Holaaaaa everyone!!
Selamat hari Isnin. So how's your weekend?
Hari minggu yang lepas adalah antara hari minggu yang agak buzy for me. Dapat berehat pagi Sabtu sahaja. Tengah hari Sabtu off to Ampang Tasik (hekelehhh.. sekangkang kera je) for my cousin's wedding. Sangat comel berbusana pengantin. Majlis nikah. Tak ramai yang pilih bukan warna putih untuk majlis akad nikah. Depa pilih warna biru turqoise comel.
Biasa la kan... di majlis2 seperti ini mmg tak menang mulut nak berbual dengan sanak-saudara. Tu belum masuk bab nak mengingat nama saudara-mara. Hahahaha... sbb in our family.. kami berbual menggunakan nama panggilan mcm Pak Long, Mak Lang, Kak Teh, etc. Or kita cuma ingat nama pendek sahaja mcm Adik Ijah, Kak Zira, etc. Kadang2 sampai terlupa nama sebenar empunya diri. Wakakakaka.. ini antara game favourite aku dgn along la such as "Eh nama anak Pak Teh yang bongsu tu sapa ek.." agak fun dan tough jugak sbb masing2 memerah otak nak mengingat.. nak tanya direct.. mau kena hempuk pulak... nama cousin sendiri pun tak ingat... wakakakakak..
Then ptg lepas kenduri, kitorang ke Hospital Gleneagles Ampang. Diberitakan anak menantu Pak Long Kajang eksiden kat Melaka due to road bully. Mak dgn anak masuk hospital. Last Monday baru pindah ke Hospital Gleneagles dari Hospital Melaka. Allah.. kesian.. budak comel umur 4 tahun.. tapi bercalar muka, tangan, badan. Masa kitorang sampai tu.. nurse tgh dressing tuko pembalut luka dia. Maknya pulak kat dalam operation room. Ada operation susulan. Sekejap aje kami kat situ sbb tak sampai hati tgk budak kecik sakit mcm tu.
Esoknya kami gi makan kenduri cousin aku tu pulak. Suaminya pun orang Ampang Tasik. Sangat seronok hantar rombongan pengantin sepelaung je. Wakakakakak...
Balik daripada kenduri kawen.. lepak kat rumah. Along kata dia rasa macam nak demam. Beli 100 plus 3 botol.. terus terbaring dia kat sofa. Aku tengok dia tido.. so aku pun keluar la pi Taman Putra kat bawah tu kejap pi potong rambut. Alang2 dapat treatment free (regular customer maa) so aku amik aje la free treatment tersebut.
Tengah duk cuci2 rambut kak long call.. tengah bungkus rambut kak long call.. tengah potong rambut kak long call.. katanya Along dah menggigil2 mcm sejuk sangat. Aik..
Kepala tengah duk bungkus nih... nak buek camno? Aku kata lagi 20 minit siap la. Lepas tu kak long call lagi. "Dah abis nanti terus pi Klinik ek.. kitorang dah kat klinik.."
Aik.. sapa pulak yang mendrive?
Settle aje dgn rambut wangi aku pun pecut ke klinik. Alhamdulillah dapat parking betul2 depan klinik. Agak ajaib sbb susah nak dapat parking kat area situ. Masuk dalam tengok si Irfan dgn Danish tgh duk seronok main kejar2 dalam klinik. Ape lagi.. kena piap la kan sedas dua.. ayah depa dah tergolek tak larat kat kerusi klinik tu.. Aqil pulak sengih2 seronok nampak aku. Huhuhu... terus amik kunci kereta Along kat Kak Long dan terus bagi arahan tentera kat budak2 tu suh masuk kereta.
For the 2nd time.. aku jadi pemandu ambulance utk Along. Kali ni pi Hospital Pantai Pandan Indah je. Dekat. Terus berhenti kat bahagian kecemasan. Kak Long uruskan Along. Aku uruskan budak2 tu. Adei... Kak Long baru je keluar wad dari hospital yang sama due to denggue fever. Now Along pulak.
Depa bg Along oxygen. Cucuk masuk air. Masuk ubat. Xray. Nasib baik hospital tu mmg tersangat tak ramai orang. Lenganggggg aje di mana2. Lepas settle masuk wad. Aku, Kak Long and geng pun gegas balik rumah. Kesian kanak-kanak dah bising kelaparan. Aqil pun kelaparan.. emergency.. ibu dia lupa nak capai susu. Bagi susu badan pun dia mengamok.. dah 8 bulan.. tak kenyang agaknya dengan susu sahaja.
Tinggalkan depa kat rumah. Kecoh la sekejap. Kebetulan jiran betul2 depan rumah buat kenduri tahlil. Mmg agendanya kami nak ke majlis tersebut la malam ni. Tapi dah jadi mcm ni... nak buat mcm mana kan. Aku gegas ambil bibik kat Taman Sri Watan pulak. Bibik cuti 2 hari. Kesian dia bekerja non-stop masa Kak Long masuk hospital hari tu. Baru aje dia nak berehat.. Along pulak masuk hospital. Haih..
Sempat la makan dan tarik nafas sekejap. Sementara tunggu Kak Long kemas kain baju. Depa ni main passing baton pulak laki-bini. Giliran Kak Long pulak meneman suaminya di hospital. Nasib baik Abah sampai tak lama lepas tu. Kalau idak.. checkmate juga aku nak mikir camne nk usung 2 biji kereta balik rumah. Kereta aku masih duduk tercongok kat depan klinik. Huhuhuhu..
So abah pun sampai. Irfan dgn Danish mmg pantang nampak atuk. Tinggal kerja sekolah semua sbb nak ikut ke hospital. Tak larat nak marah sbb depa buat muka sardin jer. Jam pukul 10 malam. Kami anak beranak rilek aje masuk melawat di hospital. Hehehe.. swasta maaaa..
Pukul 11.30 juga baru balik mengenangkan budak2 ni nak sekolah esok. Aku pun nak kena berehat. Cepat letih la lately. Aging agaknya.
Alhamdulillah. Bangun pagi hari ni agak best jugak sbb.. walaupun aku tidur tak lena (asyik terjaga tanpa sebab).. tapi bila bangun pagi tak terasa letih sangat pun. Tak tau la kenapa.. Mungkin sbb supplement yg aku makan kut. Baru makan 2 hari dah efek gegila ek? Huhuhuhu..
So.. that's my weekend. Back to last two weeks routine. Adeii.. berilah aku kekuatan.
No comments:
Post a Comment