Friday, July 20, 2007
We want Homer..! We want Homer..!!
Aku pi melawat official website Simpson The Movie tadi. Cam biasa.. tepek trailer la kat sini..
Hahahaha baru tgk trailer aku dah gelak².
"Spider Pig, Spider Pig, Does whatever a Spider Pig does, can he swing from a web?, no he cant, hes a pig, look out he is the spider pigggg! "
Kenapa 21hb!!! Kenapaaaaa!!!!
Tak berkesempatan dan berkemampuan nk tgk World Tour Concert Christina Aguilera kat Spore.. datang plak makcik gwen ni kat Malaysia. Adeii.. aku mmg minat la kat makcik ni dari No Doubt lagi. Tapi camne nih. Apsal 21hb??? Kenapa Ogos???? Kenapaaaa???
Time tu aku baru stat keje.. blom entitle nk apply cuti lagi. Kalo aku still keje kat KL ni xpe gak la. Ini.. Cameron Highlands!!!! Tak larat aku nk drive ulang-alik. Kalo pi Cameron tu macam pegi Ipoh xpe gak kot. Adei.. tensenn!!! tensennn..!!!
Lapor Diri
Bertolak dari KL pukul7.. drive nonstop ke Kuantan.. abah jadi drebar.. pukul9 dah sampai Pejabat SUK. Aku dah risau takot lambat. Sekali ada ramai yg sekapal dgn aku rupanya. Hehehehe.. Naik atas tingkat 2. Tunggu kejap Encik yg bertugas. Oooo muda orgnya. Comel plak tu. Hahaha.. tunggu dia buat surat untuk kitorg. Surat tu nanti kena bawa masa lapor diri kat majlis nnti. Rasa macam kejap. Rupanya 2 jam kitorg kat dalam tu. Iskk..!!
Dah settle.. aku gi mkn roti canai kat kedai mamak dkt2 situ. Lapo beb. Tadi pagi mana de mkn pape. Lepas tu kitorang ke Tanjung Lumpur. Mummy pesan Sata kat kedai Mok Naa. Ape ke benda la Sata? Jumpa kedainya.. tapi kitorg sampai awal sgt.. pukul2 karang baru dorang stat jual sata. Tapi last² jumpa kat kedai lain. Beli gak la. Kang ada yg kempunan plak. Mmm lengkali aku ada camera.. aku amik gambo mendealah sata tu ek. Sedap makan panas2.. rasa cam kopok lekor / ikan bakar. akakakaakak..
Cam ni la rupanya sata tengah dok bakaq atas grill
Lps tu teruskan perjalanan ke Pekan. Abah saje je nk tgk kilang yg dia design dulu. Lalu la aku kt rumah Tun Abdul Razak tu. Rasa cam lama gila nak sampai Pekan dari Kuantan. Padahal sengah jam jer. Cizz.. Then patah balik dan terus balik KL. Singgah kat RnR Gambang isik minyak dan zuhur. Sampai kl dalam kul4-5 camtu. Mummy dah balik dari Maktab. Panaskan sata dlm oven. Tapi aku dah terbongkang dulu kat sofa. Letih sangat sangat. Abah yg driving nmpk rilek je.. Ciss.. Mebi baru keluar kesan dari ke'bz'an aku sejak dua menjak ni kot.
Esoknya.. punya la letih. Cadangnya nak ke Cameron Highlands pulak. Settlekan lapor diri. Tapi gua x larat beb. Pagi² aku call MDCH. HR tu kata datang esok pun boleh. Bawak surat penangguhan sekali. Aku tanya berapa lama boleh buat penangguhan.. dia kata seberapa awal yg aku boleh la. Hah? Aku pun dengan segera la buat surat penangguhan yg baru. Tulih situ sebulan.. 16/7 - 15/8.. ehehehhehe.
Dah tgh hari baru aku masuk opis. Buat keje pape patot. Balik cepat sket dalam kul8.30 sbb nk tgk Ugly Betty. ekekekek.. tapi kul1 gak aku tido. Adeh.. huru-hara jadinya biological clock aku nih.
Esoknya.. aku bangun cam biasa. Takde la extra awal macam aritu. Baju kurung dgn tudung mmg dari hari ahad lg dah gosok (semangat siot). Sampai umah abah kul7. Jammed nak ke Jalan Duta pagi² nih. Masuk highway pun dah pukul8. Kali ni aku dah tak kisah lambat ke cepat ker.. lantak la. Aku tak larat nak ikut peraturan sgt. Sepanjang jalan asik mendung dgn ujan rintik². Siap singgah RnR Tapah.. breakfast kuih pau sorang sebijik. Keluar kat Smpg Pulai. Sampai Tanah Rata dalam pukul11. Sebbaik aku dah surf internet tgk map Cameron Highland kat mana lokasi MDCH. Kalau tidak.. mmg meraban la aku mencari. Takde signboard langsung nak ke MDCH. Walaupun dh tgk map pun still berpusing² juga. Lupa plak tu nak print. Main ingat² aje.
Sampai situ.. ada akak ni tgk aku semacam.. "Lapor diri pukul8 ye..". Aku diam.. tak bg reaction pape. Aku tengok je muka dia kelip2 mata. Pastu dia cam x puas ati tgk aku x ckp pape.. dia ckp lg sekali "Lapor diri biasanya pagi.. pukul8" dengan tone tak puas ati. Aku still buat muka bodow. Hahahaha.. macam la aku tatau lapor diri pukul8. Dan macam la ko x tau aku ni direct dari KL. Mangkok tul la.. Lantak ngkolah. Ketua HR situ namanya En.Baha bawak aku jumpa S/U En.Pauzi. Pastu En.Baha bwk tour ofis dan kenalkan dkt staf2. Tgk unit aku. So aku akan ada 3 org staf. 1 TA Senibina - En.Yusri, 1 TA Awam - Rina, 1 N17 - Ida. File yg sdg diuruskan ada dlm 60 lebih. Adeh.. byknya keje. uwawawawawa..
Settle semua tu.. bg segala borang kat En.Baha.. aku turun bwh dgn abah.. kitorg gi lunch. Pukul2.30 camtu aku pi MDCH blk. Cari Puan Faridah bahagian pelaburan. Apply rumah kuarters. Dah settle isi borang sume. Lepak kat unit aku blk. Dapat la gambaran sket situasi dorang skang ni camne. Isk.. benda pertama aku masuk keje bulan depan.. nak kene post mortem sistem OSC ni. Byk nak kene perbaiki nih. Perjalanan OSC pun aku nk kene pi kursus kilat dgn Has nih. Eekekeekek..
So dalam pukul 5 gak ar baru gerak turun. Sempat la singgah kat Kea Farm. Turun kete.. tuju 1 kedai. Beli stoberi 20 hengget (Faze kirim RM10). Beli stoberi kering kesukaan ramai dgn bunga ros kering. Pusing² kat Tanah Rata tu carik signbod sewa apartment. In case kalo aku x dpt kuarters. Aku budget habis mahal pun RM500 kut sewa rumah kat sini. Dah sudah tu... terus blah balik KL. Aku take turn driving plak. Walaupun abah tak suka org drive dan dia ddk sebelah. Tapi aku x sampai hati nk bg dia drive sampai kl balik. Dia nak drive pun aku buat tak reti jer. Kali ni turun ikot Tapah plak. Masuk highway.. singgah kat RnR Tapah. Sempat le pekena donat dgn hot coklat. Pastu rempit ke KL la. Sepanjang jalan ujan. Sesampai umah abah. Makan dinner plak dulu. Dan sebelom aku terlena kat situ.. baik aku beransur dulu. Letihhhhhhh... sangat letihhhh...!!! Orang pegi cameron highlands tido sana 2-3 hari. Aku pegi sana balik hari. Miahahahaha.. Nak buat camne. Byk gila keje lom settle kat opis nih. Aku takde la kejam nak main tggl je keje2 x siap.
Takpelah.. kerja kita.. tanggungjawab kita. Salammmm...!! See you in Cameron Highlands next month ;-)
Friday, July 13, 2007
POSTing...
Sesampai.. daftar, dapat file biru tulis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan cari seat. Pukul10 ada taklimat, pastu ada panduan isi borang. Astaga.. berhelai² borang nak kena isi. Cizzz...
Pukul 12.45 camtu baru selesai.. tapi still tak bleh balik sbb surat tawaran from KPKT dan SPA tak dapat lg. Dorang suruh tunggu pukul 3.. datang balik ambik surat. Aku decide tunggu la situ sampai pukul 3. Jenuh la pulak nk balik opis.. nak berkejar kluar balik pi situ semata² nak amik surat offer tu jer.
Jadi keputusan akhir, aku diposting ke Majlis Daerah Cameron Highland. Perghhh.. kawasan tanah tinggi. Mencabar gak tuh kalo nk luluskan pembangunan. Mulai sekarang aku kene tune mind.. think as government servant. Dah la satu ape benda pasal OSC pun aku tak pernah buat. Masakk!!!
Selesai je.. aku call semua orang.. semua cam terperanjat sebb aku dikehendaki lapor diri di Pejabat SUK Pahang hari Isnin ni jugak (16/7/2007). Kelam-kabut hidup aku dibuatnya.. kerja-kerja yg ada sekarang nih melambak².. takkan aku nak blah tmpt keje baru cam gitu jer.. ye tak?
Ya Allah.. tolonglah aku...
resakso maghi pulok
adehh.. ni la agaknya yang terjadi kalo otromen org Malaysia... waakakakakakaka!!!!
Thursday, July 12, 2007
lapor diri BESOK? gila ker???
Friday, July 6, 2007
anak bujang Encik Potter
sini aku tepek official trailer..
bila robot buat LAWAK
Scene paling aku suka dalam cite transformers nih dan paling gelak besar masa autobot ngekor Sam balik rumah nak amik cermin mata datuk si Sam. Robot tu dah la besar bagak.. bergegar earthquake terus jadinya kat rumah tu.. hahahah.. pastu dorang rosakkan halaman bapak si Sam. Bapak si Sam jenguk keluar tengok halaman dia dah rosak. Perghh kuat gila earthquake sampai rosak landscaping dgn rumput dia baru je tanam siang nya tuh. Memula dorang tuka jadi trak la kete la... tapi Sam sound cam pelik la pehal lak tetiba byk lak lori² dgn kete porche parking depan rumah.. Wakakaka.. si autobot tu sume pun sedaya upaya la menyorok dari pandangan bapak si Sam. Celah pokok ar.. celah rumah arr.. adeiii.. lawak.. lawakk...
Part sedey plak.. time askar² tu tangkap BumbleBee kat bwh jejantas tu. Sian plak aku tgk.
So.. dah tgk website Transformers? Kat situ korang bleh pilih side.. Protect or Destroy. Nak dengar soundtrack pun bleh kt site tu. Ada tiga lagu jer pun dorang bg dengo.. Linkin Park - What I've Done, Goo Goo Dolls - Before It's Too Late dengan Mute Math - Transformer Theme. Kalau check dekat Temporary Internet Files tu.. korang bleh sedut tiga² lagu nih kat situ. FREE! Bitrate 192kbps. Ok la tu kan :D
Dah sedut? bagusss...
perihatinnya orang kita
ekekeke.. macam² perangai manusia aku jumpa tiap kali buat traffic count survey. Ada yang pandang kitorang ni hina semacam (ye la kekadang ddk tepi longkang pakai pun selekeh² jer... hahahaha pekejadah nak pakai cecantik kalo muka berdebu, seluar baju bau asap?).. ada yang kehairanan.. ada yang teruja (specially kalo ada team survey nih yg comel² sket.. ekekekek)... ada yang marah² sebab ingat kitorang ni mengancam ketenteraman awam.. ada yang kesian.. ada yang buat tak nampak.. ada yang cuak sbb ingat kitorg buat speed trap (wakakakakak).. ada yang menyibuk tanya itu tanya ini.. dan yang paling best ada yang berhenti tanya arah jalan sbb dorang sesat!!!
hari ahad lepas actually aku pegi lepak berbayar lagi.. kali ni kat Bukit Jelutong. Aku buat analisis traffic impact kat situ untuk Botanical Garden development develop kat situ. actually ada bantahan pasal development tu daripada penduduk Bkt Beruntung. Dorang kata jammed laa.. polution la.. etc. Tapi.. dari pandangan peribadi aku yang observed dan mengira kete lalu lalang kat situ.. tak sampai 100 bijik kete pun sejam. Boring gila aku duduk tepi jalan tu... Cadangan Botanical Garden tu pun bukannya generate ribu2 kete kluar masuk site dorang. Haii entahnya... dunia.. dunia..