Dear reader(s) - If I got one lah..
I'm sorry for the delay. I was meant to write earlier about moving from the highlands to lowland.. but I'm so freaking lazy and no access to the internet for a while since I already sold my lappy to my former staff and still no internet access at my new desk at the new office.
Let's review.
4th Jan 2010 Hari pertama - report duty ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JPBD di Jalan Cenderasari atau nama glemernya R&D. Bangun pagi pukul 6. Siap ada 2 ekor ayam (ringtone handphone pinjam dan alarm ringtone handphone sendiri) berbunyik. Yang 1 tu mmg aku set alarm pukul 6 pagi. Yang 1 lagi tu berkokok sbb ada call-in. Sapa lagi.. my original alarm call dari jauh tolong kejutkan. Huhuhu.. bahagia lah celik bijik mata dapat dengar suara yang ter'chenta'. Sila jangan jeles.
Mandi dan bersiap. Hari ni juga hari pertama Irfan bersekolah. Tak sangka ek.. dah masuk 7 tahun anak buah aku ni. Danish pun kena bangun pegi tadika. Dengan Aqil2 skali bangun. Hahahaha.. kecoh gila pagi2.
Sudahnya pukul 7.30 baru aku dapat gerak ke ofis baru. 2 tahun setengah work n living di tempat orang membuatkan built-in GPS aku ni bengong sket. Bleh tak aku terlupa camne nk gi HQ. Tapi tade la sampai sesat barat. Punya la jammed nak masuk bulatan cheras. Lol rupa2nya ada mercedes sudah cium divided flyover tu dan sedang hensem melintang kat susur masuk bulatan cheras dari arah Tesco Ampang. "Mamak!!! Hati panas satuuuu!!!"
Maka meneruskan perjalanan... masuk ke Jalan Loke Yew yang sedia kala sesak. Pemandangan biasa setiap pagi.
Aku manage masuk ke tidal lane kanannnn sekali. Buat anda yang tatau jalan camne nak gi Jalan Cenderasi daripada Jalan Loke Yew.. ni aku bg clue sket. Masuk kiri Jln Kg. Attap, masuk Jalan Syed Putra, naik flyover kiri ke Mahameru, turun simpang kiri pertama ke Jalan Tun Sambanthan belok kanan kat traffic light, masuk kat area parking pejabat pos besar, kuar Jalan Kinabalu, belok kiri simpang 3 masuk Jalan Tugu, strettttt... yey dah sampai Jalan Cenderasari. Kat sebelah kiri tu dah nampak signboard Pusat Temuduga JPA. Kalau strettt lagi.. jumpa la opis baru aku ;-)
Or boleh masuk Jalan Mahameru, nampak muzium masuk simpang kiri ikut signboard ke Masjid Negara dan KTM. Jalan stretttt sampai jumpa bulatan. Masuk Jalan Tugu bleh. Masuk terus Jalan Cenderasari (jalan kecik sebelah Masjid Negara) tu pun boleh. Pokoknya sampaaiiiiiiiii...
Kalau korang dari Gombak lagi senang nak mampos. Ikut Jalan Kuching, strettttttt sampai nampak Bangunan Dayabumi, bagi signal masuk kiri turun ke bulatan KTM. Masuk simpang pukul 9 (ni masuk Jalan Tugu la nih), dan stretttt aje jgn belok2 sampai korang jumpa destinasi.
Kalau dari Shah Alam pun lebih kurang aje. Ikut federal highway, masuk Syed Putra, masuk mahameru, muzium, KTM, bulatan KTM, blablabla (maleh nk repeat byk kali).
So sampai di HQ pukul 8.30. Terus naik ke tingkat 2. Bangunan HQ ni bangunan pejabat kerajaan lama. 4 tingkat and NO ELEVATOR. Bagus juga bleh eksesais tiap2 hari. Nak plak dengan kasut tinggi 3 inci. Fuhhh!!
Berjumpa dengan PA kepada Pengarah Bahagian. Dia suh tunggu. Actually ada sorang lg yg turut melapor diri. Tapi dia 41 memangku 44 daripada PPZT. Masuk jumpa TKP dulu. Dia bg ceramah lebih kurang. Terus aku jadi blur. Macam tak bersedia langsung. Lantaklah. Memang aku tak prepare pape pun. Hahaha.. lepas tu baru masuk Bilik KP. Masih igt Dr. Dahlia? Diberitakan dia baru pulang dari mengerjakan haji. Sudah bertudung dan banyak perubahan.
Dia tegur aku "I kenal you. Kita pernah jumpa kat mana-mana meeting kan?". Alamak! Dia cam plak muka aku. Sengih aje lah and mengaku aje lah. Dulu masa aku keje consultant mmg biasa meeting kat JPBD ikut bos atau wakil bos. Tapi aku ni pekerja cabuk shj. Tak sangka plak Pengarah masih igt muka aku.
So, aku ditempatkan di Unit Metadologi. Ermmm.. ape benda metadologi? Diberitakan yang Unit ni baru aje ditubuhkan bulan 6 aritu. Kalo ikut pemahaman aku yg cetek nih.. apasal keje RnD dgn perundangan lebih kurang sama? Or ianya berkaitan and look similar. Agaknya lah. Watever.
Basically, aku bosan. Melangut tade keje. Atau keje yang diberi terlalu mudah. Setakat edit report, edit garis panduan, cuma ambil masa 5 minit. Macam mana aku nak drag keje yg 5 minit kepada waktu kerja 9-5? Takpe... mungkin hari pertama. Cuba ko tgk seminggu, sebulan, 6 bulan esok... korang tahan aje la dgr aku membebel tah hape2.
Tengah hari, aku dgn Jujet gi makan ikan bakar kat Tang Lin. Kedai kat depan opis tu tutup. Cuti hantar anak sekolah agaknya.
Masuk keje blk kul 2. Still pretending. Purak-purak bz sampai ke 5.30 petang. Very stressful and exhausted. Pukul 5.35 aku terus cabut. Stret ke rumah abah. Semalam abah call nak mintak tlg setupkan digital submission utk anto ke DBKL. Layan aje la. Scan surat la borang la. Akhirnya burn cd. Tolong abah susun dokumen2 dan pelan2 ikut senarai semak DBKL. Settle!
Pukul 11.30 br abah lepaskan aku blk. Aku dah terpeleot kt sofa. Ngantuk gila. Sampai rumah. Mandi, siap2 dan terus tido tak sedar diri.
The 2nd day, mengantuk gila2 tak bleh tahan. Manage tahan sampai pukul 1. Terus lelap kat kerusi sejam. Padahal perut lapar sbb tak brekfes pun. Tapi antara mengantuk dgn lapar.. kita lebih utamakan kehendak mata. Ye tak?
Balik kul 6.30 tolong Kak Gee buat report SDI. Hujan lebat. Parking jauh plak tu. Nasib baik tergerak hati nak bawak payung pagi tadi. To my suprise, walaupun hujan lebat tapi jangka waktu yang di ambil utk sampai ke rumah hanya mengambil masa setengah jam. Padahal ikut jalan sama je mcm pegi keje. Hmmm..
Today hari ketiga, baru lah dapat jumpa KU. Terus discuss pasal sasaran kerja unit dan kerja aku sepanjang tahun. Siap buat gantt chart. Yang bosannya. Before lunch.. keje aku dah siap. Isk! Aku buat kerja cepat sgt ker? Takde salah ker? Isk!!!
Petang, ada discussion dgn Pengarah plak. Cite pasal pencapaian SKT tahun lepas. Aku sengih2 je la sbb aku tade SKT utk tahun lepas sbb SKT aku kat OSC. It's ok. Pengarah pesan utk aku catch up cpt2 sket kerja2 unit aku tuh. Ok. Walaupun saya malas membaca bahan ilmiah. Saya akan cuba membaca fail2 tersebut. Habis meeting dan nak sampai waktu balik. Pejabat dah lengang. Aku pun ikut cabut lah. Hehehe..
There. My 1st 3 days bertugas kat tempat baru. Wish me luck ;o)
1 comment:
waaahh.. tempat baru.. semangat baru!!
Post a Comment