Wednesday, March 24, 2010

update

Alhamdulillah.. kak long dah keluar daripada ICU pagi semalam. Now dah kembali ke wad biasa. Diberitakan blood count dah naik ke 43. Hasil minum sup ketam 3 hari berturut-turut.

Semalam, sampai je rumah terus kerah kanak-kanak 2 orang tu mandi. Makan dinner cepat2 dan terus ke Carrefour Ampang beli lauk sket, ayam seko, ikan kembong 10 ekor kecik2, halia dan sayur bayam 2 ikat. Cukup la utk beberapa hari nih.

Lepas tu bergegas ke hospital. Berbondong-bondong kami anak beranak. Sengaja je bawak baby Aqil sbb dah 6 hari dia tak jumpa ibu dia. Since ibu dia demam last Tuesday, dia tido dengan bibik. Kemain besar dia gelak2 dapat main2 dgn ibu dia. Hehehhe.. kebetulan mak kak long dan adik2nya pun datang jugak. Bertambah lagi 2 orang kanak-kanak. Gamat gila satu hospital dengan 4 orang kanak-kanak menjerit-jerit bergurau-senda sampai akhirnya Irfan pekena pelempang dgn aku. Terus senyap empat orang kanak-kanak selama 10 minit. Lepas tu... mereka kembali menjerit seperti biasa. Hahahaha.. migraine guwe.

Anyway.. aku mmg garang gila nak mampos dengan kanak-kanak kat rumah tu. I'm more like my father. Aku cakap sekali jer... derhaka jugak.. hanger naik atas betis. Hahahaha... aku ni takde la temper sgt.. tapi saje je tunjuk kuasa kat kanak-kanak nih.

Pukul 10 malam gak baru kami balik. Kesian dekat Aqil dah garu-garu kepala kengantukkan. Orang sakit pun nak berehat. Pening kepala kut dengar kanak-kanak menjerit dengan aku-aku sekali menjerit suh dorang diam.

Sampai rumah jer kanak-kanak berdua terus tido. Dengan aku-aku sekali tak larat nak bukak mata dah.

So today, the same routine I guess. Adei.. I am a homely person. Balik keje terus balik rumah. Pada aku... tersangat penat kalau masih berlegar2 diluar selepas waktu kerja. We need rest. But for time being, terpaksalah jadi auntie mithali kejap.

Pagi tadi dua kanak-kanak taknak pergi sekolah. Nak pi hospital jumpa ibu. Aku cakap la nanti balik sekolah, mak ngah balik kerja.. kita pergi la hospital jumpa ibu dan pelbagai ayat2 magik yang lain. Baru la kanak-kanak ini nak bangun mandi dan pergi sekolah.

p/s: kesian anak-anak aku nanti kalau mak dia garang cam rimau. I am under training to control my temper with youngster.

2 comments:

ena said...

aku pon garang ngan bebudak.. aku tak suka bebudak sebenarnya...

tapi nak buat cemana... rupa2nya ramai plak anak aku ni...
tu lah padahnya aku tak suka bebudak kot??

ko sila berjaga2... silap2 anak ko pon berderet2 cam aku nanti hahahaha

cik-zura said...

Hahahaha... akunye KPI adalah 4 orang.. tapi NKRA blom tau lg la berapa yang keluar nanti.. maybe kena kaji INDIKATOR balik kut. wakakakak