Thursday, May 31, 2007

terPELEOT...

Welcome back to ofis!! 3 hari aku tak masuk opis sebenonya. Hari Ahad aritu aku mai opis. Si Dayat mintak tolong buatkan analisis utk projek Pulau Indah tu. Maklum la freshgrad. Walaupun dia freshgrad.. tapi dia dulu pernah keje kat opis nih. Tapi dulu TA sekarang dah up sama level ngn aku la. Cuma masa dulu.. dia menyiapkan pelan jer. Analisis dgn report writting sume officer la yg buat.

Petang tu lepas dah settle keje.. aku pegi melepak kat rumah ME. Cam biasa la... ddk umah dia aku mesti diberi arahan supaya makan. Sempat la melepak² dengan adik² dan anak² buah dia layan tgk tv. Lepas makan tu aku tolong mak dia bungkus² cenderamata utk tetamu. Tak sedar majlisnya dah dekat sangat ek. Minggu depan selamat la adik ME dinikahkan. Yang tak bestnya.. cepat jugak la ME nak balik Amerika balik :-(

Pukul10 camtu aku pun siap² nak balik umah. Esok keje. Kena tido awal. Tapi nak jadi cerita aku terjatuh masa nak ke kereta. Simen depan umah ME tu tak rata. Hasilnya tergolek la aku disitu. Terus terseliuh kaki kiri. Area bawah sket dari buku lali nak ke jari kaki. Sakit gila... terus aku ddk bersila kat depan gate tu. Nampak cam bengkak. Adoi! Bila agak dah reda sakitnya. Aku pun balik rumah. Nasib baik kete auto. Sampai rumah tuam dgn ais. Cari minyak panas tak jumpa. Last² aku tenyeh minyak gamat.

Esoknya bgn pepagi capai tuala nak mandi.. sakit sangat kaki time nak berjalan. Terus terduduk kt kepala tangga. Ketuk pintu bilik Along. Dia plak yang cuak tgk aku nangeh² ats tangga. Aku tunjuk kaki yang kembong tu. Along kata dia kena anto KakLong pegi keje dulu pastu dia kena masuk opis dulu kejap, tulih nama pastu baru dia bleh balik anto aku gi klinik. So aku pun gi mandi dan bersiap². Aku igt dalam pukul10 ke 11 ke dia balik la. Last² pukul2 baru dia sampai. Cit! Tepon bos kata aku EL hari ni kaki seliuh. Bini bos yg angkat call. Dia tanya "kamu ni camne bleh jatuh? turun tangga sambil melompat ke?" ahahahhah siot la.

Pegi klinik.. doktor tu buat aku cuak. Dia kata tulang kat tempat bengkak aku ni senang retak. Aiyak! Dia suruh aku pegi x-ray cecepat kat spital. Pastu kemain byk obat dia bg. Ada ubat bengkak, muscle relax, pain killa, gastrik (ape kene mengena sakit kaki dgn gastrik? ooo nurse tu ckp ubat pain killa tu kuat sgt.. takot efek kat perot). Ubat bengkak tu yg sapu² pun ada.. capsul pun ada. Jumlah semua RM60! Huih.. mahainya. Sudahnya dapat la aku 3 hari MC. Balik umah.. lepak² layan dvd Pirate of the Caribbean 2. Oooo baru la ingat balik camne bleh tersambung ceritanya dalam Pirate of the Caribbean 3.

Pukul7.30 si Cyn sampai. Hai.. dalam kaki terpeleot tu pun ada hati nak kuar tgk wayang lg tu ek? Ahhh.. pedulik. Walaupun aku dh tengok cite pirate tu.. tp aku nk tgk gak lg skali dgn tiket free nih. Muvi stat pukul9. Abeh kul12.

Hari selasa ngn rabu tak buat ape. Basuh baju.. kemas bilik.. layan tv.. layan dvd.. makan.. tido.. memang berehat gila la. Hari ni.. bengkak kaki dah surut dah. Nak naik tangga pun dah tak sakit sgt. Cuma nk turun tangga jer ada sakit sket.

Friday, May 25, 2007

Rahsia Lanun

Hari tu.. Aku sempat layan artikel kat surat khabar berita harian.

Hiburan: Rahsia lanun di Mythbusters

SIAPA yang tidak gilakan lanun jika dia kacak seperti Captain Jack Sparrow. Sejak filem Pirates of the Caribbean lakonan Johnny Depp menemui penonton, kegilaan peminat seluruh dunia pada lanun handsome itu semakin memuncak.

Filem Pirates of the Caribbean 3: At World’s End, akan menemui peminat bulan ini. Tetapi sebagai kemuncak kepada tayangan filem hebat itu, Discovery Channel (saluran 50) akan menghidangkan sebuah program menarik khas buat tatapan peminatnya menerusi rancangan kegemaran ramai Mythbusters.

Mythbusters Pirates Special akan menemui penonton selama dua jam pada 13 Mei ini jam 9 malam. Bagi yang terlepas, siaran ulangannya akan ditayang pada keesokan harinya pada jam3 pagi dan 2 petang serta 19 Mei jam 2 petang.

Dua hosnya, Adam Savage dan Jamie Hyneman akan membawa penonton meneroka mitos dan cerita yang sering dikaitkan dengan lanun. Seperti rahsia di sebalik topeng mata dan peluru meriam.

Penonton akan dapat melihat Adam dan Jamie mencuba peluru meriam serta serpihan peluru yang kemudiannya ditembak pada kapal untuk melihat yang manakah antara dua bahan itu memberi kesan lebih hebat. Hasil daripada percubaan yang dilakukan itu didapati serpihan peluru lebih memberi impak berbanding peluru meriam sendiri. Didapati juga serpihan peluru menyebabkan lebih banyak kematian berbanding peluru meriam.

Antara kajian yang dijalankan ialah mengenal pasti jenis papan yang digunakan pada kapal. Kemuncaknya apabila mereka menggunakan peluru meriam seberat enam paun ke atas badan kapal serta menganalisis kerosakan serpihan peluru.

Ujian seterusnya pula mendedahkan penggunaan topeng mata oleh lanun yang selama ini dianggap kebanyakan orang salah satu strategi lanun untuk memperlekehkan orang ramai. Kari Byron, Grant Imahara dan Tory Belleci akan merungkai rahsia di sebalik topeng itu.

Menurut cerita rakyat, mata yang ditutup itu dapat membantu penglihatan lanun pada waktu malam. Ia boleh membantu mengalihkan pandangan dek kapal, memasuki kawasan gelap tetapi dapat melihat dengan cepat.

Bagi menguji teori ini, kumpulan itu membina halangan lanun untuk Jamie dan Adam di kawasan gelap. Tetapi ia berakhir dengan keputusan yang menggelikan hati.

Banyak lagi yang dapat anda saksikan di dalam program selama dua jam ini bersama Adam dan Jamie. Arak yang dipanggil grog bukan saja digunakan untuk minum tetapi juga untuk mencuci pakaian.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai lanun, tontonilah Mythbusters kerana anda juga berpeluang memenangi tiket untuk menyaksikan filem hebat yang paling dinantikan abad ini.


Tiket percuma saksi Pirates of The Caribbean 3

PIRATES of The Caribbean 3 akan ditayangkan pada 28 Mei ini jam 9 malam di GSC Mid Valley. Sebanyak 20 pasang tiket menanti untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan dua tiket ini hanyalah menjawab dua soalan mudah untuk 20 penghantar e-mel terawal.

Jangan lupa sertakan maklumat lengkap termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan e-mel anda dengan menggunakan tajuk Berita Harian-Discovery Channel Mythbusters Pirate Special Contest.

Soalan:
1. Namakan dua hos Mythbusters?
2. Apakah nama minuman keras diminum lanun yang turut digunakan untuk mencuci?

Hantarkan penyertaan anda ke: jade@compass-communications.com.my.


Tanpa berfikir panjang... aku email je la.. senang gila soklannya.. jawapan pun dah ada depan mata...

========================================================

Hari ni.. Aku dapat email..

Thanks for taking part in the Berita Harian-Mythbusters Pirate Special contest. You have won yourself a pair of passes to a screening of Pirates of the Caribbean III: At World’s End at GSC Mid Valley on Monday, May 28, 9:00 pm.


Yeahooooo..!!! Petang karang plan nak gi amik tiket tu :D Nak ikot?

Pirate of the Carribbean 3: At World's End

Sampai rumah.. makan dan bersiap². Pukul10 camtu Faze call bgtau tiket dah amek. Aku pun time tu baru nak pick up ME kat rumah. Muvinya pukul11. Rilek ah.. Sampai IOI tgk jusco bukak lagi. Kedai lain byk dah tutup dah. Kompius kejap.. apesal Jusco ni tak tutup²? Dia tutup pukul berapa? Mebi tutup lambat kut sbb sekarang tengah sale. Agaknyalahhhhh. Aku pi cucuk duit dulu kat Mebeng. Harap² bleh tahan sampai gaji minggu depan :D

Pastu cari Faze dan Lan kat GSC. Dorang tengah lepak². Aku dgn ME ingat nak pi beli popcorn. Last² ME beli hotdog dgn mashed potato. Aku plak berato nak beli corn in cup.

Tetiba ada orang tepuk bahu aku. Uih..!! Ex-BF gua!! (Ni bukan yang fwd email yang aku cerita dlm entry lepas tu tau). "Tengok wayang dengan Faze ker?" Dia tanya sengih². Aih.. camne aku bleh tak perasan mamat nih. Aku pun sengih balik la. Aku tanya tengok movie ape. Dia kata Pirate. "Pukul11?" aku tanya. Dia angguk je. Sesambil tu mata aku dah melilau dah tgk keliling kut nampak muka familiar kengkawan dia atau muka orang tgh duk tunggu dia abeh bercakap dgn aku. Takde. Last² tak puas ati.. keluar gak pertanyaan "Ni datang dgn sape?". Dia senyum je "Sorang..". Dia angkat tangan dan terus blah pi berato check tiket nak masuk wayang. Aku pandang ME. Dia tengah leka borak² dgn Faze tak perasan keliling. Aku jerit pun tak dengar. Tak jadi beratur beli corn in cup aku berlari pegi dkt ME. Niat dihati nak tunjuk kat dia "Haaa itu la mamat durjana aku cerita tu". Tapi mamat tu cepat gila masuk dalam. Tercengang² jugak la si ME dgn si Faze bila aku ckp mamat tu ada kat sini. Adei la..

Masuk dalam wayang.. blom gelap lg. Melilau gak aku cari kelibat mamat tu. Mana tau bleh terskodeng dia dgn awek baru ka yg gua xtau kewujudannya. Huhuhu.. Tapi masalah problemnya ada 3 room duk tayang cite Pirate ni skang. Mebi dia dkt room lain kut. Huh lantak la.

2 jam setengah layan cite Pirate nih. Pukul1.40 baru abeh. Ooo patut la td Faze bising sakit badan la kerusi keras la. Tak terasa pun masa berjalan. Rupanya lama gila movie tu. akakakakaakak..

Nak kata kelakar gila movie tu takde lah. Tapi tetap best la pada pandangan mata aku. Cuma ending dia je aku cam tak puas ati. Ni nampak gaya mcm ada sambungan lagi je. Isk..

On the way nak keluar tu. Aku nampak mamat tu tgh pakai helmet kat tepi motor. Ooohhh motor baru :D So dapat jugak la ME tgk mamat tu.

Meh tgk trailer cite Pirate ni meh..

hospital... sambungan

Malam kelmarin aku anto Kak Long ke hospital balik. Semalam dia EL lagi la. Kiranya 2 hari la Along gua masuk wad.

Then, lepas kerja semalam.. aku straight ke hospital. Niatnya nak pi melawat Along la. Tengah drive tu aku call le KakLong tanya kut² dia nak pape ker.. Pastu bila sampai Sg.Besi Kak Long call balik. Dia kata Along dah bleh kluar wad.

Sampai hospital baru pukul 6.30. Sempat la layan Manja Lara tu kejap. Walaupun baru tgk 2-3 episode sekerat² tapi dah bleh agak la jln ceritanya. Standard la cerita melayu. Yang bikin pun orang melayu.. yang tengok pun orang melayu. Way of thinking tu sama jer. Tapi aku suka la tgk Sheila Rusly tu berlakon. Si Abby tu nampak lain plak. Mebi watak dia lain dari yg biasa dia bawak kut. Tak pun mekap dia lain dari yg biasa di tengok. Errr.. ontah la. Den tak ghoti nak komen drama pilem nih.

Eh.. tetiba masuk cerita pasal drama tv ek? Huhuhuhu.. ok sambung pasal Along td. Dia dapat dua jambak bunga dari bos dgn budak ofis dia. Dedua bunga ros. Jarang dpt jumpa bunga ros hidup nih. Teruja gak la aku kejap duk cium².

Pukul8 camtu kitorang bertiga pun mengangkut la beg² sume. Sebeban gak la ubat doktor bagi suh makan. Hahahaha.. amek ko.

Wednesday, May 23, 2007

hospital

Petang semalam dapat SMS dari 'orang rumah' opismet mengatakan opismet dah selamat bersalin another baby girl kat HUKM dalam pukul 2.40ptg. Alhamdulillah.. walaupun seminggu lewat dari tarikh dijangka bersalin. ehehehehe...

Petang semalam jugak.. ME ajak aku pegi walk² usha enpon kat IOI. Walaupun aku prefer terus balik umah and refused to merayau² selepas waktu kerja.. aku ikutkan jugak la seruan belio. huhuhu.. sempat berym dgn En.Mejar dulu sebelom lepak² gomol Koko kat rumah ME. Dia siap masak lagi... dan aku berdinner dulu sebelom pegi walk². Ingat nak ajak akak Faze sekali, tapi dia keje sampai kul9. Oh ya.. sebelom shut down pc td sempat lg book tickets utk Pirate of the Carribbean hari Khamis kat GSC IOI Mall. ehehehe.. mebi aku kene tgk 2x muvi nih dgn geng² skola plak. Tak kisah la.. muvi best.. aku rela tgk 2-3x pun :D

Pukul8.30 gak ler kitorg ke IOI. Survey harga enpon. Masuk Gurdian. Masuk Watson. Masuk Jusco. Nak dekat pukul10 gak baru tingat nk balik. Lepas hanto ME balik.. aku terus balik rumah. Time ni la Kak Long SMS suruh aku balik cepat. Aku ckp aku dah on the way. Tapi tak cukup SMS, dia call pulak. Aik.. apekehal? Dia kata Along sakit perut muntah² dengan hidung siap kluar darah. Erk! DARAH!!

Macam ribut la aku balik rumah. Sampai² jer Along still dlm toilet tgh muntah. Si Irfan plak tgh ngamuk² nak air rebina. Bila bancuh air rebina tu dia taknak. Dia nak minum terus dari botol rebina tu. Isk.. org tgh panik² bleh pulak dia mengada².. kan manis gila air tu kalo nk diminum terus. eeeee.. sket lg nk mkn penampo budak neh. Aku naik ats kejap nak letak barang².. bila turun tgk Along gua dah tertangkup kat lantai dapo. Aiyak! Manyak berat ini olang. Papah juga la sampai living room. Aku tak larat dah. Dia suruh panggil jiran tetangga tolong. Kebetulan cikgu sebelah rumah baru balik/baru nak keluar rumah. Aku terus sound mintak tolong. Kak Long dah kelam kabut capai t-shirt la sweater la sumbat dlm beg. Kete awal² aku dah park melintang depan rumah. Cikgu sebelah papah sampai kereta. Pastu akak bini cikgu sebelah pun ala² cuak juga. Dia suruh cikgu sebelah tolong drivekan sampai sepital.. tapi cikgu sebelah diam aje. Kak Long ckp "takyah la kak.. takpe.. adik ada..". Aku pun tak toleh kiri kanan terus beracing dengan sopan ke PUSRAWI Jln Tun Razak. Pasang hazard lite.. bagi lampu sket.. ramai gak la yang ke tepi bg laluan. Dalam banyak² traffic light.. 1 je yg aku langgo. Tapi hon aku tak guna langsung.. hehehe tu psl aku kata pemanduan kecemasan yang penuh dengan kesopanan. Ahaks!

Dari Ampang ke PUSRAWI tu dekat aje. Tapi rasa cam jauh gila. Sesampai aje park kat emergency tu terus meluru masuk dalam mintak tolong. Sepanjang jalan tadi Along duk muntah² lagi. Kali ni aku dah bijak sket la.. bawak plastik sesiap dlm perjalanan.. park plak btul² dpn emergency.. sampai je terus keluar mintak tolong tanpa pikir soal parking. Sebbaik la emergency dia tak lembab macam kat HUKM dulu. Actually ni second time aku jadi "pemandu ambulan" utk abang aku nih. Dulu dekat je kat Bdr Tun Razak. Ni lengkali la aku cite. Tapi kali nih.. walaupun dah bijak sket.. itu pun bengong juga pegi tawaf bulatan Jalan Pahang tu. Padahal ikut je la U-Turn balik ke Jln Tun Razak. hahaha.. malam seyyy.. tgh kecuakan plak tu.. gua tak perasan la kewujudan u-turn tu.

Pukul2.30 pagi baru settle admit masuk wad. Besok pagi doktor nak buat endoscop masuk kamera tgk dlm perot. Pukul3 gak la baru sampai rumah. Terus SMS budak² kt opis kata aku lambat masuk esok.

Pagi.. pukul8 bangun Kak Long tak bangun lagi. Letih sgt dia kut. Bini weh.. laki ko sakit.. musti la cuak gak kan. Aku sambung tido lg. Pukul10 gak la baru bersiap² nak ke hospital balik. Call abah bgtau Along masuk wad.

Sampai hospital, Along tengah mandi. Eh.. cantik gila timing sbb dia actually takde bath towel. Ni kitorg baru bawak kan. hehehe.. lps tu doktor pakar idung, tinge & mulut datang.. dia suruh turun bwh aras 2 kat klinik pakar nak check idung sbb semalamkan Along muntah² sampai berdarah hidung.

Tengah hari, tanya nurse Along ni still kena puasa lg ke. Dia puasa dr mlm td sbb pg td kan dia nk buat endoscope tu. Pastu nurse dtg balik.. katanya dah bleh makan. Dia bg nasik sepinggan. Result endoscope pg tadi sampai ke sudah kitorg tatau mende. Pastu ada la org dari opis Along dtg melawat. Sampai pukul3 lebih aku tunggu doktor datang tapi tak kunjung tiba. Last² aku ke opis dulu..

Pagi td kak Naida Asnatech ada call pasal proposal RKK KKB. Bos pun ada call suruh aku call balik puan Noraini DBKL tu. Ni la aku ke opis settlekan proposal tu. Nasib la.. aku la kerani.. aku la officer. Ni karang aku nk ke hospital balik. Nanti aku update ape citenye opismetku yg baru bersalin tu.. dan abangku yang masuk wad tu.. salam!

Thursday, May 17, 2007

booooHOOO!!!

I broke up with this man 4 years ago. Since then I tried hard to get over it, learning to forgive and forget (it’s damn hard dude!). I don’t giving a damn to anything ever happen in his life anymore. Until yesterday, there’s an email he forwarded to me.

Look at the title… read the text and try to get the whole picture.


From: "si polan bin si polan" (myexbf@gmail.com)
Subject: Fwd: Engineers are the BEST boyfriends

Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married andbuy a house too. Law graduates are still working as a lowly apprentice inlaw firm, most management graduates have just failed on their first business plan, the arts graduate is still looking for a job, and themedical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and ef fort to understand you. Engineers strain really really hard tounderstand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work,once they believe that you are the one. So even if they don't understandyou initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy ( e.g.buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear. Unlike the Lawyer who will argue with you, the Management graduate who will try to control your spending, the Arts graduate who will 'change major', and the medical school graduate who will operate on you. And you know what, it's really so easy to make engineers be lieve that you are the 'one'. Say that you like one of their projects and they will be hooked to you forever

Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - the lawyers will lie about everything, management graduates will cheat your money, the arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate. Your engineer boyfriend is either too busy to have anaffair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that.Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. So girls, why procrastinate? Get an engineer for your boyfriend!


So... kesimpulan? No regrets at all. Kapish!!!

Semalam.. kan..

PAGI

Pagi² subuh Lembah Klang basah dicurah hujan lebat. SMS Faze "ni yang lemah ni ujan pepagi". Tapi dengan iltizam yang tinggi aku berjaya turun dari katil dan bersiap² awal dari biasa. Bertolak dari rumah baru pukul7. Walaupun ujan dan ada banjir kilat sket kt MRR2 tu tapi disebabkan awal lg dan kenderaan baru nak banyak.. so tak de la jammed. Sampai kat Mint Hotel tu.. nampak ada eksiden. Kereta proton saga kaler coklat langgar bas ekspres. Yang peliknya.. bas tu nampaknya macam tengah park kat emergency lane highway... tapi si kereta tu bleh sondol kat bahagian belakang bas sebelah kiri. Kompius aku sekejap. Kecewa jugak la bila camera takde disisi. Masa aku lalu tu.. nampak penumpang² dari bas yang kena langgar tu tengah jinjit beg naik bas satu lagi kaler merah tengah park kat depan sket. Tonto beso tarik bas tu plak tengah ready nak angkut bas yang kena langgar tu. Dan² tu.. dengar info trafik kat radio pasal eksiden yang aku tengah tengok tu. Hehehe.. rasa cam nak telepon jer bgtau.. 'mana ada jammed pun'.

Tadi pukul6.30 Faze dah call. Dia dah lama sampai depan opis tunggu aku. Hahaha.. Aku sampai opis, park kete dan lompat masuk kete sebelah. Jammed gila Bandar Kinrara ni pepagi rupanya. Hehehe maklum ler.. selama ni aku sampai opis pun hari dah terang benderang. Memang tak pernah terserempak dengan jammed teruk kat Kinrara nih. Hehehe..

Seterusnya perjalanan ke KLIA. Faze yang bawak kereta. Hari still hujan. Jadi aku redha aje la bila dia drive 80kmj sahaja. Ikut jalan Putrajaya. Zura call "yo!! kat mana beb? gua dah sampai". Hehehe sabo aje la.. kitorg tengah on the way. Pukul8.30 baru sampai KLIA. Pusing kat luar Arrival Hall tu cari kelibat Zura. Tak nampak.. "dia kata dia dah kurus" Faze berbunyik. "errr.. takleh imagine la kalo dia kurus.. masuk parking dulu la.." aku mengusul cadangan.

Park kete dan cari Zura. Nampak sorang pompan muka monyok tengah duduk secara agak kurang sopan atas troli dengan beg beso 2 biji. Itu pun sebbaik dia tak duduk cangkung macam yang selalu boleh kita tgk kat luar Kedutaan Indonesia. Ekekekeke.. Nampak kitorg jer terus lompat sengih². Salam² peluk² tolak troli masuk lif. Turun 1 floor nak ke parking. Tapi melencong ke food court plak dulu. Zura ada ckp... turun flight dia nak mkn nasik lemak. Sudahnya kami bertiga sarapan nasik lemak dulu. Sambil makan sambil ngumpat.. errr sembang. Hehehe..

Lepas breakfast.. bergerak ke parking. Si Faze pegi bayo autopay. Aku ngn Zura garu kepala camne nak sumbat beg gajah ni dalam kete kontot si Faze nih. Sudahnya.. beg kecik sume ddk dlm bonet yang cumil.. beg gajah tegakkan kat seat blakang. Aku plak amik tugas mendrive balik. Baru masuk tol KLIA terserempak dengan rombongan kereta kenamaan. Ntah² rombongan jemputan utk kenduri kawen Raja Nazrin besok kutttt... kuikuikui.

Kali ni aku tak bawak kete racing. Aku halfday hari ni. Rilek la... bukan ada nak kejar ape pun. Direct ke rumah Zura. Parents dia ada kat rumah. Lepas salam² perkara pertama yang Zura buat ialah goncang² tin makanan kucing panggil Koko balik. Hahahaha.. berlari dia balik dalam basah² tempias ujan. Aik.. dengar hari tu kata Koko sakit. Ini aku tengok sihat walafiat jer. Dah makin gemok dari dulu. Dengan aku² sekali join gomol Koko. Lepas tu.. tengok mak si Zura tengah lipat² bungkus² saputangan sebagai cenderamata tetamu majlis nanti. Hmm.. menarik. Aku pun join. Dalam kul12 camtu Faze mintak diri. Dia ada lunch date dengan suami terchenta. Aku sambung ralit ngetest kreativiti lipat saputangan taruk reben taruk bunga. Tetiba perasaan ngantuk menjelma. Puas menahan ngantuk. Mak Zura suruh makan lunch plak. Ayoyo.. kenyang td tak abeh lg makcik... tapi aku jamah jugak la. Ngee...

PETANG

Pukul2 lebih gak la baru Faze datang balik ambik aku. Drop aku kat opis. Kepala dah weng nih. Bukak je pintu tengok² bos gua dah sampai. Bizi sekejap.. tahan ngantuk gegila. Sebbaik bos tak ddk opis lelama. Tak lama lepas dia kuar. Aku plak tumbang dalam bilik solat ditemani bantal bersarung kartun. Dayat awal² dah book sofa kat depan tu. Ampess... ZzzzZzZz sampai pukul5.30. Segar sket kepala otak. Cadang nak keluar awal. Tapi aku mensettlekan surat utk KTMB tu plak dulu. Dah siap fax baru bleh blah. Pukul7 gak la gerak dari opis. Si Sue dah SMS tanya aku sempat ke idak sampai KLCC before 8.30. Hehehe.. sempat punya.

Dari ofis, masuk je Jalan Puchong-Bkt.Jalil tu dah start jammed gila. Cuak gak la. Rilek.. rilek.. ada masa sejam sengah lagi nak pukul8.30. Rupa² ada lori rosak kat laluan seberang sana. Cit! Tapi sini pulak yang jammed. Ampeh! Sampai kat short cut KESAS tu aku terus masuk. Tak jammed langsung kat KESAS. Smooth jer sampai Sg.Besi. Bagi signal kanan masuk SMART tunnel. Cuak sekali lagi. Eh kata FREE sebulan. Ni apesal kene benti kat tol plak nih. Dah la tol dia sume signboard kaler kuning dan biru (smart tag ngn touch n go laaa). Tak nampak pun yang berkaler ijo atau putih untuk bayaran tunai. Ooooo.. rilek la.. awek tol gate girl tu tgh testing palang tol kot. Kuikuikuikui..

MALAM

Masuk SMART tunnel tu.. rasa cam excited jer. Wooo.. 2 lane je. Panjang ya amat. Dalam website tulih 9.7km panjang. Kalo sesapa yg ada clausophobia mesti tobat takmo pakai SMART tunnel tu kot. Terasa cam lemas. Aku tgk jam.. 3 minit jer dari sebelom TUDM Sg.Besi tetiba dah keluar kat Jalan Tun Razak depan Time Tower tu. Memang ajaib la. ekekekekekeke.. caya lah!!! Saya bangga jadi rakyat Malaysia.

Sampai KLCC. Bye ngan Sue dan sampai. Tengah melepak baca magazine kat kedai buku Time depan Tower Records. Masih awal lagi. Tetiba aku lapar macam tak makan sehari. Cet...!!! Lepak food court dulu makan Kyros Kebab. Sue bagi sijil kursus minggu lepas. Sengih je tengok sijil tu (ehem.. gua dah bleh kawen beb.. auwww!!).

Movie yang ditonton kali ini ialah latest film dari sutrakodok yang tak asing lagi iaitu chip kodok Afdlin Shauki bertajuk 'Sumo-Lah'. Muvi start pukul8.30. Tadi lagi si Bye dah amikkan tiket. Filem ni penuh dgn culture, bahasa, humor dan message. Di antara movie kelakar yang aku gelak tak cover punya.. wakakakakaka. Memang best... 2 sengah jam macam tak terasa langsung. Walaupun produk² penaja yang sengaja di interframe tu kekadang mcm melampau tp boleh la dimaafkan. Tapi aku agak.. kalo terlebih interframe lg 1-2 kali sepanjang movie tu mmg nak kena maki la tu. Ok la nih... kalo takde penaja² nih maybe film nih jadi kurang best mcm yang ditonton. Ye tak?

Yang penting... satu standing oviation dan tabik spring la untuk Afdlin Shauki dan team. Blom ada lagi produk dari dia yang mengecewakan aku. Muvi habis pukul11.15. Keluar je panggung, si Bye tak pandang kiri kanan terus blah nak mengejar LRT. Hehehehe.. next movie eh Bye.. kita tgk pirate plak. Kiranya.. dalam pukul12 gak la aku sampai rumah.

Klik sini nak tgk trailer sumo-lah