Hari ni buat pertama kali aku ke Poliklinik Komuniti Tanglin. Sekangkang kera daripada pejabat. Memang selalunya aku tak cukup mulut kalau berjumpa dengan doktor. Habis semua nak mengadu. Hahaha.. aku sendiri pun tak tau kenapa jadi gitu. Maybe Im just pretending that within a few minutes of consultation... that particular doctor is the most caring person I've ever met. Yup.. anggap sahaja doktor itu sbg orang yang paling caring terhadap kita.. walaupun kadang2 ada juga doktor yang nak tak nak ke tgk muka sakit kita. Hahaha.. sgt kasihan.
Pelajaran aku dapat hari ni ialah:
- Etika makan/minum ubat batuk. Sebenarnya cara pengambilannya bukanlah dihirup mcm air sirap. Sebaliknya kita sip sikit-sikit sampai habis 1 sudu atau mengikut sukatan. Lepas tu jangan minum air. Itu pasal 3 minggu aku ngerjakan ubat batuk yang dibeli di farmasi tapi tak baik2 sbb cara pengambilan ubat tu salah. Ooooooo... baru ku tau.
- Servis di klinik kerajaan tidak selembab dulu. Kehkehkeh.. Aku sampai di klinik dan ambil nombor pukul 2.23pm. Nombor dipanggil pada 3.10pm. Settle ambil ubat pukul4pm. Lama tersangkut dekat doktor sbb doktor suruh aku sedut gas kat mesin mcm org asma tu utk keluarkan kahak. So masa yang diambil hanya 1jam setengah. Wahhhhhh... kira laju la tu kalau nak dibandingkan zaman 80an-90an dulu.. mau 3 jam ko tersidai kat kerusi tu tunggu nombor naik. Promottt.. promott...
- Aku baru tau selama ni aku demam. Cuma tak berapa tinggi temperature. So aku keep on abaikan aje. Masih pergi kerja seperti biasa
walaupun sepanjang hari sgt tidak produktif sbb aku cuma main game dan surfing sahaja.
Sebenarnya doktor bagi aku time slip sampai pukul 5. Dalam hati ada taman dah ni sbb bleh balik awal. Dah ambik ubat kat farmasi.. dah nak sampai pintu gate pejabat.. baru terperasan... ALAMAK!! Aku wp3.. bukan wp2!!! Arghhh... aku balik pukul 5.30 bkn pukul 5. Haihhhh!! Tekanan perasaan la nak patah balik. Disebabkan dekat sangat klinik tu.. aku tak bawak kereta. Jalan kaki sudah. So kemalasan la nak patah balik mintak doktor tambah lagi sengah jam. Huh!!
No comments:
Post a Comment