Friday, June 26, 2009

Haus

Dah sebulan aku memandu dengan didendangkan dengan bunyi-bunyian dari alam ghaib. Ecehhhh.. saspen je bunyik. Hahaha.. takdelah.. saje je opening cam saspen..

Ok. Merujuk kepada rajah di atas, di dapati sepasang brek pad telah digunakan sepenuhnya tanpa teragak2. Ini boleh dilihat kepada rajah kedua di mana permukaan brek pad tersebut habesss licinnn...!!!!!!! Wakakakaka...

Memandangkan saya menyedari kejahilan diri sendiri berkenaan dengan penyelenggaraan kereta sendiri... dan selepas mendapat pandangan pakar (staf2 aku ler yg semuanya pompan kecuali sorangggg je staf lelaki), aku buat dekkkkk je lah kepada bunyik2 yang didendangkan oleh tayar (eh tayar ke yg berbunyik?? ntah.. la..) dengan beranggapan ianya adalah bunyi-bunyian biasa.

Maka selepas sebulan (sbb aku jalan jauh turun bwh bukit Cameron ni sebulan sekali sahaja), tergerak hati la aku nak gi check bunyi-bunyian tersebut kat bengkel kete cermin mata. Haaa ada cite kelakar pasal kedai cermin mata nih. Masa memula dulu since aku bukan berasal dari Cameron.. so pi la tanya kat budak2 ofis ni kat mana nak baiki kereta. Depa pun cakap... "akak pi la servis kat kedai cermin mata kat Brinchang.. kedai dia kat jalan nak pi Juliana (chalet)"

Melopong tak ingat la aku masa tu. Apa tidaknya... aku tanya kat mana kedai nak servis kete.. ape ke halnya pulak dengan kedai cermin mata???? Cermin mata aku elok lagi. Lagipun kalo aku nk repair cermin mata, baik aku pegi Highlands Optic kat Tanah Rata ni aje. Takyah gi jejauh sampai ke Brinchang nun.

Rupa-rupanya, kedai tu dorang panggil kedai cermin mata sbb tokey dan semua pekerja dia pakai cermin mata!!!! Ayyooooooooooooooo!!!!

Ok sambung balik pasal kes break pad tadi ye murid2.. Alang2 aku ke Big Red Strawberry Farm utk beli salad (murah2.. 3 biji salad campur2 between green coral, red coral, butterhead atau romaine lettuce.. depa jual RM5 sahaja woo) since 'ibu mengandung' kat rumah tu sms pesan nak salad.. Jalan balik tu singgah la kat kedai cermin mata. Uncle tu kata... confirm break pad haus.

Tanya harga.. RM70 sahaja. Aku pun malas nak tanya jenis apa.. import dr mana.. sbb kalo dia jawab pun bukan aku tau nak check kualiti ke ape ke..

"Tokeyyy!!! Kasi tukar aje la break pad tu"

Uncle tu siap buat kelas kejap mcm mana dikatakan break pad haus. Hasil kelas tersebut dapat dilihat pada gambarajah di atas. Ooooo.. nampakkah anda perbezaannya??

Isk isk isk... sebbaik la terbuka pintu hati nak suh uncle tu check.. kalo idak makin teruk la jadinya. Dah la break system ni benda yg penting utk orang Cameron Highlands ni. Ape idaknya.. kalo break failure.. mampos la terjun gaung.. elok2 perjalanan Cameron Highlands - Tapah tu sejam.. terus jadi sengah jam je.. wakakakaka..

Kesimpulannya, this is me.. menggunakan sesuatu barang hingga semaksimum mungkin. Yay!

See u at KL this weekend. Happy weekend y'all ;)

1 comment:

Aziel said...

Break pad haus itu normal lah. Gila hebat kalau orang pakai kereta, break pad tak pernah haus. :)