3 Nov
Hari Selasa lepas adalah Hari Auditan untuk mendapatkan Pensijilan 5S. Sebbaik shj auditor tu audit zon aku.. dengan segera aku berangkat ke Alor Star. Esoknya ada Sesi Sebaran dan Latihan OSC yang dianjur oleh JPBD.
Gedebak-gedebuk.. pukul5 gak baru aku gerak dari Kea Farm. Aku beli sayur-sayuran, jagung dan buah strawberry sket utk Mama Faze. Hujan dah start turun. So takde la rempit sgt. Berhati-hati jln licin dan takot kalau tanah runtuh. Sampai di Ipoh, aku berkonvoi pulak dengan Kak Liza. Dia dari OSC Batu Gajah. Kami berhenti 2 kali kat RnR Gunung Semanggol dan RnR Gurun. Alhamdulillah.. perjalanan 4 jam takde pape masalah. Keluar di exit Tol Alor Star Utara jam dah pukul8 lebih. Jenuh gak menunggu Kak Liza yg kena tinggal kt highway td. Last2 dia sms.. dia nk cari makan dulu. Lerrr.. ok fine. Sampai di Hotel Regency dalam pukul 9. Dapat sebilik dengan Kak Lia. Weehoooo!!!
Lepas punggah beg naik ke bilik.. aku keluar balik. Pi hantar sayur-sayuran ke rumah Mama. Takut juga kalau dah lewat. Ayah ckp dia tido lewat tgk bola. Oooo ok. Sampai di rumah Mama mmg dorang tak tido lg. Since aku blom mkn lg, Mama siap masakkan sayur untuk aku. Huhuhu..
4 Nov
Attending Seminar.. pagi dan petang.
Petangnya aku dgn Kak Lia pi Teluk Kerchai makan Laksa Kedah. Masing2 tatau jalan. Ikut je signboard ke Pelabuhan Kuala Kedah. Dah masuk jalan tu.. strettttt aje.. sampai jumpa kedai signboard merah kt sebelah kanan. Ada kereta byk2 parking tepi jln tu betul la tuh.
Rasanya sedap la kot. Huhuhu siap ada sambal nyioq utk bg pekat. Aku ni tak cerewet psl makan. Masin sket pun.. semacam je aku hirup kuah dia. Hahaha..
Lepas kenyang, patah balik ke Pekan errr Bandar Alor Star. Kami masuk shopping complex plak. Melepak kat Pasific Mall. Aku beli facial cotton yang sokmo terlupa nk bawak kalau pegi berjalan.. serta ubat batuk.. in case kalau batuk ku menjadi2 mlm kang. Pusing2 belek2 tshirt kt ladies department. Tapi tak terkeluar duit dr wallet. So tak membeli apa-apa lah.
Pukul 9 camtu terus balik hotel. Zzzz... tak sedar diri.
5 Nov
Hari kedua seminar. Sekerat hari.
Agak bosan sebenarnya sbb pihak JPBD ni kira pihak atasan. Dorang bknnya paham sgt ape yg kita buat on the ground, the actual player yg jalankan OSC ni. Hmmmm.. nevermind.
Petang pukul 2 dah kena check out. Aku skip lunch sbb kenyang lagi. Sempat la melelapkan mata sebentar sementara menunggu utk check out. Pukul 2.30 check out. Hari hujan rintik2. Nak buat apa ye sementara nk tunggu pukul 5 mama balik kerja. Ahaa!! Mari kita pegi Pekan Rabu!!!
Well, i'm not into shopping tudung or craving for traditional snacks mcm kerepek, kuih cakar ayam and what not yg melambak kt Pekan Rabu nih. Nak beli kuah rojak Mak Bee pun malas. 4 for RM10. Lebih kurang 3 for RM10 kalau beli kat RnR Tapah tu. Lagi pun sapa nk makan kuah rojak byk2? Buat beku dlm freezer je. So act wise. Don't buy! Hahaha.. aku cuma beli 1 frame tulisan khat yg ditulis atas kulit.. err not sure kulit apa.. kulit kambing I guess.. lupa nk tanya kat akak tu.
The tulisan khat tu obviously not for me but for the pengantin which I'm about to attend the ceremony this coming Saturday. Huhuhu suka amat bg adiah camgitu as wedding present ;) harga pun murah.. memula tu dia bg RM55 but end up with RM30. Beli saja la. Murah sgt dah tu..
Belek2 kain tudung.. menarik tp tu lah.. not in the mood. Kalau nk beli pun.. nak beli warna apa ek? Arrghhh.. blank!
Last2 jalan kaki balik hotel (sgt dekat ok) amik kereta. Jam baru pukul 3. Nak membuang masa di mana ye? Aku ke Pasific Mall lagi. Malas nak pusing2 kalau ada shopping complex yg lain. Errr kat sini takde starbuck or anything utk lepak2. Aku ke kedai buku Popular. Kemain suka terjumpa cosmo edisi Oktober. Hahahaha.. terus beli tak pandang kiri kanan. Aku beli wrapping paper, selotep dan gunting juga untuk balut frame tulisan khat yg baru beli td as wedding present.
Hmmm.. jam baru pukul 4. Aduyai..
Jom kita lepak kt McDonalds dulu. Nasib baik ada McD. Order McChicken set dan lepak mkn burger sambil mengulit novel. Mmg perangai aku sgt emotional di kala tgk tv or baca novel. Kalau kelakar mmg gelak tak pandang kiri kanan. Kalau sedih.. kadang2 bleh nangis2 baca buku. Aiyoo..
Imagine that a girl tangan sebelah pegang McChiken.. sebelah lg pegang novel.. sambil makan sambil gelak2. Happens to be.. aku sedang membaca my very own first english novel. Muak dah baca novel melayu.. kita baca novel omputeh plak. Actually Im not quiet confidence reading in english because i thought it will takes ages to finish one little book since english is not my mother language. But Im absalutely wrong! Maybe I pick a right book to start tho. I choose to read "Can't You Keep A Secret" by Sophie Kensella.. the same author who wrote the best selling of The Confession Of Shopaholic.
Eh tetiba je aku bebel2 ckp omputeh ni kenapa? Kat mana kita td? Haaa.. melepak membuang masa yang berharga nih kat McDonalds. Right. Melayan novel sampai pukul 6. Then baru gerak ke rumah Mama which 5 mins away from that shopping complex.
This is my 3rd time di rumah Mama. 1st masa Faze bertunang back at 2005. Then 2006 masa Faze's wedding. Errr.. masa adik Faze kawen pun aku gi gak.. tp tahun bila ek? Masa yg sama dia bertunang kot?? Arghhh tak ingat.
Just act natural. Layan ifa pun ok jugak. Makan. Mandi. Wrap the present. Sambung baca novel. Tido. Owh... tipu. Saya bergayut bersama Encik Chenta terlebih dahulu sebelum tido. Really missed him. His voice. His.. His.. Ok stop right there.
6 Nov
Aku bangun pukul 9!!!!!!!!!
Hujan renyai2 drpd petang smlm. Tengok langit di balik langsir mcm baru pukul 7. Tengok jam dah pukul 9. Hampeh btul.
Segera aku bgn.. mandi.. owh mama dah siap buat cucur jagung for breakfast. Sila beri sengihan ikhlas. Hahahaha.. as planned.. actually hari ni aku dan Mama nak pi Padang Besar. Nak beli apa kt sana? Entah! No idea. Bawak je duit 2-3 ratus. Cukup la kot. Apa sangat yg boleh dibeli.
So end up 3 of us pergi meredah hujan ke Padang Besar. Last minute Ayah pun nak ikut sama. Hehehehe nak test drive myvi ka? Faze ada bgtau her parents nk beli kete myvi. Especially for adik Faiz lah. Nanti esok2 ayah dgn mama dah takde... senang adik Faiz nk bawak kakak Ifa dia pi klinik. Very thoughtful kan..
I don't mind hanging out with someone else's parents. Hahahaha.. bkn tak kenal. Dan dorang pun very easy going. Layan je lah. Mama sempat adiahkan aku tudung. Ala tudung ala2 ekin yg kemain femes skang. Terima kasih. Hehehe.. sebenarnya aku tak reti nk beli tudung mcm tu. Tapi dah orang bagi.. pakai aje lah..
Sampai di Padang Besar dalam pukul 12. Memang tak ramai org. Hari Jumaat adalah hari bekerja utk org Perlis. Selama ni aku igt Perlis sama mcm Kedah. Cuti Jumaat-Sabtu. New info for me I guess.
Tgk mama beli periuk.. aku pun beli periuk. Aku beli periuk kukus for RM13 only. Kak Long kirim kendi basuh tangan tu. Aku beli 1 plastik 1 lg yg kilat2 tu. Dengan periuk biasa tu satu. Lps tu jln2 tgk handbag. Alamak! beg Tod's ittew sangat menarik. Harga RM450. Tgk rupa mcm serupa. Kualiti nya aku tatau sbb tak pernah beli handbag mahal mcm tu. Original or fake. Hehehe.. tp at last aku beli gak shopping bag. Tade jenama berharga RM50. Ok la kan..
Mama duk belek kristal. Since aku bkn gila accessories.. aku cuma belek2 dan gives some cliche comments like "wahhhh cantikkk.." or something like that lah..
Banyak tshirt fake berjenama kat sini. Murah2 plak tu. So again... I'm not in the mood to shopping kain baju.. Tak lama kami kat Padang Besar nih. Pukul 3.30 camtu kitorang dah bertolak balik. Tapi singgah di Kuala Perlis menikmati makan tgh hari. Hahahaha mkn tgh hari pukul 4? Since Mama craving for ikan bakar.. so we had ikan bakar for lunch. Nasib baik tak order tomyam ke, ayam goreng kunyit ke, kailan ikan masin ker.. kemain beso ikan tu mkn utk kami bertiga je. Adeh.. sengkak perut. Ayah siap pesan.. jgn kamu tertido drive balik kang sudah la. Hahahahaha.. seriau kut depa naik kete dgn aku..
Balik ikut jln Arau jugak. Kami tak ikut jln Chuping sbb takot banjir sbb hujan tak benti dr smlm.
Sampai di Alor Star semula dah lewat petang. Baru terasa letihnya.
Malam aku perabehkan bacaan novel. Ok bleh tido dgn aman now.
7 Nov
Pukul 9 Mama kejut aku. Alamak!!! Cuaca ni sgt tak membantu lah. Buat malu je bgn lewat2 kt umah orang. Aku terus bersiap2, sarapan dan terus bertolak balik. Wahhhh!!! Sangat menarik bila tgk actual people kt tengah sawah me... ok.. I don't exactly know what they are doing. Tapi nampak cantik and enjoy the scenery. Hari tu masa sampai tak nampak pape sbb dh gelap.
Terus saja ke Tg. Malim. Keluar di Simpang Pulai dan ikut jalan lama. Saja.. byk lagi masa.
Sampai di rumah pengantin ngam2 pukul 1. Terus mengisi perut. Usai makan.. ambil gambar 2-3 snap dgn pengantin. Pengantin sangat teruja tgk kakak angkat dia nih dtg ke Majlis dia. Hahahaha.. kali terakhir kami jumpa masa dia nak SPM.. tahun 2001. Ni tetiba dah jadi suri. Kakak angkat dia ni gak la menten single ;) hahahaha..
Pukul 1.30 aku bertolak balik Cameron Highlands. Gila driving 3-4 hari ni agaknya. Yang pasti.. sampai di CH aku terpeleot melayan mata.. ketiduran hampir sepanjang hari minggu. Chenta call dan mcm tak puas hati je aku dpt berehat melelapkan mata. Chiss.. dia kat sana bleh takkan aku kat sini takleh.. Aku qada' tidur dan rehat sebenarnya. Dah beberapa minggu aku asyik bekerja 24/7..
isk.. panjangnya.. cuba scroll balik... sendiri letih nak menyiapkan entry ini. Mcm biasa.. gambar aku tepek kemudian. Happy reading!
No comments:
Post a Comment