Tuesday, April 7, 2009

Ofis Terbakar


Majlis Daerah Cameron Highlands terbakar!!!!

Tadi aku ada cerita sket pasal ofis guwe terbakar hari jumaat minggu lepas. Terperanjat ayu sekejap la masa sampai ofis pagi Jumaat tu bergelap je. Ingatkan blackout ke ape.

Menurut cerita si Ane (uncle Chandran) our gardener yang buat part-time jadi pak guard. Dia on duty malam tu. Tengah sedap membuta dalam pondok pengawal dia terjaga terbau asap. Ingatkan ape benda.. rupanya main fuse terbakar. Segeralah dia menelefon technician dan technician tersebut segera menelefon Bomba.

Fuhhh... sebbaik kejadian berlaku awal pagi. Kalo fuse tu meletop ketika waktu bekerja amacam? Ngeri juga bila difikir2kan.

Akibatnya..

Hari Jumaat (hari kejadian) - seharian bergelap... semua staf hilang tak dapat dikesan. Ada yang pulang berehat di rumah masing-masing (cuti free). Ada yang jalan-jalan melepak kedai kopi. Ada yang wondering around sekitar ofis (aku ler tu) sambil snap-snap gambar.

Hari Sabtu dan Ahad - kontraktor giat memulakan kerja-kerja pembaikan..

Hari Isnin - pagi masih bergelap tapi petangnya Unit aku dah ada lampu.. syukur alhamdulillah sebab tak perlu melangut dan termenung mcm takde keje nak disiapkan.

Hari Selasa (hari ni lah) - beberapa Unit/Jabatan sahaja yang ada lampu. Menjelang petang baru lah seluruh pejabat terang benderang. Alhamdulillah. Keje2 berjalan seperti biasa. Intenet pun dah disambung semula. Barulah hidup menjadi lebih bermakna. Ye tak? Huhuhuhu..

Al-kisah. Fuse tersebut meletop kerana keadaan bangunan pejabat ni yang dah uzur. Bangunan lama zaman kolonial agaknya mmg macam tu. Ditambah pula dengan pertambahan peralatan elektrik seiring zaman dan pertambahan ruang pejabat untuk menempatkan unit-unit baru yang baru ditubuhkan. Maka fuse tersebut meluahkan perasaan bahawa tidak tertanggung lagi dengan beban yang diberikan.

Ada juga suara-suara sumbang yang berbunyi... elok juga dia meletop.. harap2 dengan kejadian yang tidak diingini yang telah berlaku ini menguatkan azam pihak kementerian dan pihak kerajaan negeri untuk hulur sket bantuan kewangan nak bina pejabat kami yang baru. Dah 2 tahun pelan bangunannya lulus tapi sampai laaa ni blom start bina lagi. Tak cukup peruntukan punya pasal.

2 comments:

Anonymous said...

pergh, dasysat nya.

cik-zura said...

itu ler.. nak wat camne.. bangunan lama zaman kolonial ;)