Friday, April 9, 2010

denggi update

Malam tadi aku bawak Irfan, Bibik dan Aqil pi hospital. Balik rumah pukul 6 lebih tgk semua orang dah siap mandi pakai baju cantik. Hahahaha..

So macam biasa... kak long kirim baju2 bersih utk dia, along dan Danish. Kitorang bawak nasik dan lauk utk kak long dinner. Lepak2.. bawak Danish pi bilik mainan (kan ni wad kanak-kanak). Seronok la dia main dengan Irfan. Yang boringnya aku la kena ikut dia berlari ke sana ke sini usung tiang yg sangkut drip air tu. Huhuhu...

Lepas tu.. kak long update bgtau.. uncle jiran depan rumah pun baru masuk hospital yang sama sebab denggi. Alamak.. dekat jer.

FYI, jiran2 kami mmg kebanyakkannya pakcik2, makcik2, uncle2 dan auntie2.. huhuhuhu.. masa nak balik tu terserempak dengan isteri Uncle Gan dengan anak2 nya. Isk... diberitakan jugak setakat ni Uncle Gan adalah mangsa KELAPAN yang digigit nyamuk aedes. Rumah kami la juara in terms of bilangan pesakit... 3 orang. Adei seramnya...

Bangun tido pagi td terasa badan mcm lemah2. Please.. jangan la bagi aku sakit sekarang. Sapa nak jaga bibik, Irfan dan Aqil kalau aku pulak sakit? :( kerja pun ada banyak ni. Uwaaaaaa...

2 comments:

ena said...

ni apa kes ni wei sume kena denggi... hadoii susahnya hati... ko tu jaga diri wei... suh bibik sembur ridsect selalu... bior ppening lalat bau ridsect daripada kena denggi.. mesti umah ko kerap fogging kan..

cik-zura said...

adoi la... dgn aku2 sekali terdenggi la. Bleh plak time besdei aku.. aku demam menggigil2 kt ofis.. sampai budak2 ni terpaksa bwk aku gi spital.. haaa kang aku tulis full entry kat sinun ek..