Hari Jumaat terakhir bulan Mac, bintik2 merah mula keluar. Takde syak apa2. Aku duk layan menggaru aje lah. Weekend pun aku duk relax je di rumah berikutan kekacauan jiwa yang agak dasyat.
Tak sangka pulak dah lebih seminggu bintik2 merah tu masih juga belum berkurang. Cuma faktor untuk menggaru sahaja yang on-off.
Jom flashbak. Memula tu cuak jugak sebab bintik merah tersebut diiringi dengan sakit-sakit sendi kaki dan tangan. Tapi takde pulak demam panas. Hari Selasa berikutnya, aku pi jumpa doktor di Hospital Cameron Highlands katanya bintik-bintik tu lebih pada kesan elergi. Punya la perah otak sendiri apakah jenis-jenis makanan yang masuk ke tekak dan perut beberapa hari sebelum kejadian. Takde pulak aku makan makanan pelik-pelik yang tak biasa aku makan. Anehhhhh ngak?
Doktor belek2 bintik-bintik merah tersebut dan menolak aku dijangkiti penyakit gigitan nyamuk chikugunya (hentam je la ejaannya). Dia tak cakap ape-ape pun pasal sendi2 sakit. Masa ni pun kaki blom start bengkak. Doktor bagi ubat sapu dan ubat tahan gatal. Dua-dua ubat aku tak guna pun (degil betul lah budak ni).
Petang selepas jumpa doktor.. kaki kiri mula sakit dan bengkak. Sungguh montel dan comel. Sembam macam pompan pregnant dah nak sampai hari bersalin. Mendatangkan kekaguman kepada staf2 yang lain.
Esoknya.. ketembaman kaki kiri tersebut semakin montel dan semakin sakit. Uwaaa... tapi gatal2 bintik2 merah dah berkurangan. Dah takde dah macam 'kera dihutan dihulur bunga riang kesukaan' meskipun bintik2 tersebut tiada berkurangan pun.
Petang selepas balik kerja, Ina ajak pi jumpa doktor klinik swasta pulak. Tapi tersinggah di kedai urut reflexology kat Pekan Tanah Rata. Uncle2 dan auntie2 kat kedai tu semuanya terkejut tengok kaki aku yang bulat gitu.
Uncle tukang urut tu suh rendam kaki dalam air suam kuku. Lepas tu dia mula mengurut. Sejam lebih dia urut kaki kiri yang bengkak tersebut. Katanya ada macam-macam sebab kaki boleh bengkak. Dia memberi teori kandungan uric asid tinggi dalam badan. Untuk lebih kompom, sila check dengan doktorlah katanya.
Selepas urut, lega seketika. Balik umah malam tu dah boleh tido dengan aman. Lega sungguh di dalam hati.
Tapi leganya tak sampai sehari pun. Esoknya kaki kanan pulak kembang. Kaki kiri masih menten gebu, tembam dan comel tapi sakit dah berkurangan. Timbul sakit kaki sebelah kanan dibahagian betis pulak. Duduk sakit, berjalan sakit, turun naik tangga pun lagi la sakit. Kali ni lepas abeh waktu pejabat terus ke klinik swasta di Brinchang. Sue menjadi drebar dan aku meninggalkan 'wanjay' keseorangan di pejabat. Doktor tu check urine dan bintik2 merah yang masih galak menyala di kaki dan kini tangan.
Doktor tu keluarkan sehelai kertas dan tulis-tulis tulisan ayam di atasnya. Kertas tersebut aku kena bawa ke Hospital Cameron Highlands semula. Katanya aku kena pi check darah. Dikhuatiri gout datang menyinggah. Gulp!
Esoknya pagi2 masuk keje. Satu pejabat bergelap. Ada partykah? Ooooo... main fuse terbakar pukul430 pagi tadi. Patut ler berbau hangus sejurus ketibaan. Sian 'wanjay'.. mesti dia terperanjat pagi tadi kan?
Sementara ofis bergelap.. aku ke hospital semula untuk check darah. Time ni lah nurse dalam latihan praktikal duk terketar2 cucuk jarum kat urat darah aku. Hasilnya urat tak timbul dan bengkak2 dibuatnya. 40 minit melepak di makmal hospital tunggu result. Tapi salah satu ujiannya 'sample lypes'. Huh... apetuh? Oooo sample darah tu 'wosak'. Ampeh btul lah. Doktor suh amik darah sekali lagi dan buat test sekali lagi dan aku menunggu result sekali lagi. Adehhhh...
Selepas setengah hari aku di hospital akhirnya semua result dah ada. Its came out ujian darah aku normal. Ujian urine pun normal. Doktor dah garu kepala. Aku pun rasa cam nak tolong doktor tu garu kepala dia.
Dah tu ape yang tak kena? Entahhhhh... doktor tu bagi aku minyak panas, ubat surut bengkak dan ubat tahan sakit serta sehelai Sijil MC kerana menggunakan masa aku setengah hari tercongok di hospital.
Balik rumah... tido mengubat kerisauan. Sampai sekarang bengkaknya masih ada cuma sakitnya sahaja yang on-off.
:(
No comments:
Post a Comment