Sunday, August 29, 2010

kenapa

Something to shared from facebook. Enjoy!

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
 6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
 7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
 8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
 9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
 Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
 Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
 PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
 ~ALLAH knows BESt!~♥

Friday, August 27, 2010

takdak tajuk

Dear blog,

Lately mmg malas betul nak tulis apa-apa. Bukan takde menda nk ditulis.. mungkin kekangan (perghhh..) masa agaknya.

Before kita start merapu dgn lebih lanjut.. jom kita tgk topik yg bleh dibebelkan..

1. Nak borak pasal prosedur pembayaran balik pinjaman JPA pun ok gak. Memang aku tengah berbulu dgn prosedur depa nih. Tak pasal aku kena blacklisted. Tak pernah bg warning.. tiba-tiba serah kes pada Jabatan Peguam Negara. Pale hotak sungguh.

2. Nak borak pasal Bengkel MSSDI kat Grand Bluewave pun bleh. Sakses!! Jumlah penyertaan yang tak disangka. Bos mmg gumbira lah kat London sanun. Tapi blom reporting lg kt dia. Biar lah dia berehat2 dulu. Nak cite pasal berbuka puasa kat sana pun bleh gak. Tiap hari duk bedal kambing golek aje. Sebbaik tade penyakit darah tinggi. Kalo idak dah lama pitam agaknya.

3. Nak borak pasal  Majlis Berbuka Puasa anjuran ofis semalam pun bleh. Ni 1st time aku join sbb before ni aku tak ddk hq. Check-out dari Bluewave.. terusssssss ke ofis. Bleh plak sesat sampai ke guthrie.. wakakakakakak.. sebbaik tersedar cpt nak patah balik mencari jalan yg benar. So berbuka ramai2 di ofis ok juga. Cuma boring pasal tak ramai yg join. Org division lain aku tak berapa kenal. Lepas makan2.. aku blah terus. Tak larat.

4. Nak borak pasal baju raya pun bleh. Tahun ni baju raya-ku warna MERAH!! Before puasa lagi dah siap. Hahaha.. Now tgh tunggu lagi 3 pasang. Esok bleh pi kutip kat tailor. Sangat best. Lepas tu bleh shopping tudung plak. Maybe bleh pi jenguk TAR kalau aku rajin. Most probably aku shopping kt carrefour wangsamaju je kot.

5. Nak borak pasal duit raya sumbangan kerajaan RM500 tu pun bleh. So far blom masuk lagi. Duit raya untuk kanak-kanak plak dah siap tuko. Baru je dpt pagi td. Kebetulan ada staff kt sini abgnya keje kt bank. Walaupun abang aku pun keje bank tp aku pi dapatkan dgn abg org. Lantak lah. Janji duit raya utk tahun ni dah settle. Ho3x.

6. Nak borak pasal kewangan pun bleh. Gaji dah masuk. Alhamdulillah.. sejak Julai.. ada peningkatan. Tgh duk buat perancangan kewangan yg lebih baik utk masa hadapan. Byk menda nk kena buat. Servis kete 100,000 km (penting!! break pad dah haus.. duk berbunyik je.. wiper dah keras nk kena tuko.. seat kete yg sengal tu pun nk kena tuko). Tukar spek mata yg dah patah ni pun nak kena tuko.. tp buat masa ni aku gam gajah je bingkai yg patah tu.

7. Nak borak pasal keje pun bleh gak. Tengah kecut perut pasal banyak lg internet research yg aku kena cari dan teliti. Then baru bleh sambung tulis report. Susah rupanya jd researcher nih. Zzzz.. tu blom cite pasal nk organise meeting utk dpt feedback dr report tersebut. Lagi la aku susah hati. Report tak siap-siap camne nk bermeeting? Uwaa.. Ya Allah.. Kau permudahkanlah untukku..

Haaa tak pasal jadi satu entry. Wakakakaka... ni entry pemalas namanya.. longgok semua dlm satu entry. Eeeee rugi rugi.. tapi kalo tak tulis aku lupa pulak nanti. Eleh mcm la pekdah sgt nak tulis. Bukan ada sapa baca pun. Perasan tul aku ni. Huhuhu..

Monday, August 23, 2010

now I know

Its been almost 2 years now.
Baru sekarang I understand and see it well.
Like I said before..
I'm so blind and just enjoy the weather.

Alhamdulillah.. now I see the true colour..
Beyond expectation or maybe I simply can see it from the very beginning.
And I'm be in denial since then.

Syukur..
Sesungguhnya aku memohon dengan sangat..
Agar dikurnia kekuatan untuk bertahan..
InsyaAllah..

Wednesday, August 18, 2010

terawih-ku

Alhamdulillah.. dipanjangkan umur dan tahun ni dapat berpuasa bersama keluarga sekali lagi.. Sedih gak sbb takde kelas memasak bersama cik ina dan berbuka lauk sedap macam tahun lepas.. Tahun lepas ina siap buat menu list lauk-lauk untuk berbuka. Hehehe.. statement rindu ina ke rindu kt masakan dia nih? Yihaaa..

Ramadhan tahun ni takde la sejuk mcm Ramadhan tahun lepas. Kat KL ni sejuk kejadahnya? Rindu gak life kat Cameron Highlands. Very calm.. tenang.. tade gaduh nak balik awal.. tade susah hati duit nk abis pd tengah bulan.. rileks aje.. kerja pun agak interesting cuma very rigid and routine sampai naik bosan. Jauh berbeza dgn life kat KL & hq nih.

So, bulan Ogos tahun ni dimulakan dengan pertukaran waktu bekerja daripada WP3 kepada WP2. Bleh la balik awal sket kul5. Masalahnya pukul5.30 atau pukul6 gak baru aku bleh balik. Ampeh. Bulan ni tersangatlah busy kekdahnya.. keje datang bertubi-tubi. Kerja gomen sebusy itu kah? Uwaaa..

Ditambah pulak tiba2 Along tak berapa sihat. Siap masuk hospital kena tahan wad 4 hari sbb gastrik dan sesak napas. Sapa jadik drebar? Aku!!! Sapa anto Irfan gi sekolah? Aku!!! Sapa hantar kak long pi keje? Aku!!! ooooo.. Sangat berguna rupanya mempunyai seorang adik perempuan yang gila best mcm aku nih. Kah Kah Kah.. puji-pujian tak bleh blah.

Now ada la sket waktu senggang. Tarik napas sebentar. Minggu depan dah busy dgn bengkel. Minggu satu lagi pulun dgn guidance notes dan tor projek rmk10. Lps tu Bos balik dari UK. Sambung busy pasal RKJ plak. Lps tu bersambung dgn bengke spdss. Lepas tu mesyuarat PIP. Lepas tu pengsan... huhuhu.. hajat di hati nak amik cuti raya seminggu. Masih duk fikir2 lagi. Memang aku tade kepentingan sgt pun nak cuti panjang. Alasan nak balik kampung mmg tak bleh pakai. Ampang ke Bandar Tun Razak aje. Alasan balik beraya ke rumah mentua pun tak bleh pakai. Nanti aku dah bermentua  baru bleh pakai lah. Hmm.. tapi baki cuti masih ada 35 hari!!! Boring btul lah.

Aiyak.. hujan!! Malam ni ke terawih lagi kah?

Nikmatnya terawih dengan alunan hafazan walaupun hanya 8 rakaat. Dah la hafiz, bacaan pun merdu, sekolah tinggi, hensem plak tu.. (aik.. lain maccchaaaaammm aje?) sebenonya aku baru dapat tau imam terawih kt surau kt umah aku tu ensem orang nya... kah kah kah.. mmg bikin niat gua lari.. ampeh btul.. layan je la ek.. teruja gak jadi makmum imam muda yg ensem nih.. kat surau korang ada? adaaa? huhuhuhu..

Eh daripada cerita pasal keje tiba2 bukak cite pasal imam ensem plak. Isk.. layan je lah..

Saturday, August 14, 2010

manik

Saja la nak share dengan korang...

Dalam pada busy nak tunggang terbalik dalam mode persiapan untuk bengkel SDI lagi 2 minggu... aku sempat join aktiviti puspanita kat kpkt. Kak zah, kak don, putri, ros and me pi ramai2 ke kpkt time lunch hour td. Kitorang pi join kelas jahit manik. Muahahahaha... mesti korang gelak. Jahit manik pun nak pergi kelas. Alaaa bayar rm10 aje. Cikgu ajar 5 basic steps camne nak jahit manik kt atas kain perca kecik. Uihhh mudah je sebenonya ;) bila siap 1 bunga nampak cam buruk... letak jauh2.. hmmm bleh tahan.. wakakkakakaka puji jahitan sendiri... tak bleh blahhhh...

Korang tak caya? hahahaha.. kang aku tepek hasilnya ek ;) Haa amcam? cantik tak?
jeng jeng... dah jadik nampak ensem plak ek? hahaha puji la skettt.. 
ros dan puteri sedang bertungkus-lumus.. hehe
Kak Zah kata.. "kalau manik dalam cup ni terbalik... aku vacuum je.. lps tu beli baru" haha 

Balik ofis.. bos soal siasat sorang2.. tunjukkan la perca tu kt bos... sebbaik dia kata cantik.. hehehe.. bos aku lg tere... dia tak pi kelas pun jahit2 nih... semulajadi pandai... ahaks.. alaaaaaa saja suka-suka. Macam la aku byk beno masa nak telek2 beads and sequins tu jahit kt baju. Jenuh tau..

Moralnya.. at least aku bleh estimate sendiri kesusah-payahan si tukang jahit dan at least aku dah bleh estimate kalu aku terover pay masa upah org jahit manik utk aku. Hehehe.. bijak... bijakkk...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ramadhan 1431H

Lately I'm not in the mood on writing.
But Ramadhan is right on the corner.
Kejap lagi depa sibuk nak teropong anak bulan di lokasi-lokasi yang ditetapkan.
Cameron Highlands masih tersenarai ke tahun ni?
Lepas tu sama-sama kita tercongok depan tv tunggu Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja buat pengumumam samada esok puasa ke idak berdasarkan hisab dan rukyah.
Kalau gitu main kira-kira aje la ek? Bulan beranak ke tak beranak ke dikira sekali tak?

Anyway, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Ramadhan yang mulia.
Mohon maaf sekiranya terdapat silap perbuatan dan kata.
Semoga ibadah puasa tahun ini diberkati.

Mari ulangkaji di sini.

Wednesday, August 4, 2010

holaaaaa

Holaaaa blog,

Lama gak aku tak update ek? Too much to say and too little time to write. And baru tadi aku ada masa nak transfer gambar ke dlm laptop. Dah transfer.. malas pulak nk touch up and upload.. huhuhuhuhu..

Banyak benda nak story.. nak start kat mana dulu ntah... tu blom campo yang aku dah lupa what to blog about. Lantaklah. Bukan ada pekdah sgt pun... tulis merapu2 je lebih. Abis kuat pun aku mengadu aku byk kerja. Hahaha.. mmg la banyak.. suka tangguh kerja.. tak baik tau!!

Anyway alhamdulillah. 2 kerja tertunggak tersebut dah nampak bayangnya. Bos pun dah komen.. so ada lah pindaan sket2. Hati dah lega.. so bleh la aku picit2 game kat facebook tu sebentar. Dan jenguk2 blog juga. Eh.. tiap2 hari aku jenguk blog cuma tak sempat nk tulis apa2 je. Regarding on pengesahan dalam perkhidmatan awam pun dah dlm proses. Pegawai hr kpkt tersebut telah dapat dihubungi. Sket time lg dia pos details yg diperlukan. See.. thats why kepala ringan sket.

Minggu lepas lagi la mcm zombie.. siang mlm pikir pasal report.. tu yg boring tu bila buat RnD ni.. mcm buat thesis... nak kena ada kaedah.. teknik.. rujukan.. analisis.. sampel.. bla bla bla..

Muahahaha.. tapi kadang2 seronok gak tulis report.. tgk subject matter la kut.. cuma aku ni malas je. Uhuk..