Dear blog,
Lately mmg malas betul nak tulis apa-apa. Bukan takde menda nk ditulis.. mungkin kekangan (perghhh..) masa agaknya.
Before kita start merapu dgn lebih lanjut.. jom kita tgk topik yg bleh dibebelkan..
1. Nak borak pasal prosedur pembayaran balik pinjaman JPA pun ok gak. Memang aku tengah berbulu dgn prosedur depa nih. Tak pasal aku kena blacklisted. Tak pernah bg warning.. tiba-tiba serah kes pada Jabatan Peguam Negara. Pale hotak sungguh.
2. Nak borak pasal Bengkel MSSDI kat Grand Bluewave pun bleh. Sakses!! Jumlah penyertaan yang tak disangka. Bos mmg gumbira lah kat London sanun. Tapi blom reporting lg kt dia. Biar lah dia berehat2 dulu. Nak cite pasal berbuka puasa kat sana pun bleh gak. Tiap hari duk bedal kambing golek aje. Sebbaik tade penyakit darah tinggi. Kalo idak dah lama pitam agaknya.
3. Nak borak pasal Majlis Berbuka Puasa anjuran ofis semalam pun bleh. Ni 1st time aku join sbb before ni aku tak ddk hq. Check-out dari Bluewave.. terusssssss ke ofis. Bleh plak sesat sampai ke guthrie.. wakakakakakak.. sebbaik tersedar cpt nak patah balik mencari jalan yg benar. So berbuka ramai2 di ofis ok juga. Cuma boring pasal tak ramai yg join. Org division lain aku tak berapa kenal. Lepas makan2.. aku blah terus. Tak larat.
4. Nak borak pasal baju raya pun bleh. Tahun ni baju raya-ku warna MERAH!! Before puasa lagi dah siap. Hahaha.. Now tgh tunggu lagi 3 pasang. Esok bleh pi kutip kat tailor. Sangat best. Lepas tu bleh shopping tudung plak. Maybe bleh pi jenguk TAR kalau aku rajin. Most probably aku shopping kt carrefour wangsamaju je kot.
5. Nak borak pasal duit raya sumbangan kerajaan RM500 tu pun bleh. So far blom masuk lagi. Duit raya untuk kanak-kanak plak dah siap tuko. Baru je dpt pagi td. Kebetulan ada staff kt sini abgnya keje kt bank. Walaupun abang aku pun keje bank tp aku pi dapatkan dgn abg org. Lantak lah. Janji duit raya utk tahun ni dah settle. Ho3x.
6. Nak borak pasal kewangan pun bleh. Gaji dah masuk. Alhamdulillah.. sejak Julai.. ada peningkatan. Tgh duk buat perancangan kewangan yg lebih baik utk masa hadapan. Byk menda nk kena buat. Servis kete 100,000 km (penting!! break pad dah haus.. duk berbunyik je.. wiper dah keras nk kena tuko.. seat kete yg sengal tu pun nk kena tuko). Tukar spek mata yg dah patah ni pun nak kena tuko.. tp buat masa ni aku gam gajah je bingkai yg patah tu.
7. Nak borak pasal keje pun bleh gak. Tengah kecut perut pasal banyak lg internet research yg aku kena cari dan teliti. Then baru bleh sambung tulis report. Susah rupanya jd researcher nih. Zzzz.. tu blom cite pasal nk organise meeting utk dpt feedback dr report tersebut. Lagi la aku susah hati. Report tak siap-siap camne nk bermeeting? Uwaa.. Ya Allah.. Kau permudahkanlah untukku..
Haaa tak pasal jadi satu entry. Wakakakaka... ni entry pemalas namanya.. longgok semua dlm satu entry. Eeeee rugi rugi.. tapi kalo tak tulis aku lupa pulak nanti. Eleh mcm la pekdah sgt nak tulis. Bukan ada sapa baca pun. Perasan tul aku ni. Huhuhu..
No comments:
Post a Comment