Holiday sambil kerja atau kerja sambil holiday ;)
Hari Selasa aku menghadiri Seminar bersama SPAN dan IWK di Hotel Vistana, Kuantan. Seminarnya setengah hari jer. Tapi hari Jumaat lagi aku dah turun KL. Ok jom tengok apa aku buat sepanjang beberapa hari lepas.
Sabtu
Aku ke Anakku untuk beli hamper set utk Byezura's baby boy. Kemudian, ke Carrefour Wangsamaju beli groceries dan lunch di Tenpanyaki (mcm salah je aku eja ni..). Terus ke Damansara Damai collect baju kurung yang berbulan aku tempah tp tak ambik2. Sembang sekejapan dengan cik puan tailor pasal perkembangan semasa. Bergegas balik semula ke Ampang dan bersiap untuk menziarah Bye bersama-sama Suraya and the geng. Pukul 9 juga baru keluar rumah dan parking di rumah Sue. Sesi menziarah baby yang ketiduran. Balik rumah mata dah kepedasan.
Ahad
Bersiap2 dan packing pape yang patut dan sumbat dalam kereta. Pukul 12 appointment facial bulanan di Mid Valley. Sampai awal dalam kul 11. Aku ke bank dan agenda membayar hutang. Habis facial, jalan2 kat sports department cari track-suit baru. Kemudian ke Kamdar beli kain ela yg cik puan tailor smlm tersalah potong. Hahahaha... aku tolong dia beli yg baru. Sebbaik jumpa kain yg serupa. Kemudian tunggu staff aku si Sue yg naik komuter dr Shah Alam. Kitorang pi lunch kat food court. Lama gila tak makan sizzling. Walaupun harganya RM7 lebih aku tetap rela membayarnya. Mengidam punya pasal. Kemudian, kitorang pi menyempitkan diri kat Body Shop sales. Terbeli body scrub dan shower gel yang baru. Kahkahkah.. Beli shampoo Himalaya yg dipromote oleh Cikgu Liza. Kita testing dulu..
Selepas hantar kain ela yg diorder oleh cik puan tailor.. dalam pukul 3.30 juga baru bertolak ke Kuantan. Pukul 6 camtu baru sampai ke rumah Sue di Bukit Kuantan. Dia dah lukis map sesiap utk aku ke Cherating. Hahahaha.. aku bukan reti pun jalan kat area Kuantan nih. Selalu tu aku yg duk lukis map KL kat dia. Kali ni dia plak lukis map Kuantan utk aku. Aci la kan...
Mata dah la rabun, berdebar juga nk baca signboard. Dah nak maghrib akhirnya sampai juga ke Hotel Legend, Cherating. Parking punya la jauh dari bilik. Bengang btul mengangkut barang banyak2.
Selepas mandi dan bersiap. Along ajak makan mee kari sedap kat Kuantan. Jenuh berpusing mencari tempat yg dimaksudkan. Last2 kedai tu TUTUP!! Ampeh betul. Sudahnya kitorang makan kat restoran ape ke nama ntah kat Telok Cempedak. Kali ni takde la kena ketuk. Makan nasi putih, tomyam, ikan kerapu dan lauk2 standard yg lain untuk 5 orang dewasa makan termasuk 4 budak kecik total RM108. Ok sangat la kan. Tapi rasanya jangan tanya lah. Sebab aku tak rasa menda pun. Macam makan takde perasaan. Selsema dan hidung tersumbat. Suap, kunyah, telan. Dah kenyang.. berhenti. Sedih betul makan mcm tu.
Balik ke Cherating semula, singgah 7 eleven beli soluble. Lepas mkn ubat terus ketiduran. Letihhhhhh.
Isnin
Mentang-mentang tak keje. Malas btul nak bangun. Tapi disebabkan lapar. Bangun juga la cari sarapan. Dengan tak mandinya... kitorang keluar pi cari sarapan. Alaa.. makan kt kedai depan hotel tu jer. Belasah roti canai 2 keping.
Yay.. perut dah kenyang. Siap2 terjun laut. Hahahaha.. matahari tegak atas kepala kitorang duk rilek berendam kat laut walaupun ada bendera warning bgtau pasal serangan obor-obor. Cair juga la kepala otak duk berendam gitu. Bak kata Irfan "nanti matahari masak kita" hahahaha..
Alamak.. lepas berendam dah lapar balik. Si Ena (adik Kak Long) dah nk check out. Dorang satu family tak join kitorg gi berendam td. So lepas settle dorang men'check out', kitorang pun beramai2 ke rumah pak su Kak Long di Permatang Badak. Dihidang dengan laksa tapi kuahnya kuah laksam. Tatau la aku nak panggil laksa ke laksam. Makan aje lah. Banyak bunyik pulak.
Selepas makan, sembang-sembang panjang dan ada juga yang sempat lelap di sofa, si Ena and geng pun dah bertolak balik KL. Tinggal lah kami anak-beranak. Usai solat Asar kami berpusing 1 taman dan keluar kt Jalan Gambang. Hahahaha.. terus aje ke Beserah umahnya kawan along. Kali ni tak makan. Sembanggggggg aje. Lepas Maghrib, kitorang mencuba sekali lagi ke Kubang Buaya. Yahoooo kedai mee kari tu bukak.
Terus cari tempat duduk aje lah. 'Perempuan mengandung' 2 orang kemain suka lagi. Punya la lama mengidam nk makan mee kari 'sedap boleh mati punya'.. akhirnya dapat juga.
Dalam pada perut kenyang tu. Teringin gak nak makan sate kat Terminal Satay Zul. Dekat2 situ jugak. Akhirnya decide untuk beli bungkus sahaja. Itu pun tak banyak. 30 cucuk sahaja. Alasannya baru lepas makan mee kari. Kenyang lagi.
Dalam perjalanan nak balik Cherating, bau sate tu amat menyelerakan. Dalam kereta juga kitorang belasah. Hahahaha... memang menyesal lah beli 30 cucuk je. 'Sedap boleh mati punya wooo'.
Selasa
Malasnya nak gi keje!!! Uwaaaa!!!
Pagi2 dah bersiap dengan berbaju kurung untuk ke Seminar. Memandangkan seminar start pukul 9.30, sempat la sarapan dulu kat kedai semalam. Kali ni makan nasi lemak pulak. Bleh tahan sedap.
Salam2 dan kiss2 semua orang (bukan semua org dalam kedai tu.. semua ahli family lah maksudnya.. iskkk), bertolak ke Kuantan. Muka konfiden jer nih drive ikut map. Alhamdulillah aku sampai awal pukul 9. Jumpa lah kak lia, abg adi, md akhir dan affa yg turut hadir dalam seminar tu.
Lepas seminar, makan tengah hari di Hotel Vistana. Burppp!!! Kenyang gila. Aku dan Sue duk pusing 1 bandar Kuantan cari car wash. Boleh tak jumpa!! Orang Kuantan semua basuh kereta kat rumah kut. Hahahaha..
Pusing punya pusing.. jumpa 1 car wash kat sebelah petronas depan Hotel Shahzan Inn. Masuk aje lah. Takde la lama sgt pun walaupun kereta banyak. Masa nak bayar tu.. buntang bijik mata bila kena charge RM15!!!!! (&%^%$#$#@$#@!!#$$^& aku tanya la apsal mahal sangat. "Entah la kak, boss suh mcm tu". Huh.. patut la car wash yg lain semua bankrap. Hahahaha...
Kereta dah bersih.. kitorang pi lepak Megamall plak. Tengok schedule wayang. Hmmm.. cam menarik je cite Angel & Demon nih. Tapi ada 2 jam lg before show. Kita gi makan dulu!!! Hahahaha.. masuk pizza hut. Order pizza regular. Letih juga berdua nak mengabehkan.
Pukul 6 layan Angel & Demon. Hehehe.. ok la cite dia. Macam main jigsaw puzzle. Bleh gak blaja2 pasal sejarah org lain. Tp tak perlu lah jadi historian dan kaji semua benda yg dipilemkan untuk kesahihahnya. Kita bukannya buat kajian dalam bidang teology. So apa yang susah sgt nk paham pasal 'God partical' dalam pilem tuh? Jangan sempitkan pemikiran anda. Pada pendapat aku pilem ni dibuat oleh kafirun. Maka terimalah dia sbg karya kafirun. Yang pergi percaya segala fakta tu sapa suruh? Nama pun pilem. Adei la..
Lepas tgk wayang.. kitorang ke Terminal Satay Zul. Kali ni makan kat situ jer. Perut kenyang makan pizza lg tapi gagah juga mengorder. Sudahnya.. bungkus juga.
Malam ni tidur di rumah Sue di Bukit Kuantan. Letih nauzubillah. Terus tido keletihan sangat-sangat.
Rabu
Hari ni baru bertolak balik CH.
Iskkk.. kepala aku ngantuk la.. esok la sambung.
3 comments:
selalu gak ko turun belah2 pantai timur ni ek.. aku lusa nak gi kuantan.. tapi ko dah balik CH pulak.. kalu tak boleh jumpa... :)
takpe.. sok masa didie kawin ek..
Selalu gak aku turun kuantan tu. Dah nama keje kat dalam pahang juga.
Tapi kalau Cameron Highlands tu ddk bwh Perak lagi aku suka. Dekat sket nak turun ke Ipoh nun daripada Kuantan yg 6-7 jam baru sampai.
ske la bace..haha..klako!
Post a Comment