Alhamdulillah.. dipanjangkan umur dan tahun ni dapat berpuasa bersama keluarga sekali lagi.. Sedih gak sbb takde kelas memasak bersama cik ina dan berbuka lauk sedap macam tahun lepas.. Tahun lepas ina siap buat menu list lauk-lauk untuk berbuka. Hehehe.. statement rindu ina ke rindu kt masakan dia nih? Yihaaa..
Ramadhan tahun ni takde la sejuk mcm Ramadhan tahun lepas. Kat KL ni sejuk kejadahnya? Rindu gak life kat Cameron Highlands. Very calm.. tenang.. tade gaduh nak balik awal.. tade susah hati duit nk abis pd tengah bulan.. rileks aje.. kerja pun agak interesting cuma very rigid and routine sampai naik bosan. Jauh berbeza dgn life kat KL & hq nih.
So, bulan Ogos tahun ni dimulakan dengan pertukaran waktu bekerja daripada WP3 kepada WP2. Bleh la balik awal sket kul5. Masalahnya pukul5.30 atau pukul6 gak baru aku bleh balik. Ampeh. Bulan ni tersangatlah busy kekdahnya.. keje datang bertubi-tubi. Kerja gomen sebusy itu kah? Uwaaa..
Ditambah pulak tiba2 Along tak berapa sihat. Siap masuk hospital kena tahan wad 4 hari sbb gastrik dan sesak napas. Sapa jadik drebar? Aku!!! Sapa anto Irfan gi sekolah? Aku!!! Sapa hantar kak long pi keje? Aku!!! ooooo.. Sangat berguna rupanya mempunyai seorang adik perempuan yang gila best mcm aku nih. Kah Kah Kah.. puji-pujian tak bleh blah.
Now ada la sket waktu senggang. Tarik napas sebentar. Minggu depan dah busy dgn bengkel. Minggu satu lagi pulun dgn guidance notes dan tor projek rmk10. Lps tu Bos balik dari UK. Sambung busy pasal RKJ plak. Lps tu bersambung dgn bengke spdss. Lepas tu mesyuarat PIP. Lepas tu pengsan... huhuhu.. hajat di hati nak amik cuti raya seminggu. Masih duk fikir2 lagi. Memang aku tade kepentingan sgt pun nak cuti panjang. Alasan nak balik kampung mmg tak bleh pakai. Ampang ke Bandar Tun Razak aje. Alasan balik beraya ke rumah mentua pun tak bleh pakai. Nanti aku dah bermentua baru bleh pakai lah. Hmm.. tapi baki cuti masih ada 35 hari!!! Boring btul lah.
Aiyak.. hujan!! Malam ni ke terawih lagi kah?
Nikmatnya terawih dengan alunan hafazan walaupun hanya 8 rakaat. Dah la hafiz, bacaan pun merdu, sekolah tinggi, hensem plak tu.. (aik.. lain maccchaaaaammm aje?) sebenonya aku baru dapat tau imam terawih kt surau kt umah aku tu ensem orang nya... kah kah kah.. mmg bikin niat gua lari.. ampeh btul.. layan je la ek.. teruja gak jadi makmum imam muda yg ensem nih.. kat surau korang ada? adaaa? huhuhuhu..
Eh daripada cerita pasal keje tiba2 bukak cite pasal imam ensem plak. Isk.. layan je lah..
No comments:
Post a Comment