Monday, December 21, 2009

Mak vs Anak

Mak Punya Story

Come celebrate xmas with Clarins!!!! Dengan ini aku dan kakak telah ke Mid V hari sabtu lepas. Terus aje ke kaunter Clarins di Jusco Mid V. Hajat dihati cuma nak beli cleanser dengan eye balm sahaja. Last2 terbeli sekali dengan firm serum dan facial lifting cream. Nak buek camno. Sebelum kedut tu datang kita kena lah buat sesuatu utk lewatkan kehadiran beliau. Jangan dah mula bergaris muka ko besok.. time tu baru nak buat something. Bukan tak boleh. Tapi ongkosnya berlipat ganda lah daripada yang aku labur dan leburkan sekarang. Sanggup ke ko nak beli wrinkle cream yang berharga beribu riban ittew? Ada tak ada.. pasrah aje lah.. Bukannya tak nak terima kenyataan muka nak berkedut tua kerepot... cuma lewatkan sahaja selama yang boleh sementara masih boleh berbuat demikian.

Lagi pun by next year, cik kak promoter tu ckp semua barangan Clarins akan dinaikkan harga setelah sekian lama harga tak dinaikkan. Adui!! Memang ler tak naik sgt.. tapi takpe.. we'll manage..

Lepas bershopping.. owh kakak pun ada beli mosturiser.. tapi dia takmo pakai clarins... dia beli Dior.. Huhuuhu.. sukatilah..

Then kitorang merayau dalam MPH. Aku register member kat kaunter. Cari novel baru RAM tapi takde. Hangin btul. Last2 aku beli 2 chicklit books. Kakak pun beli 1 novel cite bunuh2.

Then gi cari toy utk anak buah kakak. Demand btul bdk2 skang. Nak toy transformer harga beratus. Aku dulu main keretapi buatan sendiri aje. Along buat pakai kayu dgn batang ubi. Hisk!! Mewah siot budak2 skang. eeeee anak aku besok ntah mcm mana plak ek. Kopak.. kopak..

Anak Punya Story

Nak dijadikan cerita... keesokkan harinya aku ke bengkel tayar kereta. Tayar depan yang baru je aku tuko aritu dah botak teruk. Allignment lari.. chamber lari... botak sebelah tayar aku. Tayar belakang tu plak tayar toyo secondhand... so dia dah nak expired. So sementara ada duit nih... mari kita belanjakan secara berhemah.

Suka tak suka... terpaksalah aku menggagahkan diri ke bengkel tersebut. Tuko tayar empat-empat biji. Tak boleh la aku ber'continental' lagik. Gila ko nak tuko continental empat bijik. Mentang2 kerajaan baru bagi saguhati RM500 bulan ni. So lepas along kawtim harga.. dapatlah RM600 utk 4 bijik tayar goodyear duraplus. Sedih.. goodyear pun goodyear lah..

Moral Of The Story

Mak belanja mekap dan cosmetic beratus2.. Anak pun mintak tuko 'kasut'... 4 terus plak tu.. beratus-ratus-ratus lah habis untuk 2 makhluk ini. 1 untuk penjagaan diri 1 utk keselamatan diri. Balik2 utk si mak jugak akhirnya.

At least... aku nampak mana peginya duit gaji tersebut. Tercongok disitu 4 bijik tayar. Dan tambahan serum yang perlu dipakai. Jangan malas-malas ok ;o)

Yang bengang nya... lepas kuar bengkel... terus langgar lubang kt traffic light taman seraya sbb ada kereta bodoh cucuk2 aku sbb nak mengejor traffic light ijo. Dah lari blk allignment itu. Bengang btul lah.

2 comments:

jijah montel said...

aku ingat cerita ko dgn mak ko.. rupanya kisah ko dgn kete kesayangan.. heheee..

cik-zura said...

tu la... dulu jd bf (and still).. skang dh jd anak..kahkahkah..