Thursday, January 28, 2010

busy?

Hmmm... seminggu ni aku agak busy dengan kerja. Pukul 6-7 baru bleh balik keje. Bukan busy hebat sangat pun. Cuma sibuk meng'update' dan meng'organise' senarai projek BPP untuk rolling plan tahun 2011-2012 RMKe-10. Letih juga nak identify projek dari A sampai Z.. dah la projek kitorang semuanya 'kajian', 'kajian' dan 'kajian'. Dah macam buat tesis. Bisa pusing giniiiii... awak pulak dah la sebulan jagung keje kat sini. Banyak term dan rules yang baru. Banyak benda nak disesuaikan.

Anyway.. I'll manage. Bosan nak tulis pasal keje. Tatau ape nak tulis. Aku masih dalam proses menyesuaikan diri. Dah ok la sket2 by now. Usaha lagi ok?

Banyak nak tulis. About achievement minggu lepas. About doc appointment and Hospital Ampang. Hehehehe... kumpul mood dulu ok ;-) mungkin hari minggu ni mood tu datang.. aku tulis la.. jgn risau.. aku tak pi mana2... masih disini... blom dikidnap oleh encik chenta. huhuhu..

err.. dah la.. stop here. btul2 blank.

Thursday, January 21, 2010

best ker?

Hmm.. kenapa aku terasa macam lambat btul masa berlalu ek? Blom sebulan pun aku kat ofis baru nih. Kalau idak tu.. kemain laju masa berlarian sampai terpaksa berkejaran nak jalan beriringan.

Kerap juga soalan "amacam? best ke kat sana?" aku terima daripada kawan-kawan yang tau perpindahan aku ke HQ.

Actually, mmg aku sengaja tak annaunce perpindahan tersebut. Sapa yang tau tu tau lah. Malas nak kecoh2. Bukannya aku bertukar sbb naik pangkat. Kalau bertukar kerana naik pangkat tu syok juga nak dihebohkan ye tak? Isk.. tuhan marah la riak2 ni. Ok ok.. nak marah apa...? Bukan aku dapat naik pangkat pun. Sah jawatan dalan perkhidmatan pun belom. Kahkahkah..

Jadi.. jenuh juga mikior jawapan kepada persoalan tersebut. Best ke? Tak best ker?

Honestly, mmg aku suka sbb dapat ddk di bawah ketiak keluarga like before. Memang aku suka sbb aku tak perlu terlalu nak mengira hari dan duit kalau nak pi beli groceries, nak pi tgk wayang, nak pi facial, etc etc etc.. sbb semuanya dekat and accessable.

Cuma bab tang keje jer a bit sukar nak menjawab.

So far, alocate di RnD di Unit Metodologi Perancangan. Projek aku untuk tahun ini ialah menyediakan asas rujukan untuk Penilaian Impak Pembangunan. Err.. jangan ko coba nak tanya menda alah apekah itu.. karena aku jua tidak mengerti..!! Hahaha..

Satu benda yang aku realize ialah... buat permulaan ni aku tak betah buat kerja di atas awan-awangan nih. Im more on the ground people. Deal with real problem. Deal with real people out there. Maybe sbb dah training 2 thn lebih buat keje2 mcm gitu agaknya. And then, bila masuk HQ.. aku susah nak adapt and adopt cara kerja yang baru. Takpe lah.. pelan-pelan kayuh.

Buat masa sekarang, aku masih dalam proses menyesuaikan diri. Belajar tak mengamok di dalam kereta while driving and stuck di Jalan Loke Yew. Sebaliknya belajar bergelak ketawa dan terhibur dengan lawak encik dan cik DJ di radio. Tabiat lama ttp ada. Keep on switching between channel. Kejap flyfm. Kejap hitzfm. Kejap hotfm. Kejap mixfm. Kejap xfresh. Kejap bfm. Yay.. go on and on and on sehingga sampai ke destinasi.

Another thing yang menarik ialah.. weekend. Aku mempunyai daya tahan yang kuat untuk lepak2 saja di rumah. Kalo masa aku ddk Cameron Highlands... every time balik KL sure aku tak lekat kat rumah. Sebaliknya melekat di Mid V tanpa arah tujuan selain menghabiskan duit. Thats why aku tak percaya langsung pada cakap2 org yang aku bleh saving duit while living kat tempat ulu nih. Mmg secara harian tak byk berbelanja, tapi bila sekali sekala balik KL.. tu diaa... duit kuar cam air. Dasar perempuan. Keje shopppppping jer kejenya.

Dan yang paling best, aku tak perlu berperang minda untuk drive semula balik Cameron Highlands setiap pagi Ahad. Alhamdulillah.

Berbahagialah hendaklahnya.

Wednesday, January 20, 2010

banned site

Aduh.. punya la sakit akal..

Pagi td elok je aku berfacebook. Lepas discussion.. balik ke meja.. refresh FB. Last2 kuar gini...Tak ke hangin dibuatnya. Aku suspect sbb aku terbuka game poker kat FB before that. Haiyaaa... ni yg boring cam gini..

Monday, January 18, 2010

3D


Dah sebulan movie avatar duk tayang kat wayang. Semalam baru berkesempatan pi tengok. Itu pun tak plan pun. Hajat sebenar aku nak ke lowyatt cari barang utk ofis. Tapi jammed gegila. Car park full di mana2. Sampai WanJay pun naik temperature. Sebelum WanJay berasap kat tengah2 jam tu ada baiknya aku blah cecepat.

Itu la ceritanya aku bleh tersampai ke KLCC. Kebetulan ada fast track utk purchase tiket avatar. Tapi movie utk pukul 3.15pm dah full. Terpaksa la tgk pukul 5.40pm. Dekat movie list tu dia tak tulis pun show utk 5.40 tu Avatar 3D. Tapi alang-alang nak tgk sangat movie ni.. dah berdiri pun depan kaunter... tade cite banyak.. beli aje itu tiket. Amik ko!! RM18!!.. hehehe.. i hope worth it.

Sementara nak tunggu pukul 5.40 pm.. aku jalan2 di ISetan. Register membership IClub. Saje suka-suka. Siap buat supplementary card utk kak long. Baik punya adik, kan? Mentang2 supplementary card tu free. Huhuhu..

So, jalan punya jalan. Akhirnya aku beli jugak perfume Emporio Armani Diamond. Sangat sedap bau dia. Mmg duk aimed daripada sebelum xmas lg. RM165 for 30ml. Ok la tuh. Yey! Dapat free RM4 utk parking!!!

Then makan di Manhattan Fish Market. Jalan2 lg membuang masa yang berharga sampai pukul 5.40pm.

Tersangat sengal sbb terlupa bawak camera. Amik gambar camera handphone pulak aku tak biasa. Asyik gelap dan goyang. Tika dan saat ni baru la terasa yang aku ni loneranger. Sengal btul lah. So takde la gambo aku berposing dengan cermin mata 3D pinjam ittew..

So the movie mmg superb!! 3D movie takde sarikata... sebbaik ram otak aku ni cepat sket nak translate. Bagus juga. Time terdesak mmg ram tu jalan laju kut. kah kah kah.. aku buat lawak tak kelakar.. gelak ar.. gelak ar..

Seperti biasa.. no review from me. Sbb aku tak reti. Yang aku tau movie tu best jer. 3D plak tu.. mmg menarik gila ah ding dong lah. Org jakun pertama kali tgk movie 3D mmg gitu kut. Kah kah kah..

2 jam lebih mcm tak terasa jer. Abeh movie.. terus balik. Buntang sekejap bijik mata tgk parking fee dah cecah RM11.50. Sebbaik aku redeem diskaun RM4 kat IClub. Fuhhhh!!!

Thursday, January 14, 2010

new gadget

Yeahhuuuu!!!

I have new baby now. A 5530 expressmusic. An upgrade from my old 5310 expressmusic. If u notice my former entry.. aku duk membebel gegila pasal henpon lama tu yang asyik 'hang' aje. Memanglah salah aku sendiri sbb sayang sangat nak delete sms sampai memory low. 5310xm tu takde function transfer sms to memory card. Padahal punya la banyak space kat memory card tu even 1gb je. Phone memory yg seciput tu penuh dgn sms. Semuanya sms chenta lah of course. I don't know if it's a bad or good habits. Saving all smses. Thousands of them. Senang nak retrieve archieve kot. Gaduh2 ke bleh buat bahan bukti dan bahan rujukan (Adik-adik sila amik note idea tersebut ye) ;-) Hahahaha..

Ok sudah melalut. Sambung semula cerita pasal handphone baru. Actually I was eyeing a 5800xm. Tup2 terbeli 5530xm plak. Jenuh juga aku mengkaji review untuk cari handphone baru yang ensem utk digunakan. At first, I also eyeing on Blackberry Curve. Dapat plak brochur promo ujung tahun daripada Maxis yang kak long bawak balik dari keje. RM488 promo prepaid package. But one thing I didn't notice is I have to pay another RM588 for full BIS package. End up by RM1076 ko kena bayar.

Hmmmm.. mmg affordable. Tapi aku tak berapa suka figure tu. So tak jadi la aku menjadi warga 'berry'. Lagipun aku bukannya into gadget sgt pun. Guna handphone setakat call dgn sms. Julung2 kali bagi dan terima mms. Video call jauh sekali. Tak perlulah pakai iphone yang beribu-ribu-ribu ringgit tuh..

Apa tujuan entry ini? Owh.. utk show-off kepada kawan2 yang saya ada handphone baru. Huhu..

Nak review.. aku malas dan tak reti nk tulis benda2 teknikal nih. Baru beberapa hari aku pakai. Ada lg yang aku tak setup. Oyya. Aku cuma beli AP set warranty 15 months. Malas dah nak beli zitron. Dua2 nokia aku sebelum ni zitron set. Saja je kali ni beli AP set. Ada masalah besar ke kalau beli AP set? Takde kannnnn????

So far aku berpuas hati dgn handphone ni. Dah siap install lagu pak arab sbb handphone ni utk pasaran arab. Guidebook dia pun tulis arab. Sebbaik tokei kedai tuko guidebook yg english punya. Sekarang ni aku sedang mentransfer mp3, picca dan harta karun dlm handphone lama guna gigibiru (bluetooth lah).

Sebenarnya aku sayang 5310xm aku tuh. Aku beli sbb dia nipis dan muat masuk dlm wallet. 5530xm nih plak tebal sket jer dari 5310xm tu. Macam tak muat je selit dlm wallet. Tapi still nipis lah. Aku nyampah sket nk pakai handphone tebal2 sampai 15mm nih. Besar dan memberatkan handbag jer.

Dari segi technical specification yang lain mmg byk beza lah untuk dua2 handphone nih. Camera 5530xm ni adalah 3.2mp. Blom test secara hebat lagi. Music player mmg superb lah. Kalah 5310xm aku dulu. Standed la kan sbb 5310 ni kira 1st batch xm. Sure lah yang latest2 ni ada byk berubahan. Dalam kotak 5530xm ni mmg dah ada 4gb memory card sesiap. Kalo beli 5800 lagi best sbb dapat 8gb memory card. Tapi bila aku tanya kat kedai bape hengget 8gb memory card nih sebenonya? Tengok2 dlm RM70 gitu jer. Ler... aku igt beratus2. Ampeh btul. Hahaha cetek gadget btol aku nih.

Tak pasti sama ada 5530xm ni dikira sebagai smartphone ke apa. Tp dia ada ciri2 iphone lah. Screen bleh pusing2 side to side. Ada full virtual qwerty keypad. Tadi aku baru test tulis sms pakai handwriting. Agak best juga lah. Cuma aku tak reti nak buat space mcm mana dan delete huruf yang salah. Kena prektis lg kut.

Hmmmm ape lg ek. Haaa.. ini handphone tadak 3g videocall. Tadak gps. Tak kisah la sbb tade sapa nak videocall dgn aku pun. gps kat kl ni plak aku kira tak berapa diperlukan (kot). Who needs gps when you got gps already built-in in your head. Cuma kena update maps aje la selalu. Hahahaha.. berlagak nauzubillah. Kena panah petir baru padan muka kau!

Ok. Dah?

Owh lupa nak cakap. Aku beli harga tak sampai seribu pun. RM725 sahaja. Hajat dihati nak tambah memory card jadi 8gb ka.. 16gb ka.. nenanti ar.. 16gb tu buh mp3 sahaja. gila ah dingdong arrr!!!! So amacam? Cantik tak enpon baru I? Aku beli yg kaler itam merah. Kaler silver biru tu kureng menarik pada pandangan mata ku inih.

Wednesday, January 6, 2010

report duty

Dear reader(s) - If I got one lah..

I'm sorry for the delay. I was meant to write earlier about moving from the highlands to lowland.. but I'm so freaking lazy and no access to the internet for a while since I already sold my lappy to my former staff and still no internet access at my new desk at the new office.

Let's review.

4th Jan 2010 Hari pertama - report duty ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JPBD di Jalan Cenderasari atau nama glemernya R&D. Bangun pagi pukul 6. Siap ada 2 ekor ayam (ringtone handphone pinjam dan alarm ringtone handphone sendiri) berbunyik. Yang 1 tu mmg aku set alarm pukul 6 pagi. Yang 1 lagi tu berkokok sbb ada call-in. Sapa lagi.. my original alarm call dari jauh tolong kejutkan. Huhuhu.. bahagia lah celik bijik mata dapat dengar suara yang ter'chenta'. Sila jangan jeles.

Mandi dan bersiap. Hari ni juga hari pertama Irfan bersekolah. Tak sangka ek.. dah masuk 7 tahun anak buah aku ni. Danish pun kena bangun pegi tadika. Dengan Aqil2 skali bangun. Hahahaha.. kecoh gila pagi2.

Sudahnya pukul 7.30 baru aku dapat gerak ke ofis baru. 2 tahun setengah work n living di tempat orang membuatkan built-in GPS aku ni bengong sket. Bleh tak aku terlupa camne nk gi HQ. Tapi tade la sampai sesat barat. Punya la jammed nak masuk bulatan cheras. Lol rupa2nya ada mercedes sudah cium divided flyover tu dan sedang hensem melintang kat susur masuk bulatan cheras dari arah Tesco Ampang. "Mamak!!! Hati panas satuuuu!!!"

Maka meneruskan perjalanan... masuk ke Jalan Loke Yew yang sedia kala sesak. Pemandangan biasa setiap pagi.

Aku manage masuk ke tidal lane kanannnn sekali. Buat anda yang tatau jalan camne nak gi Jalan Cenderasi daripada Jalan Loke Yew.. ni aku bg clue sket. Masuk kiri Jln Kg. Attap, masuk Jalan Syed Putra, naik flyover kiri ke Mahameru, turun simpang kiri pertama ke Jalan Tun Sambanthan belok kanan kat traffic light, masuk kat area parking pejabat pos besar, kuar Jalan Kinabalu, belok kiri simpang 3 masuk Jalan Tugu, strettttt... yey dah sampai Jalan Cenderasari. Kat sebelah kiri tu dah nampak signboard Pusat Temuduga JPA. Kalau strettt lagi.. jumpa la opis baru aku ;-)

Or boleh masuk Jalan Mahameru, nampak muzium masuk simpang kiri ikut signboard ke Masjid Negara dan KTM. Jalan stretttt sampai jumpa bulatan. Masuk Jalan Tugu bleh. Masuk terus Jalan Cenderasari (jalan kecik sebelah Masjid Negara) tu pun boleh. Pokoknya sampaaiiiiiiiii...

Kalau korang dari Gombak lagi senang nak mampos. Ikut Jalan Kuching, strettttttt sampai nampak Bangunan Dayabumi, bagi signal masuk kiri turun ke bulatan KTM. Masuk simpang pukul 9 (ni masuk Jalan Tugu la nih), dan stretttt aje jgn belok2 sampai korang jumpa destinasi.

Kalau dari Shah Alam pun lebih kurang aje. Ikut federal highway, masuk Syed Putra, masuk mahameru, muzium, KTM, bulatan KTM, blablabla (maleh nk repeat byk kali).

So sampai di HQ pukul 8.30. Terus naik ke tingkat 2. Bangunan HQ ni bangunan pejabat kerajaan lama. 4 tingkat and NO ELEVATOR. Bagus juga bleh eksesais tiap2 hari. Nak plak dengan kasut tinggi 3 inci. Fuhhh!!

Berjumpa dengan PA kepada Pengarah Bahagian. Dia suh tunggu. Actually ada sorang lg yg turut melapor diri. Tapi dia 41 memangku 44 daripada PPZT. Masuk jumpa TKP dulu. Dia bg ceramah lebih kurang. Terus aku jadi blur. Macam tak bersedia langsung. Lantaklah. Memang aku tak prepare pape pun. Hahaha.. lepas tu baru masuk Bilik KP. Masih igt Dr. Dahlia? Diberitakan dia baru pulang dari mengerjakan haji. Sudah bertudung dan banyak perubahan.

Dia tegur aku "I kenal you. Kita pernah jumpa kat mana-mana meeting kan?". Alamak! Dia cam plak muka aku. Sengih aje lah and mengaku aje lah. Dulu masa aku keje consultant mmg biasa meeting kat JPBD ikut bos atau wakil bos. Tapi aku ni pekerja cabuk shj. Tak sangka plak Pengarah masih igt muka aku.

So, aku ditempatkan di Unit Metadologi. Ermmm.. ape benda metadologi? Diberitakan yang Unit ni baru aje ditubuhkan bulan 6 aritu. Kalo ikut pemahaman aku yg cetek nih.. apasal keje RnD dgn perundangan lebih kurang sama? Or ianya berkaitan and look similar. Agaknya lah. Watever.

Basically, aku bosan. Melangut tade keje. Atau keje yang diberi terlalu mudah. Setakat edit report, edit garis panduan, cuma ambil masa 5 minit. Macam mana aku nak drag keje yg 5 minit kepada waktu kerja 9-5? Takpe... mungkin hari pertama. Cuba ko tgk seminggu, sebulan, 6 bulan esok... korang tahan aje la dgr aku membebel tah hape2.

Tengah hari, aku dgn Jujet gi makan ikan bakar kat Tang Lin. Kedai kat depan opis tu tutup. Cuti hantar anak sekolah agaknya.

Masuk keje blk kul 2. Still pretending. Purak-purak bz sampai ke 5.30 petang. Very stressful and exhausted. Pukul 5.35 aku terus cabut. Stret ke rumah abah. Semalam abah call nak mintak tlg setupkan digital submission utk anto ke DBKL. Layan aje la. Scan surat la borang la. Akhirnya burn cd. Tolong abah susun dokumen2 dan pelan2 ikut senarai semak DBKL. Settle!

Pukul 11.30 br abah lepaskan aku blk. Aku dah terpeleot kt sofa. Ngantuk gila. Sampai rumah. Mandi, siap2 dan terus tido tak sedar diri.

The 2nd day, mengantuk gila2 tak bleh tahan. Manage tahan sampai pukul 1. Terus lelap kat kerusi sejam. Padahal perut lapar sbb tak brekfes pun. Tapi antara mengantuk dgn lapar.. kita lebih utamakan kehendak mata. Ye tak?

Balik kul 6.30 tolong Kak Gee buat report SDI. Hujan lebat. Parking jauh plak tu. Nasib baik tergerak hati nak bawak payung pagi tadi. To my suprise, walaupun hujan lebat tapi jangka waktu yang di ambil utk sampai ke rumah hanya mengambil masa setengah jam. Padahal ikut jalan sama je mcm pegi keje. Hmmm..

Today hari ketiga, baru lah dapat jumpa KU. Terus discuss pasal sasaran kerja unit dan kerja aku sepanjang tahun. Siap buat gantt chart. Yang bosannya. Before lunch.. keje aku dah siap. Isk! Aku buat kerja cepat sgt ker? Takde salah ker? Isk!!!

Petang, ada discussion dgn Pengarah plak. Cite pasal pencapaian SKT tahun lepas. Aku sengih2 je la sbb aku tade SKT utk tahun lepas sbb SKT aku kat OSC. It's ok. Pengarah pesan utk aku catch up cpt2 sket kerja2 unit aku tuh. Ok. Walaupun saya malas membaca bahan ilmiah. Saya akan cuba membaca fail2 tersebut. Habis meeting dan nak sampai waktu balik. Pejabat dah lengang. Aku pun ikut cabut lah. Hehehe..

There. My 1st 3 days bertugas kat tempat baru. Wish me luck ;o)

Friday, January 1, 2010

Hijrah

Kita dah berbelas hari masuk tahun hijrah yang baru dan sehari masuk tahun masihi yang baru. Selamat Tahun Baru everyone.

Toksah la cerita pasal azam azam yang tinggal menjadi azam. Huhuhu.. Sehingga kini masih belum pandai bercakap dalam bahasa Italy. Cikgu pun malas nak ajar. Mungkin sbb tak byr gaji kut.

Anyway.. seperti yang sudah diketahui ramai. Aku berjaya bertukar tempat bertugas daripada Cameron Highlands ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah penghijrahan(atau lebih tepat perpindahan) tersebut berlaku 4 hari awal daripada tarikh yang ditetapkan. Suppose aku akan memulakan kerja di tempat baru pada 4hb Januari 2010. Tapi 28hb Disember 2009 aku dah bungkus kain baju dan angkut barang2 sume pindah balik KL. Nasib baik along n family serta my parents sudi nak meluangkan masa bercuti-cuti Malaysia ke Cameron Highlands merangkap menolong angkut barang2 aku semua. Ketiga-tiga kereta yang ada penuh dengan barang aku. Hahaha.. ni baru 2 1/2 thn work and living kat sini. Hmmm..

Aku bercuti bermula 28 - 31/12/2009. Hari cuti dipenuhi dengan aktiviti termenung melihat barang yg byk. Selonggok sana ada kotak. Selonggok sini ada kotak. Selonggok sinun pun ada kotak. Aduyai. Bila nak habis mengemas gini?

Alhamdulillah aku tak demam (yet). I think the weather tolerate with me. Takde la panas sangat. Kadang2 kalo tak tahan bahang kepala dah mula sakit.. masuk bilik on air-cond. Kak Long dah ckp awal2.. nnti kita tgk kenaikkan bil elektrik. Huhuhu.. ok.

So.. tak byk aktiviti yg aku buat dlm waktu cuti nih. Terlalu byk benda nk buat dan bersangkutan dengan penggunaan 'duit' kut. Jadi tak bleh la nak buat semua benda. Termasuk benda-benda yang takde kene mengena dgn 'perpindahan' yang berlaku pun. Contohnya - handphone yang meragam (perlu ditukar dgn yg baru. URGENT). Tayar kereta botak empat2 bijik (untuk keselamatan diri sendiri). Kemek di pintu kanan kereta yg hendak direpair (salah diri sendiri sbb cuai - we'll talk about it later eh). Keperluan utk membeli perabot bilik tidur (keep my eyes wide open for ton of ads in the news paper for quite awhile now) et cetera et cetera et cetera...

Ditambah dengan my time actually occupied with my new novel. Just finished another book title 'Something Borrowed' by Emily Griffin. Another old book (published on 2004) newly bought. The story is something like mine. A single 29 year-old-single-woman turn 30. Yup.. I'm turning 30 this coming April. Like matters. Hahaha.. whatever. No comment. But interesting storyline lah that book ;-)

Arghhhh... byknya aku nak cerita. Haruskah dicompactkan into ONE single entry? Ok. Next time.

So.. Wish me best of luck for this new year 2010. Another year. Another story. Another episode. Another adventure.

New office. New environment. Still the same chenta ;-) new dateline for him I guess. Another chance. Whatever.