EL atau nama panjangnya Emergency Leave.
Seharian semalam aku tak beronline. Danish demam. Pagi2 aku pi office semata untuk isi borang cuti merah (cuti kecemasan). Tapi pukul 10 baru sampai ke rumah semula. Before pi keje td Danish masih tido kat bilik aku. Sampai je rumah tgk dia tgh duduk bersila depan tv tengok kartun. Eh dah sihat ke?
Bibik pun bg report. Danish baru lepas mandi. Dia mandi sendiri. Panas agaknya. Tapi nampak macam okey je mulut bising jadi 'pengulas' kartun. Memandangkan dia nampak sihat, so aku pun keluar la ke Tesco Ampang nak beli groceries, makanan mentah untuk stok dirumah dan ketam untuk buat sup.
Aku balik dalam pukul 12. Tengok Danish dah terbaring. Masih di depan tv. Pujuk2 suruh dia makan. Buatkan roti bakar dan suapkan dia makan. Kebetulan Mak Lang dia pun sampai hantar sup ketam. Ape lagi.. roti cicah sup la. Alhamdulillah. Elok pulak selera makan dia demam2 ni. Kalau tidak kemain susah nak makan.
Aqil pulak sibuk menjerit2 nak ajak main. Aku letak dia dalam walker. Bibik busy kat dapur masak dan mengemas.. sementara aku ada nak jaga Aqil.
Pukul 2 macam tu Faze datang rumah. Aku minta tolong dia bawak aku dan Danish pi klinik. Check temperature Danish tak naik tinggi. Sket lagi nak cecah 38. Alhamdulillah kat klinik takde orang langsung. Danish pun tak banyak songeh. Cuma dia macam lemah nak berjalan sendiri. Aku fikir2 84 kali juga nak dukung dia. Berat siut walaupun tulang aje. Danish jalan slowwww aje. Layan kan aje la.
Aku cerita la kat doktor yang mak dia baru keluar hospital sbb demam denggi and now his father pulak dah admit ward because of demam denggi. Doktor pun check platlet darah dia. Turun 116. Orang normal sekurang-kurangnya dalam julat 150 - 400. Lower than 150 maybe because virus infection. Kalau more than 400 maybe because bacteria infection. Oooooo.. belajar benda baru lg hari nih ;-)
So doktor pun terus tulis surat refer to Hospital Pantai Pandan Indah. Hospital sama dengan ayah dia lah. Then terus ke emergency room. Kak long dah tunggu. Kesian dia. Hari tu suami. Now anak pulak.
Jumpa pakar kanak2.. terus kena tahan ward lah. Dapat bilik kat tingkat 2. Along pulak kat tingkat 3. Kak long dah pening mcm mana nak jaga dua2. So aku pun mengoffer diri la. Pukul 4.30 camtu Faze hantor aku balik rumah jap. Kemas2 kain baju untuk Danish. Tunggu Irfan balik sekolah agama dalam pukul 6 camtu.
Bleh pulak kanak-kanak ni melepak tgk tv dulu. Orang nak cepat nih.. grrrrr...
Dah la liat nak suruh mandi. Tapi kalau dah masuk bilik air... liat pulak nak suruh keluar. Dia leka main air pulak. Grrrrr lagi sekali...
Sudahnya lepas maghrib juga baru sampai hospital balik. Bungkuskan nasi untuk Kak Long juga. Hospital Pantai Pandan Indah ni tak byk kedai kat dalam hospital mcm hospital yang lain. Kedai serbaneka tu pun cepat tutup.
Sekali lagi kami melepak di hospital beramai2. Danish jumpa Irfan bertenaga la sket. Pandai pulak Irfan layan adik dia main campak2 bola. Danish dah masuk drip air. Dia campak bola. Irfan tukang kutip. Kekek-kekek depa berdua. Layannnn.... nasib baik kat wad kanak-kanak... so takde la obvious sgt suara kanak-kanak menjerit.
Kak long try dapatkan 1 bilik untuk along dan Danish. Senang sket nak jaga. Pukul 8 mcm tu Along dapat tukar bilik ke tingkat 2 juga. Danish pulak nurse kata tgh transfer record dia ke bilik baru. Sampai tertidur dia tunggu nak transfer bilik. Dengan aku-aku sekali lentok kat kerusi tepi dia. Hari ni tak ramai ahli keluarga yang datang melawat.
Pukul 9 camtu Aqil dah gosok mata nak tido. Kesian dia. Danish still blom dapat transfer lagi. Busy kut nurse2 nih sbb wad penuh. Akhirnya kami balik je. Aku tak jadi la tido kat hospital. Takdak sapa nak bawak bibik, Aqil dan Irfan balik. Lagipun esok Irfan sekolah.
Dengar mcm tak penat ek? Tapi percaya lah. Aku penat. Macam ni la kalau jadi ketua keluarga ek. Nak jaga keluarga... nak jaga diri sendiri.. hmm ada hikmah disebalik sesuatu kejadian tu kan.. semoga aku bleh jadi kuat bila tiba masa aku ada keluarga sendiri nanti.. hmmmm... ok... agak sedih di situ.. kerana aku hampir pasti bukan with chenta. Dah 3 hari dia tak dapat di kesan pi mana. Mak dia pun tatau dia pi mana. Membuatkan aku bertambah letih. Letih. Letih. Letih. Letih.
Ya Allah... kurniakan aku tenaga.
2 comments:
rajin ko layan kanak2 tu ek...
seb baik along ko ada ko kat umah leh harap... hahahaha
rajin tak rajin... kena la layan.. huhuhuhu..
tu la... kalo aku still kat cameron.. susah jugak wooo...
Post a Comment