Memandangkan chenta sangat jauh untuk diajak dating... maka lebih afdhal kita dating bersama family!!! Aktiviti kami ialah berpiknik mandi sungaiiiiiii. Alaaa bukan jauh pun.. belakang rumah aje.
Danish pun sibuk nak pi lawwoott.. berkali2 juga kena betulkan... "bukan laut sayang... suuuuungaiiii"
Pagi2 lagi Kak Long dengan semangatnya menggoreng bihun. Aku pun join ler buat sandwich telor. Tengah syok buat sandwich... roti gardenia plak abis. Spoil betul lah!
Hajat nak pi pagi la kannn... tapi lepas zuhur juga baru kami bertolak. Abah siap telepon dengan gembiranya "abah dah sampai congkak neh!!" astaga... kita bukan nak pi Sungai Congkak la abahhh... kita nak pi Sungai Tekala... hahahahah abah den..
Anyway, harapan untuk mandi sungai dengan bestnya agak hampalah kerana tersangat ramai manusia yang menyerbu sungai2 tersebut. As expected kena bayau RM1 per person and 5 kupang per children. Ayoyo.. apasal korang semua tak balik kampung??? Kitorang hanya melepak di hilir sungai di kawasan cetek sahaja. Cuma Irfan dengan Danish jer yg berdebur masuk sungai ditemani oleh ayah depa lah. ooooo Aqil pun duk sama masuk sungai tp celup kaki aje lah. The rest of us cuma lepak2, borak2, makan2 dan baring2 sahaja betul2 kat bawah signboard "Awas! Kawasan licin!" hehehehe...
Hari semakin petang when we're realise... apasal makin ramai orang datang nak mandi sungai? Soalan tersebut remain tak berjawab sampai la kitorang nak balik kat pintu gate. Time tu dalam pukul 6. Oooooo the trick is operation hours!!!! After operation hours... ticket booth dah tutup... baru la serbu itu sungai beramai2. Pandai korang ek. Maklumlah... kalau family berbelas orang... gugur rambut juga nak bayar berbelas ringgit for entrance fee ye tak? Bijak!! Bijakkk!!
So kitorang terus balik aje lah... sempat la snap2 gambo pemandangan Empangan Semenyih yang pernah nak kering kontang masa kemarau dulu tahun berapa tak ingat. Cantik tak?
nota kaki : semua picca yang takdak caption.. semuanya dicilok dari facebook kak long yang diambil menggunakan iphone belio. harap maklum!!
No comments:
Post a Comment