Hmm.. kenapa aku terasa macam lambat btul masa berlalu ek? Blom sebulan pun aku kat ofis baru nih. Kalau idak tu.. kemain laju masa berlarian sampai terpaksa berkejaran nak jalan beriringan.
Kerap juga soalan "amacam? best ke kat sana?" aku terima daripada kawan-kawan yang tau perpindahan aku ke HQ.
Actually, mmg aku sengaja tak annaunce perpindahan tersebut. Sapa yang tau tu tau lah. Malas nak kecoh2. Bukannya aku bertukar sbb naik pangkat. Kalau bertukar kerana naik pangkat tu syok juga nak dihebohkan ye tak? Isk.. tuhan marah la riak2 ni. Ok ok.. nak marah apa...? Bukan aku dapat naik pangkat pun. Sah jawatan dalan perkhidmatan pun belom. Kahkahkah..
Jadi.. jenuh juga mikior jawapan kepada persoalan tersebut. Best ke? Tak best ker?
Honestly, mmg aku suka sbb dapat ddk di bawah ketiak keluarga like before. Memang aku suka sbb aku tak perlu terlalu nak mengira hari dan duit kalau nak pi beli groceries, nak pi tgk wayang, nak pi facial, etc etc etc.. sbb semuanya dekat and accessable.
Cuma bab tang keje jer a bit sukar nak menjawab.
So far, alocate di RnD di Unit Metodologi Perancangan. Projek aku untuk tahun ini ialah menyediakan asas rujukan untuk Penilaian Impak Pembangunan. Err.. jangan ko coba nak tanya menda alah apekah itu.. karena aku jua tidak mengerti..!! Hahaha..
Satu benda yang aku realize ialah... buat permulaan ni aku tak betah buat kerja di atas awan-awangan nih. Im more on the ground people. Deal with real problem. Deal with real people out there. Maybe sbb dah training 2 thn lebih buat keje2 mcm gitu agaknya. And then, bila masuk HQ.. aku susah nak adapt and adopt cara kerja yang baru. Takpe lah.. pelan-pelan kayuh.
Buat masa sekarang, aku masih dalam proses menyesuaikan diri. Belajar tak mengamok di dalam kereta while driving and stuck di Jalan Loke Yew. Sebaliknya belajar bergelak ketawa dan terhibur dengan lawak encik dan cik DJ di radio. Tabiat lama ttp ada. Keep on switching between channel. Kejap flyfm. Kejap hitzfm. Kejap hotfm. Kejap mixfm. Kejap xfresh. Kejap bfm. Yay.. go on and on and on sehingga sampai ke destinasi.
Another thing yang menarik ialah.. weekend. Aku mempunyai daya tahan yang kuat untuk lepak2 saja di rumah. Kalo masa aku ddk Cameron Highlands... every time balik KL sure aku tak lekat kat rumah. Sebaliknya melekat di Mid V tanpa arah tujuan selain menghabiskan duit. Thats why aku tak percaya langsung pada cakap2 org yang aku bleh saving duit while living kat tempat ulu nih. Mmg secara harian tak byk berbelanja, tapi bila sekali sekala balik KL.. tu diaa... duit kuar cam air. Dasar perempuan. Keje shopppppping jer kejenya.
Dan yang paling best, aku tak perlu berperang minda untuk drive semula balik Cameron Highlands setiap pagi Ahad. Alhamdulillah.
Berbahagialah hendaklahnya.
No comments:
Post a Comment