Yup! Welcome to 3 series club ;-)
On the 9th April maka genaplah usia 30 tahun. Alhamdulillah. Pada hari kejadian aku ke office seperti biasa. Niat di hati nak siapkan juga reading proof untuk buku sequential approach seperti yang ditugaskan. Tapi aku mula rasa tak sedap badan. Yang paling tak tahan bila dah mula keluar airmata... bukan menangis tp as reaction mengeluarkan haba panas dalam badan.
Semua orang dah makin panik bila aku dah mula menggigil2. Pukul 9.51 pagi Chenta call to wish me Happy Birthday. Ringan kejap kepala. Tapi lepas tu.... langsung tak larat. Kawan2 office pun dah mula call sana-sini.. nak bawak aku pi spital. Aku tak boleh fikir ape benda lg dah. Ikut aje.
Pi berdua dengan Kak Zah dgn Aimy ke HKL dgn driver dan kereta jabatan. Jabatan Kecemasan di HKL ni ada 2 kaunter. 1 yang trauma mcm kecemasan eksiden etc. 1 lagi kaunter kecemasan utk epidemic mcm demam, cirit-birit, H1N1, etc.
Unfortunately, jam baru pukul 11 lebih tapi kaunter kedua tu dah separuh tutup. Mmg jabatan kerajaan berehat 12.15-2.45 setiap Jumaat tapi agak pelik bila kaunter kecemasan pun tutup waktu rehat. Sangat2 pelik.
So dengan kekecewaan.. kami ke PPUM plak. Kali ni pegi dgn kereta si Zhariff. Kereta jabatan dah pi amik other officer kat KPKT.
Pukul 5.30 ptg gak baru settle semua benda di PPUM. Takde energy langsung. Kesian kat Kak Zah, Aimy dgn Z.. pukul 4.30 ptg br dapat mkn tgh hari. Si Z plak sampai tak pegi solat Jumaat sbb nk menguruskan aku. Auww terharu akak.
The result is... demam tak berapa tinggi sangat. Tapi suspected denggi juga sbb dah 3 ahli keluarga yang masuk hospital sbb denggi. Check platlet darah plak normal.
Balik rumah... driver dgn kereta jabatan hantar balik. Wanjay kena tido kat opis mlm tu. Esoknya baru abah dgn mummy gi amik kete aku. Malam tu abah dgn mummy bawak aku pi klinik Rosly kat Taman Putra. Terus pi emergency Hospital Ampang. Check darah lagi. Masuk drip air 2 botol. Pukul 2.30 pagi juga baru settle balik rumah berehat. Aku tak ingat either abah dgn mummy tido kat rumah or depa balik tido rumah depa. Time ni along, kak long dgn Danish masih kat wad Hospital Pantai Indah.
So esoknya abah dgn mummy hantar aku ke Hospital Ampang semula untuk pemantauan demam dan platlet darah. Macam tu la tiap2 hari selama 8 hari. Check tekanan darah, nadi, blood counting dgn body temperature. Aku dikategorikan sbg demam denggi kategori 1. Tak perlu masuk wad sbb simptom2 tidak jelas atau ketara. Kalau demam denggi kategori 2 dan 3 mmg akan direct masuk ward. So nevermind. Aku pun tak teringin nak pecah rekod sendiri warded masuk hospital sbb demam denggi. Hehehehe.. selama ni aku cukup sihat. Alhamdulillah. Tak pernah masuk warded pun.
Tiap2 hari doktor bagi aku m.c slip. Dalam tgh hari baru settle jumpa doktor semua. Petang2 aku melepek seharian kat rumah. Hari Khamis Along dan Danish dibenarkan keluar wad. Meriah sket rumah. 24 jam on lampu sbb senang nak tgk nyamuk terbang.. bleh di tampar kasi mampos. Habis satu rumah Along sembur dgn ubat nyamuk. Dalam kereta pun abis kena sembur. Bukan nyamuk je keluar... dgn lipas pun pening kepala. Hahaha..
So itu la cerita aku sambut birthday ke 30. Gerun plak tgk nombor 30. Apsal banyak sgt? Hahahahaha.. takpe lah... gelihati jugak bila ada yg tanya aku sekolah lagi ker. Aiyoooooo..!!! Iyelah.. perception!! Takkan umur 30 tahun tp mak ayah masih hantar ke hospital. Sepatutnya umur mcm tu suami pulak yang menguruskan. Hmmm... nak buek camno. Masih di bawah tanggungjawab ibubapa ;-) hehehehe
4 comments:
masyaallah!! denggi tgh mengganas kan skrg.. .. patutlah lama menyepi jek..anyways... im glad that ur ok mai.. jaga diri baik2 tau..
hehehehehe.. tu ler.. 10 hari tak berinternet... tak larat pun nak picit2 laptop time tu. alhamdulillah dah kembali sihat. tp sakit kepala pulak keje byk kat ofis.. hahahhha.. dunia.. dunia..
lor.. seb baik 1st stage je beb! ko lumur la nyamuk repellent kat badan setiap masa.. banyak sangat nyamuk ke kawasan umah ko tuh??
nak kata byk nyamuk.. takde plak nyamuk terbang berhurung dlm rumah. ni jenis nyamuk pegi skolah, dia pandai menyuruk.. tau2 kena gigit jer..
Post a Comment