Friday, July 13, 2007

POSTing...

Hari ni berkesempatan tido 3 jam aje.. balik mlm td pukul 3 siapkan laporan awal RKK HTJ dalam masa 4 jam. ekekekek.. pastu terus tido. Pukul 6 bangun, siap² untuk lapor diri di KPKT sebelum pukul 9. Pukul 8.53 aku masuk parking kat pst bdr dmsara tu. Ann dari tadi lagi duk call aku tanya kat mana. Dia pukul 8.30 dah sampai... tu pun sesat barat berpusing² sampai ke bangsar 7 kali. Astaga.. nasib baik sgt la aku familiar dgn jalan kat area situ. Jammed pun jammed la.. redah je. Tgh on de way td.. hitzfm rudy and jj.. dorang bawak sorang mamat named 'roti canai'. Kelakar gila segmen tu. Tengah jammed tu aku bantai gelak sorang² dlm kete.. lantak la org sebelah² nak kata ape.. kalo dah kelakar tu nak buat ape disimpan² gelak tu kan.wakaakaaka...

Sesampai.. daftar, dapat file biru tulis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan cari seat. Pukul10 ada taklimat, pastu ada panduan isi borang. Astaga.. berhelai² borang nak kena isi. Cizzz...

Pukul 12.45 camtu baru selesai.. tapi still tak bleh balik sbb surat tawaran from KPKT dan SPA tak dapat lg. Dorang suruh tunggu pukul 3.. datang balik ambik surat. Aku decide tunggu la situ sampai pukul 3. Jenuh la pulak nk balik opis.. nak berkejar kluar balik pi situ semata² nak amik surat offer tu jer.

Jadi keputusan akhir, aku diposting ke Majlis Daerah Cameron Highland. Perghhh.. kawasan tanah tinggi. Mencabar gak tuh kalo nk luluskan pembangunan. Mulai sekarang aku kene tune mind.. think as government servant. Dah la satu ape benda pasal OSC pun aku tak pernah buat. Masakk!!!

Selesai je.. aku call semua orang.. semua cam terperanjat sebb aku dikehendaki lapor diri di Pejabat SUK Pahang hari Isnin ni jugak (16/7/2007). Kelam-kabut hidup aku dibuatnya.. kerja-kerja yg ada sekarang nih melambak².. takkan aku nak blah tmpt keje baru cam gitu jer.. ye tak?

Ya Allah.. tolonglah aku...

No comments: