memasak Nasi Ayam sorang2. Tade sape tolong nihhh. Hahaha.. memandangkan aku tggl sorang maka inilah masa yg amat sesuai utk memasak. Sbb kalau Ina ada.. sure dia la yg masak.. aku tukang kacau je. Bila masanya nak pandai? Huhuhu..

Akhirnya.. this is my first attempt to cook Nasi Ayam. Well done!! Its turn out good. Masak nasi 1 pot sengah je sbb aku sorang je yg nk makan. Dekat nak abis seperiuk aku kerjakan. Ceduk punya ceduk sampai tak perasan tggl sketttt je nasi tu. Time tu baru perasan perot dah full gila. Memang kenduri la aku sorang2 mlm td. Hahahaha..

Errr.. tutup dulu entry carca-merba nih.. adios!! Meh tgk gambo Nasi Ayam aku yg sedap gila nih. Wakakakaka.. tekan.. jgn tak tekan lif tu..

2 comments:

jijah montel said...

wwwooooo.. politikus tempat kerja.. sempat gak wat nasi ayam tu.. aku jadi lapo lah baca ko nye entry ni.. hehhee

cik-zura said...

tu je satu benda yg aku menyampah ddk kt sini.. yg lenlain aku ok.. ;)