Tuesday, July 29, 2008

Paintball

Finally dapat gak aku menjoinkan diri main paintball "FREE". Anjuran Pusat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands dgn kerjasama Persatuan Paintball Malaysia (kalau tak silap gitu la bunyik persatuannya.. hehehe). Bertempat di padang bola Tanah Rata. Ada 3 team dari Majlis Daerah. Ofis aku tutup hari ni sebab aku dengan budak2 staf sume join paintball.. Wakakakaka..

Bukan la nak join sangat, tapi memandangkan Borang SKT untuk tahun ni dah pun sampai atas meja.. so berazam la takmo kosongkan bahagian "aktiviti" dalam borang tu. Nanti dapat markah kosong lagi mcm tahun lepas.

So everything must have a first time kan.. Ni mmg first time main paintball. Dengarnya sakit kena tembak dengan pallet tu. Tapi takpe.. tak try.. tak tau kan ;-) Pukul2 camtu aku dgn Sue dah terpacak tepi padang. Lepas tu kat bawah khemah.. team referee dari MRPM bg brief sket pasal rules game nih. Bunyik macam susah.. byk beno step dan rulesnya. Tapi takpe la.. try dulu.

3 team dari Majlis.. "Kambing Batu", "Black Maria" dan "Charlie's Angels". Hahahaha.. sape la bubuh nama team kitorang nih. Team aku semuanya bebudak OSC dan kak Asmah. Team anak dara la kiranya.

Yang kelakarnya, kitorang la satu-satunya team all-girls yang berjaya masuk semifinal. Terasa cambest gak la. 1st game aku kena tembak kat betis. 2nd game aku dapat tembak orang dan kena tembak kat kepala. adeih.. bisa pusing..

Semifinal.. aku kena tembak kat paha. Sakit gila sbb tracksuit yg aku pakai tu nipis. Muahahaha.. Pallet yang dorang pakai ni yang jenis berwarna hijau dan merah fluorecent. Si Sue sampai lebam sana-sini. Padahal dia la yang paling beriya nak join paintball pagi td. Wakakakaka.. Si Sal lebam kat rusuk. Aku dengan Rina je yang tak berbirat teruk.

Overall.. tetiba baru perasan yang aku dah mula enjoying life semula. Terasa hidup lebih seronok, gembira dan bermakna ;-). Saya sangattttt sukkkkaaaaa!!! Hahahaha...

Opss.. meh tengok gambar-gambar sekitar game.

Sebelum start game.

Semifinal. "Black Maria" lwn "Charlie's Angels"

Pallet / peluru yang digunakan ;-)


Selepas game.

Antara kecederaan yang diperolehi. Sakit woo...!!

1 comment:

Anonymous said...

perghhhh..lebam teruk tue..hahaha...tunggu la dalam seminggu baru ilang lebam tue..heheh