Sunday, November 29, 2009

cicak stunt

"Yeeehaaaaa!!! Jom kita pegi jalan2!!!"



Mungkin itu agaknya di dalam fikiran cicak tersebut. Huhuhu.. pernahkah anda mengalami situasi di atas? Agak-agak korang apa pulak reaction aku bila perasan cicak tu menumpang kat tingkap tu?

A : Terperanjat cam nak pengsan.
B : Memandu sambil gelak cam nak gila.
C : Geli-geleman and not trying to stop aside and take this damn picture.

Jawapannya... SEMUA DI ATAS.

Masa ni aku dalam perjalanan nak ke Perodua Service a day before Raya Haji. Walaupun kete aku tak digunakan ketika hari-hari perayaan tp dah sampai time nk diservis.. maka kita pergi la service mcm biasa.

Baru je beberapa meter kete berjalan baru aku perasan Hamba Allah yang menumpang tersebut. Dia duduk diammmmm jer kat cermin tu berteduh kt bawah - ape ke nama benda alah tu? alaaa.. cermin cover tingkap tu la.. *kang aku google ape nama menda alah tu ek.. lupa lah*

By the time sedang memandu.. "dia" makin mengelongsor ke bawah. That time baru aku perasan kewujudan "beliau" menemani perjalanan.

Terperanjat toksah cakap lah. Kalau takde cermin tu kompom lah dia dah melompat atas riba.. Uwaaaa ngerinyaaaaaaaaa!!

Aku takde la penggeli sangat orangnya. Tapi kalo dah merayap atas badan.. sepelaung jugak boleh dengar aku menjerit.. hahahaha.. no problemo.. masalah kecik.. setiap orang ada kelemahan kan?

So.. selepas beberapa ketika.. ketika trying to concentrate with the traffic.. suddenly "he's" GONE!!! Not sure samada he's already commit suicide terjun ke bawah dan kena lenyek dek kete lain or sedang bersenang-lenang di atas bumbung menikmati sun-bathing matahari pagi. Not sure. Tapi sempat la aku snap gambar "dia" buat stunt kat cermin tu. Lawak jugak sebenarnya tengok aksi cicak tu masa kete gerak dan "dia" sedaya-upaya melekap kat cermin tu. Rugi aku tak amik video ek? Isk penganiayaan btul! Ngucap zura!!

Aku cuba juga turun-naik kan cermin kete. Tapi takut pulak tingkap terbuka dan dia ....... Hisk tak sanggup. Dalam 10 minit jugak "dia" duk tang tu before hilang tak ketahuan untung nasibnya dibawa angin. Nervous juga bersesak-sesak di jalanraya bersama "penumpang" tersebut. Terlintas juga kat kepala.. ape jadik kalau semasa jammed nih orang kat kete sebelah tu perasan akan kehadiran cicak tu.. sure dorang gelak tak ingat punya ek.. hampeh btul..

Anyway.. he makes my day that day. Bukan selalu cicak nk buat lawak mcm ni tau.

Thursday, November 19, 2009

LinkWithin

Notice a new thing in my post? Yes? No?

Huhuhu.. aku baru tambah new gadget to my blog layout. Kinda cool eh? Tapi pening sket sbb this gadget detect similarity from all of my posts. But end up.. aik apasal tak sama pun?

So.. I spent hours to tag or label hundreds of entry and still... huru-hara jadinya..

Kejadian huru-hara ni mungkin berlaku sbb tak semua post / entry ada gambar.. Actually aku culik idea utk bubuh LinkWithin ni from 1 of blog that I followed. Dalam blog beliau mmg la kemain cantik dan kemas je aku tgk. Huhuhu..

Takpelah.. budak baru belajar.. aku bukannya blogger tegar.. sampai beratus2 post setiap bln.. kahkahkah..

Or maybe... aku sendiri pun susah nak labelkan each and every single entry. Maklumlah.. bila dah menceceh sorang2 ni dia melalut2 tak ketahuan buah butirnya.

I'll try to seperate the posts into a few category. Lets see..
  1. award - dont know releven or not since I only have 1 entry of that matters.
  2. cameron highlands - anything I write about living here in Cameron Highlands.
  3. chenta - of course its all about my chenta. more into songs dedication to each other lah. mcm budak² sekolah gitu ;o)
  4. event - hmm special event I wanted to highlight within my everyday sembang-sembang.
  5. everyday - nothing special. just babbling and monologging around.
  6. family - only a few posts about them.
  7. food - hah! the reason why I like the idea to LinkWithin the posts!
  8. fun - errrr.. I dont know what it is means.. hentam je
  9. health - cite pasal sakit pening diri sendiri dan orang-orang dipersekitaran.
  10. hobby - talk about one of my interest which is taking pictures.
  11. info - a lil bit infomatic entries I guess. not many of them becos I dont know everything. pls make yourself useful and google about it yourself!
  12. konsert - arghhh!! fun timee!!! but I'm not regular in attending concerts.
  13. kursus - It also related to work and sometimes to travel also.
  14. movie - sometimes about the movie itself and sometimes about me having fun with the outing.
  15. tag - untuk kerja² tagging by my fellow friends.
  16. travel - we love to travel dont we? outstation also recognized as travel ya.
  17. work - yup. thats why I said.. I live in a monotonous live. work. eat. sleep. my everyday story mostly about my work. But I refused to used the word 'workacholic' because I am NOT. Ok!
Come on!!!!.. 17 categories? and still confuse to categorized all the entries? Hahahahaha...

Anyway, please dont give up on me. I'll try to fix the mess later. Enjoy your reading.

Friday, November 13, 2009

Friday The 13th

Ada apa dengan Friday The 13th?

Nothing.

It's come into mind bila xeda tetiba pm aku kat ym dengan soklan...
mye mse assunta dulu friday 13 ni kite cuti kan..?? aku confuse ngn good friday.. ker its a same day?
Aaaa?

Ok. Introduction. Xeda is my buddy from high school. Tapi dia bijak sket dari aku. Dia kat kelas sebelah. Masa zaman tu (1996-1997) tak ramai malay girls yang masuk kelas pure science. Bebudak from Yayasan Selangor ada 3 ketul je termasuk aku. Ben kat Sc1 (1 kelas with our famous Nurul Izzah). Xeda kat Sc2. Aku kat Sc3. Time rehat kami bertiga selalu lepak bersama kt Woodlands makan roti canai cicah gula. Hahahaha.. Woodlands ni bkn kat Singapore tau. Tapi nama tempat lepak ada kerusi meja bawah ada pokok2. Time rehat sume kena pi kantin, woodlands, library atau padang. Tak bleh ddk dalam kelas. Kalo idak dapat surat chenta dr prefect. Huhuhu kelakar gak tingat zaman sekolah dulu ek.

Now memasing dah beso, bertebaran lah anda di muka bumi ini. Ohhhh.. apa kes dengan cuti sekolah? So now teringat balik. Kami dulu cuti masa Good Friday. Kenapa? Laaa tgk nama sekolah pun dah tau. Pengasas sekolah adalah Sister Enda (hidup lagi ke? malas nk google).

Jawapannya..
aku : aku rasa kita cuti good friday lah. tapi kenapa kita cuti aku pun tatau.. wakakakaka..
xeda : waaaa..good memory ko ni.. yg penting kite cotii!!!
Ye betulllll..!! Tapi sekarang tinggal memori. Dah berbelas tahun kita cuti ikut public holiday mcm biasa. No more cuti sekolah. Unless ko jadi cikgu dapatlah merasa cuti sekolah lagi. Weehoo!!

Moral of the story.. sila klik di sini dan sini untuk penjelasan lanjut. Wakakakakaka!! Apa salahnya ambil tau. Go google!!

Thursday, November 12, 2009

stuck

Jam pukul 8.11 malam.. tapi aku masih tercongok di opis. Ralit mengemaskini permohonan dan detect permohonan yang dah matang untuk di angkat for next meeting.

Ecewah rajin siot aku hari nih..!! Pagi tadi baru je meeting. Baru je abis meeting ni aku dah start utk keje-keje next meeting.

Jom review keje aku hari nih.
  1. Urusetia dan Setiausaha mesyuarat. Settle!
  2. Fotostet senarai kehadiran dan hantar ke jab.kewangan untuk claim elaun. Settle!
  3. Buat surat dengan senarai dan resit-resit beli barang utk 5S untuk claim petty cash. Settle!!
  4. Buat surat untuk letak jawatan sebagai Ketua Audit Dalam. Siapp!!
  5. Settlekan ulasan-ulasan teknikal yang duk berterabur dan masukkan dalam fail. Siapp!!!
  6. Detect permohonan yang boleh diangkat ke next meeting. Siapp!!
  7. Keluarkan surat mohon ulasan bagi permohonan tercicir. Siappp!!
Caiyokkk!!! Esok kita buat minit dan cabutan minit mesyuarat plak ek. Orang yang paling kesian adalah despatch aku lahh. Banyak gila keje dia. Nak ngeteh pun dia tak sempat. Bos dia plak laju je keluarkan mcm2 surat. Hahahaha.. ok ok ok.. kita buat sesama ek.. tade sape dah nak tolong. Kita tolong sesama sendiri jek.

So skang ni ape cite nih?

Sebenarnya aku stuck kat opisssssssssss!!! Hujan dah turunnnnnnnn!!! Demam baru baik dah nak redah hujan? Ngeeee.. dah tu.. nak suh aku tido kat opis nih? Perot pun kelaparan mcm seharian tak makan. Nak makan ape ek mlm ni? Takkan fast food lg. Semalam aku buat potato salad jer dgn goreng chicken wings (Kang aku tepek gambo ek). Ina cakap.. kalo salad aku nih buat menjual mmg rugi sbb colourfull sgt. Wakakakaka... aku balas balik.. sure laku nya org nak beli sbb cantik dan sedap dimakan. Bwekkk!!!

Eh.. dah reda.. jom balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Nobody Knows

So let everyone knows....

Errr ok.. maybe not everybody. Arghhhh.. I'm so in pain right now.

Hear listen..


The nights are lonely, the days are so sad
And I just keep thinkin' about
The love that we had
And I'm missin' you
And nobody knows it but me

my heart is callin' you
A million words couldn't say just how I feel
A million years from now you know
I'll be lovin' you still
Beautiful lyrics eh? Jiwang and rusty.. kah kah kah..

Tuesday, November 10, 2009

Gagal

Aku baru dapat official letter dari HQ kat KL about my application utk bertukar tempat bertugas. Since I'm almost insane working and living in "this" environment... mmg berhasrat benar nak balik bertugas ke KL. Sudah2 la buat amal jariah. The concept of amal jariah itself pun adalah buat mengikut kemampuan sendiri.

Now mmg dah tak mampu nak beri perkhidmatan di neraka sejuk nih. Korang yang datang holiday sekali-sekala kat sini mmg best. "Wow! Ko keje kat Cameron Highlands!! Bestnyaaaa!!"

Puzzled. Ape benda yang best sgt kat sini selain cuaca? Hmmm.. Hmmmm.. Ok. Zero. Nothing. Nada.

Bukannya tak biasa duduk jauh dari family. Dari form 1 aku dah belajar ddk asrama and depends on my own. Tapi ddk kat sini mcm tak dihargai langsung. Dan sangat letih to try to impress people and proof yg ko bleh buat keje. And people don't give a damn for my achievement. Their cliche comments was "ala Cik Zura mmg la bleh buat.. cik zura blaja tinggi.. bkn mcm kami..". Huh.

Dulu boleh la aku gagahkan jua dgn keje baru nih. Now.. aku cuma nak berehat.. cuti panjang.. bawak diri ke Switzerland.. hahaha.. poyonyaaaaaaaaaaa!!!!!! Takpe.. bak kata Kak Lia.. berangan mmg best.

So.. mari kita tulis surat rayuan untuk permohonan bertukar ke HQ. Alasan apa pula nak tulis. Any idea? Alasan mengikut suami mmg tak bleh pakai sbb aku blom bersuami. Alasan menyambung pelajaran?? Hmmmm... ok gak.. tapi perlu register kat mana2 ipt dulu before guna alasan tersebut. Apa? Apa??

Buat masa nih.. terpaksalah aku hipokrit sekejap.. kunun2 seronok bekerja kat sini. Owh.. baru dpt surat dari pihak pentadbiran suh aku buat audit dalam ISO. Hmmm perlu ke? Naaaaaaaaaa...

Monday, November 9, 2009

Alor Star

3 Nov

Hari Selasa lepas adalah Hari Auditan untuk mendapatkan Pensijilan 5S. Sebbaik shj auditor tu audit zon aku.. dengan segera aku berangkat ke Alor Star. Esoknya ada Sesi Sebaran dan Latihan OSC yang dianjur oleh JPBD.

Gedebak-gedebuk.. pukul5 gak baru aku gerak dari Kea Farm. Aku beli sayur-sayuran, jagung dan buah strawberry sket utk Mama Faze. Hujan dah start turun. So takde la rempit sgt. Berhati-hati jln licin dan takot kalau tanah runtuh. Sampai di Ipoh, aku berkonvoi pulak dengan Kak Liza. Dia dari OSC Batu Gajah. Kami berhenti 2 kali kat RnR Gunung Semanggol dan RnR Gurun. Alhamdulillah.. perjalanan 4 jam takde pape masalah. Keluar di exit Tol Alor Star Utara jam dah pukul8 lebih. Jenuh gak menunggu Kak Liza yg kena tinggal kt highway td. Last2 dia sms.. dia nk cari makan dulu. Lerrr.. ok fine. Sampai di Hotel Regency dalam pukul 9. Dapat sebilik dengan Kak Lia. Weehoooo!!!

Lepas punggah beg naik ke bilik.. aku keluar balik. Pi hantar sayur-sayuran ke rumah Mama. Takut juga kalau dah lewat. Ayah ckp dia tido lewat tgk bola. Oooo ok. Sampai di rumah Mama mmg dorang tak tido lg. Since aku blom mkn lg, Mama siap masakkan sayur untuk aku. Huhuhu..

4 Nov
Attending Seminar.. pagi dan petang.

Petangnya aku dgn Kak Lia pi Teluk Kerchai makan Laksa Kedah. Masing2 tatau jalan. Ikut je signboard ke Pelabuhan Kuala Kedah. Dah masuk jalan tu.. strettttt aje.. sampai jumpa kedai signboard merah kt sebelah kanan. Ada kereta byk2 parking tepi jln tu betul la tuh.
Rasanya sedap la kot. Huhuhu siap ada sambal nyioq utk bg pekat. Aku ni tak cerewet psl makan. Masin sket pun.. semacam je aku hirup kuah dia. Hahaha..

Lepas kenyang, patah balik ke Pekan errr Bandar Alor Star. Kami masuk shopping complex plak. Melepak kat Pasific Mall. Aku beli facial cotton yang sokmo terlupa nk bawak kalau pegi berjalan.. serta ubat batuk.. in case kalau batuk ku menjadi2 mlm kang. Pusing2 belek2 tshirt kt ladies department. Tapi tak terkeluar duit dr wallet. So tak membeli apa-apa lah.

Pukul 9 camtu terus balik hotel. Zzzz... tak sedar diri.

5 Nov
Hari kedua seminar. Sekerat hari.

Agak bosan sebenarnya sbb pihak JPBD ni kira pihak atasan. Dorang bknnya paham sgt ape yg kita buat on the ground, the actual player yg jalankan OSC ni. Hmmmm.. nevermind.

Petang pukul 2 dah kena check out. Aku skip lunch sbb kenyang lagi. Sempat la melelapkan mata sebentar sementara menunggu utk check out. Pukul 2.30 check out. Hari hujan rintik2. Nak buat apa ye sementara nk tunggu pukul 5 mama balik kerja. Ahaa!! Mari kita pegi Pekan Rabu!!!

Well, i'm not into shopping tudung or craving for traditional snacks mcm kerepek, kuih cakar ayam and what not yg melambak kt Pekan Rabu nih. Nak beli kuah rojak Mak Bee pun malas. 4 for RM10. Lebih kurang 3 for RM10 kalau beli kat RnR Tapah tu. Lagi pun sapa nk makan kuah rojak byk2? Buat beku dlm freezer je. So act wise. Don't buy! Hahaha.. aku cuma beli 1 frame tulisan khat yg ditulis atas kulit.. err not sure kulit apa.. kulit kambing I guess.. lupa nk tanya kat akak tu.

The tulisan khat tu obviously not for me but for the pengantin which I'm about to attend the ceremony this coming Saturday. Huhuhu suka amat bg adiah camgitu as wedding present ;) harga pun murah.. memula tu dia bg RM55 but end up with RM30. Beli saja la. Murah sgt dah tu..

Belek2 kain tudung.. menarik tp tu lah.. not in the mood. Kalau nk beli pun.. nak beli warna apa ek? Arrghhh.. blank!

Last2 jalan kaki balik hotel (sgt dekat ok) amik kereta. Jam baru pukul 3. Nak membuang masa di mana ye? Aku ke Pasific Mall lagi. Malas nak pusing2 kalau ada shopping complex yg lain. Errr kat sini takde starbuck or anything utk lepak2. Aku ke kedai buku Popular. Kemain suka terjumpa cosmo edisi Oktober. Hahahaha.. terus beli tak pandang kiri kanan. Aku beli wrapping paper, selotep dan gunting juga untuk balut frame tulisan khat yg baru beli td as wedding present.

Hmmm.. jam baru pukul 4. Aduyai..

Jom kita lepak kt McDonalds dulu. Nasib baik ada McD. Order McChicken set dan lepak mkn burger sambil mengulit novel. Mmg perangai aku sgt emotional di kala tgk tv or baca novel. Kalau kelakar mmg gelak tak pandang kiri kanan. Kalau sedih.. kadang2 bleh nangis2 baca buku. Aiyoo..

Imagine that a girl tangan sebelah pegang McChiken.. sebelah lg pegang novel.. sambil makan sambil gelak2. Happens to be.. aku sedang membaca my very own first english novel. Muak dah baca novel melayu.. kita baca novel omputeh plak. Actually Im not quiet confidence reading in english because i thought it will takes ages to finish one little book since english is not my mother language. But Im absalutely wrong! Maybe I pick a right book to start tho. I choose to read "Can't You Keep A Secret" by Sophie Kensella.. the same author who wrote the best selling of The Confession Of Shopaholic.

Eh tetiba je aku bebel2 ckp omputeh ni kenapa? Kat mana kita td? Haaa.. melepak membuang masa yang berharga nih kat McDonalds. Right. Melayan novel sampai pukul 6. Then baru gerak ke rumah Mama which 5 mins away from that shopping complex.

This is my 3rd time di rumah Mama. 1st masa Faze bertunang back at 2005. Then 2006 masa Faze's wedding. Errr.. masa adik Faze kawen pun aku gi gak.. tp tahun bila ek? Masa yg sama dia bertunang kot?? Arghhh tak ingat.

Just act natural. Layan ifa pun ok jugak. Makan. Mandi. Wrap the present. Sambung baca novel. Tido. Owh... tipu. Saya bergayut bersama Encik Chenta terlebih dahulu sebelum tido. Really missed him. His voice. His.. His.. Ok stop right there.

6 Nov
Aku bangun pukul 9!!!!!!!!!

Hujan renyai2 drpd petang smlm. Tengok langit di balik langsir mcm baru pukul 7. Tengok jam dah pukul 9. Hampeh btul.

Segera aku bgn.. mandi.. owh mama dah siap buat cucur jagung for breakfast. Sila beri sengihan ikhlas. Hahahaha.. as planned.. actually hari ni aku dan Mama nak pi Padang Besar. Nak beli apa kt sana? Entah! No idea. Bawak je duit 2-3 ratus. Cukup la kot. Apa sangat yg boleh dibeli.

So end up 3 of us pergi meredah hujan ke Padang Besar. Last minute Ayah pun nak ikut sama. Hehehehe nak test drive myvi ka? Faze ada bgtau her parents nk beli kete myvi. Especially for adik Faiz lah. Nanti esok2 ayah dgn mama dah takde... senang adik Faiz nk bawak kakak Ifa dia pi klinik. Very thoughtful kan..

I don't mind hanging out with someone else's parents. Hahahaha.. bkn tak kenal. Dan dorang pun very easy going. Layan je lah. Mama sempat adiahkan aku tudung. Ala tudung ala2 ekin yg kemain femes skang. Terima kasih. Hehehe.. sebenarnya aku tak reti nk beli tudung mcm tu. Tapi dah orang bagi.. pakai aje lah..

Sampai di Padang Besar dalam pukul 12. Memang tak ramai org. Hari Jumaat adalah hari bekerja utk org Perlis. Selama ni aku igt Perlis sama mcm Kedah. Cuti Jumaat-Sabtu. New info for me I guess.

Tgk mama beli periuk.. aku pun beli periuk. Aku beli periuk kukus for RM13 only. Kak Long kirim kendi basuh tangan tu. Aku beli 1 plastik 1 lg yg kilat2 tu. Dengan periuk biasa tu satu. Lps tu jln2 tgk handbag. Alamak! beg Tod's ittew sangat menarik. Harga RM450. Tgk rupa mcm serupa. Kualiti nya aku tatau sbb tak pernah beli handbag mahal mcm tu. Original or fake. Hehehe.. tp at last aku beli gak shopping bag. Tade jenama berharga RM50. Ok la kan..
Mama duk belek kristal. Since aku bkn gila accessories.. aku cuma belek2 dan gives some cliche comments like "wahhhh cantikkk.." or something like that lah..

Banyak tshirt fake berjenama kat sini. Murah2 plak tu. So again... I'm not in the mood to shopping kain baju.. Tak lama kami kat Padang Besar nih. Pukul 3.30 camtu kitorang dah bertolak balik. Tapi singgah di Kuala Perlis menikmati makan tgh hari. Hahahaha mkn tgh hari pukul 4? Since Mama craving for ikan bakar.. so we had ikan bakar for lunch. Nasib baik tak order tomyam ke, ayam goreng kunyit ke, kailan ikan masin ker.. kemain beso ikan tu mkn utk kami bertiga je. Adeh.. sengkak perut. Ayah siap pesan.. jgn kamu tertido drive balik kang sudah la. Hahahahaha.. seriau kut depa naik kete dgn aku..

Balik ikut jln Arau jugak. Kami tak ikut jln Chuping sbb takot banjir sbb hujan tak benti dr smlm.

Sampai di Alor Star semula dah lewat petang. Baru terasa letihnya.

Malam aku perabehkan bacaan novel. Ok bleh tido dgn aman now.

7 Nov
Pukul 9 Mama kejut aku. Alamak!!! Cuaca ni sgt tak membantu lah. Buat malu je bgn lewat2 kt umah orang. Aku terus bersiap2, sarapan dan terus bertolak balik. Wahhhh!!! Sangat menarik bila tgk actual people kt tengah sawah me... ok.. I don't exactly know what they are doing. Tapi nampak cantik and enjoy the scenery. Hari tu masa sampai tak nampak pape sbb dh gelap.

Terus saja ke Tg. Malim. Keluar di Simpang Pulai dan ikut jalan lama. Saja.. byk lagi masa.

Sampai di rumah pengantin ngam2 pukul 1. Terus mengisi perut. Usai makan.. ambil gambar 2-3 snap dgn pengantin. Pengantin sangat teruja tgk kakak angkat dia nih dtg ke Majlis dia. Hahahaha.. kali terakhir kami jumpa masa dia nak SPM.. tahun 2001. Ni tetiba dah jadi suri. Kakak angkat dia ni gak la menten single ;) hahahaha..
Pukul 1.30 aku bertolak balik Cameron Highlands. Gila driving 3-4 hari ni agaknya. Yang pasti.. sampai di CH aku terpeleot melayan mata.. ketiduran hampir sepanjang hari minggu. Chenta call dan mcm tak puas hati je aku dpt berehat melelapkan mata. Chiss.. dia kat sana bleh takkan aku kat sini takleh.. Aku qada' tidur dan rehat sebenarnya. Dah beberapa minggu aku asyik bekerja 24/7..

isk.. panjangnya.. cuba scroll balik... sendiri letih nak menyiapkan entry ini. Mcm biasa.. gambar aku tepek kemudian. Happy reading!

Sunday, November 1, 2009

bom jangka

Seperti yang dijangka. Aku demam dan selsema hari minggu nih. Sangat bosan ok sakit di hari minggu. Ditambah dgn tempat yang boring mcm Cameron Highlands ni (ni ckp2 org luar yg dah letih dgn cuaca sejuk disini ye). Di tambah lg dengan cuaca mendung dan hujan almost everyday. Bosan.. bosan.. bosan..

Semalam.. dipenuhi dengan aktiviti tidur sepanjang hari. Badan letih dan sakit2. Mana idaknya.. bukan keje aku membanting tulang mengangkat batu-bata membuat landscaping di ofis. Tapi apakan daya.. dah mmg keadaan mcm ni.

Malam td Ina bawak aku gi Klinik Dr. Ayob. Dia bg ubat demam selsema dan ubat batuk. Lepas tu beli bubur nasi kat Marrybrown. Taktau kenapa time2 demam gini aku mesti teringat pd 2 org manusia nih : abah dan my chenta.

Hari ni bgn tido ada la semangat sket. Ina ajak ke pasar. Dia teringin nak masak Nasi Beriyani. Kebetulan mmg aku ada beli perencah Nasi Beriyani. Hmm.. walaupun sakit tekak dan tak berapa selera nak makan. Aku gagah juga ke pasar.

Walaupun kat kertas pembalut perencah tu ada tulis cara-cara nak memasak Nasi Beriyani. Aku masih telefon mummy untk confirmkan. Hahahaha.. gila la nak masak Nasi Beriyani tanpa pengawasan orang tua. Aduyai..

But... it's turns out nice dan berbau harum gila. Kalau hidung aku ni tak tersumbat sure lg masyuk kut bau nya. Ina plak buat Ayam Goreng Rempah. Perghhhh.. lagi la meleleh ailio. Perut dah berbunyik2 nih. Tade selera.. perut tetap lapar ok. Disebabkan hari tu kita tgk papadom. Kita beli la papadom sepeket. Ahaks. Siap buat jelantah lg buat kawan.

Ok. Cara-cara membuat Nasi Beriyani yang mudah ya amat.
  1. Beli perencah Nasi Beriyani jenama Adami. Memang susah nak dapat dipasaran. Hahahahaha.. Ini pun aku kirim kat ofismate kpd housemate aku. Dia org Muar. Perencah jenama Adami ni ada mcm2. Yang pernah ditemui diKL adalah perencah2 selain Nasi Beriyani. Hahahaha.. pepandai la korang camne nak cari perencah ni. Perencah jenama lain jangan tanya sbb ni pertama kali aku masak Nasi Beriyani lorrrrrr...
  2. Disebabkan nak makan 3 org jer.. Kitorang cume beli 1 kg berasmati. Takut2 kalau tak jadi. Maka kita testing masak 1/2 kg dulu ok. Perencah tu pun guna separuh je sbb dia tulis kat situ 1 perencah utk 1 kilo beras.
  3. Masak nasi seperti biasa. Campak perencah. Campak biji gajus sepeket. Campak kismis sepeket. Campak daun ketumbar sepokok. Voila!!!! Dah siap Nasi Beriyani. No tumis2 ok! Sgt sesuai utk carrier women seperti anda yg nk masak sedap tp nk cpt.. wakakakaka
Now, cara-cara membuat ayam goreng rempah pulak.
  1. Ayam seekor. Siang la ikut sukati. Nak belah 8 ke 14 ker.. nnti masuk perut gak.
  2. Blend serai, halia, bawang putih, bawang merah dan lengkuas.
  3. Campurkan dengan serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar.
  4. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  5. Perap la berapa lama korang suka. Lagi lama lagi sedap ;)
  6. Lepas tu goreng la. Ok dah siap ayam goreng rempah kita.
Pastu buat jelantah. Aik nak kena bg resepi jugak?
  1. Potong timun, carrot dan bawang besar.
  2. Buh garam dan gula.
  3. Gaul.
  4. Dah siap. Aku tak buh cuka sbb cuka takde. Wakakakakak..
Yeay... mari kita lunch dengan ria. Sila la cuba ye. Gambar aku tepek kemudian.