Wednesday, March 3, 2010

takdak mood

Yup. Alasan utama kenapa dah lama aku tak update apa2 kat sini. Takdak mood. Takdak idea nak tulis apa. Penyakit M menyerang mengakibatkan banyak kerja-kerja tertangguh. Kerja-kerja yang bosan nak dibuat. Mana pergi cik Zura yang fokus dan kuat kerja dulu tu ya? Dia pergi holiday ka?

Huhuhu.. sebenarnya jiwa agak kacau lately. Me sorang aje yang tau cerita sbb she's the only person who always being here walaupun sekarang ni kemain jauh dia duduk kat Alaska sanun. Sangat baik ini orang kan? Hehehe.. apa yang aku ada? Baru tersedar yang selama ni itulah tujuannya aku memblog seorang diri. Bukan sbb nak cari kawan, cari duit atau gila glemer. Tapi hanya tempat untuk 'bercakap' seorang diri - ber monolog dan syok sendiri.

Memang lah perangai manusia sunyi gemar bercakap seorang diri seperti ini. I don't really care kalau ada sesapa yang baca. Tapi sejak kerja gomen ni kadang2 risau juga sbb bercerita pasal kerja. Takut kalau tercakap rahsia kerajaan tanpa sengaja. Rasanya takde rahsia apa pun yang diceritakan. Hanya keluhan dan luahan rasa seorang pekerja. Lebih kurang sahaja seorang pekerja dengan seorang pekerja lainnya walau di mana sahaja pekerja itu bekerja. Ye tak? Terima kasih pada sesapa yang sudi baca. Aku bleh nampak kat blog traffic tu everytime korang baca. Tak bosan ker? *wink*

Akhir-akhirnya ni hidup kembali tidak ceria. Usia dah nak masuk angka 3 bulan depan. Apa benda paling seronok yang aku pernah buat? Hmmmm... ntah. Apa benda paling berani mati aku pernah buat? Hmmmm... ntah. Apa benda paling membanggakan yang aku pernah buat? Hmmmmm... ntah. I am nothing. Takde ape yang penting dan special pun yang aku pernah buat selama ni. Ke mana hilang nya usia? Pembaziran sahaja yang paling banyak berlaku. Tabiat always standing in a safe side pun sangat tidak membantu. No life. No fun. Tidak mendatangkan impak kepada sesiapa termasuk diri sendiri.

Sad. Yes I'm sad. Semangat yang hilang mesti dicari dan dikembalikan semula. Realiti bukan macam dalam novel. Setiap kali kita 'hilang' akan sentiasa ada orang disekeliling yang tolong 'cari'kan. Kadang2 aku fikir... setiap perempuan perlu menunjukkan sifat lemah beliau sekali-sekala. Sekiranya tidak ditunjuk, orang sentiasa fikir kita kuat dan tidak perlu diberi sokongan dan pertolongan. Itu pendapat aku. Dari pengalaman aku. Tidak berasa untungnya bersikap berdikari dan tabah sepanjang masa. Kerana takde sapa pedulik kat ko pun. People assume you are naturally strong and independance. Sudahnya ko dan diri ko jugak yang memujuk diri sendiri dan berlagak tenang dan ceria acapkali. Untuk apa? Untuk menyenangkan hati orang2 tersayang disekeliling. Supaya mereka tidak risau. Maka simpan semua dalam hati ya ;-)

Merapu sudah ka? Antibodi minah ni terjejas agaknya. Minggu ni masuk minggu ketiga aku batuk. Minggu kedua aku selsema. Dan minggu pertama rasa tak sihat badan. Berbuih la orang2 disekeliling aku melalak suh aku pi klinik. Minta maaf. Bukan taknak pergi tapi tidak berkemampuan buat masa ini. Aku cuma telan ubat batuk yang dibeli di farmasi sahaja. Nak ke klinik kerajaan yang sekangkang kera dari pejabat tu aku tak larat. Tapi ada sapa kisah? Aku pun tak kisah. Lantak ko lah. Harap2 batuk dan selsema ni akan sembuh dengan magiknya. Hehehe..

Ok.

Hmm...

Yup.. ok... click publish post now.

No comments: