10 minit kemudian, aku terjaga "woiiiii!!! Hari ni Isnin la!!! Pi kejeeee!!!!"
Haiyaaaaa..
Nak kata aku tido lewat smlm... dalam pukul12 juga la. Aku tido awal pukul 11.30 sbb ngantuk gila. 5 minit lps tu chenta plak call. Sayang punya pasal aku layankan je lah.. ntah apa aku merapu pun tak pasti lah. Nanti kena check semula dgn dia apa yg aku 'mengigau' kan malam tadi. Kahkahkah..
Hari minggu nih aku terasa penat gila. Diberitakan kak ipar aku masuk wad sbb denggi. So budak2 semua ada kat rumah. Nasib baik la ada maid. Kalau aku sorang2 je yg jaga memang dah salin kulit jadi rimau dah kut.
So.. kak long admit masuk wad hari Jumaat lepas. Sabtu dan Ahad aku masakkan sup ketam untuk dia. Sup ketam ni elok utk naikkan platlet darah. Sapa2 yg demam denggi tu elok korang buatkan dia sup ketam instead of bagi air 100 plus aje. About air 100 plus utk orang demam. Aku belajar 1 benda dgn nurse kat ICU (kak long masuk ICU sbb blood count dia jatuh gila2 ke 13, normal person blood count is about 150.. bayangkan la betapa teruknya keadaan dia).
Ok sambung. Nurse2 tu kata.. minum 100 plus tu boleh. Tapi kena keluarkan gasnya. Bukak penutup dan biarkan semalam pun tak memadai utk keluarkan gas dalam air tu. Kita suppose goncang dan bukak penutup botol tu beberapa kali sampai takdak buih naik dah. Itu cara yang betul untuk ambil 100 plus ketika demam. Memang bagus minum 100 plus ketika demam selain alternatif ambil paracetamol yang berfungsi sbg penahan sakit sahaja. Hehehehe... baru la ku tahu... patut la selama ni demam minum 100 plus berbotol2 tapi takde kesan.
Cite pasal sup ketam dan blood count. Di khabarkan daripada 13 dah naik 20. Alhamdulillah. Tapi kak long malas nak minum air dan sup ketam tu sbb kat ICU susah nak kencing. Apatah lagi nak berak. Wakakakaka... nurse akan bagi dia pot mcm baby tu. Tunaikan hajat anda di atas katil ye. Kalau dalam keadaan tak sedar.. takpe lah kan.. hehehehe.. Along pun menyakat la bini dia. "Nurse, dia takmo kencing.. takot nanti abis dengar bunyik orang goreng ikan". Wakakakaka... hamlau punya laki.
Ye la.. Hospital Pantai Pandah Indah ni mmg tak ramai orang. Dekat wad pun tak ramai orang.. ini kan pulak kat dalam ICU. Senyap sunyi aje la kaedahnya. Hahahaha..
Orang tu sakit2... kita yg pelawat ni tak tahan perut nak tergelak.
Ok. Tak padan dengan nama entry.. lupa pulak nak amik gambar sup ketamnya. Masaknya mudah aje. Macam masak sup ayam.. cuma tukar ayam kepada ketam. Tumis la kawan2 rempah tu... bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia. Masuk air, kentang, ketam dan sup bunjut. Bila ketam dah merah dan dah masak. Masukkan tomato dan garam ikut sukati. Tapi untuk orang sakit ni... minimumkan minyak dan garam tau. Kalau nak lagi best.. buh la selai daun kunyit, tabur daun sup dgn bawang goreng. Hehehehe... ni orang tak sakit pun suka makan nih.. ;-)
haaa ini sup ketam aku cilok dari FB faze.
Dah tentu bukan dia yang masak kan ;)
No comments:
Post a Comment