PAGI
Pagi² subuh Lembah Klang basah dicurah hujan lebat. SMS Faze "ni yang lemah ni ujan pepagi". Tapi dengan iltizam yang tinggi aku berjaya turun dari katil dan bersiap² awal dari biasa. Bertolak dari rumah baru pukul7. Walaupun ujan dan ada banjir kilat sket kt MRR2 tu tapi disebabkan awal lg dan kenderaan baru nak banyak.. so tak de la jammed. Sampai kat Mint Hotel tu.. nampak ada eksiden. Kereta proton saga kaler coklat langgar bas ekspres. Yang peliknya.. bas tu nampaknya macam tengah park kat emergency lane highway... tapi si kereta tu bleh sondol kat bahagian belakang bas sebelah kiri. Kompius aku sekejap. Kecewa jugak la bila camera takde disisi. Masa aku lalu tu.. nampak penumpang² dari bas yang kena langgar tu tengah jinjit beg naik bas satu lagi kaler merah tengah park kat depan sket. Tonto beso tarik bas tu plak tengah ready nak angkut bas yang kena langgar tu. Dan² tu.. dengar info trafik kat radio pasal eksiden yang aku tengah tengok tu. Hehehe.. rasa cam nak telepon jer bgtau.. 'mana ada jammed pun'.
Tadi pukul6.30 Faze dah call. Dia dah lama sampai depan opis tunggu aku. Hahaha.. Aku sampai opis, park kete dan lompat masuk kete sebelah. Jammed gila Bandar Kinrara ni pepagi rupanya. Hehehe maklum ler.. selama ni aku sampai opis pun hari dah terang benderang. Memang tak pernah terserempak dengan jammed teruk kat Kinrara nih. Hehehe..
Seterusnya perjalanan ke KLIA. Faze yang bawak kereta. Hari still hujan. Jadi aku redha aje la bila dia drive 80kmj sahaja. Ikut jalan Putrajaya. Zura call "yo!! kat mana beb? gua dah sampai". Hehehe sabo aje la.. kitorg tengah on the way. Pukul8.30 baru sampai KLIA. Pusing kat luar Arrival Hall tu cari kelibat Zura. Tak nampak.. "dia kata dia dah kurus" Faze berbunyik. "errr.. takleh imagine la kalo dia kurus.. masuk parking dulu la.." aku mengusul cadangan.
Park kete dan cari Zura. Nampak sorang pompan muka monyok tengah duduk secara agak kurang sopan atas troli dengan beg beso 2 biji. Itu pun sebbaik dia tak duduk cangkung macam yang selalu boleh kita tgk kat luar Kedutaan Indonesia. Ekekekeke.. Nampak kitorg jer terus lompat sengih². Salam² peluk² tolak troli masuk lif. Turun 1 floor nak ke parking. Tapi melencong ke food court plak dulu. Zura ada ckp... turun flight dia nak mkn nasik lemak. Sudahnya kami bertiga sarapan nasik lemak dulu. Sambil makan sambil ngumpat.. errr sembang. Hehehe..
Lepas breakfast.. bergerak ke parking. Si Faze pegi bayo autopay. Aku ngn Zura garu kepala camne nak sumbat beg gajah ni dalam kete kontot si Faze nih. Sudahnya.. beg kecik sume ddk dlm bonet yang cumil.. beg gajah tegakkan kat seat blakang. Aku plak amik tugas mendrive balik. Baru masuk tol KLIA terserempak dengan rombongan kereta kenamaan. Ntah² rombongan jemputan utk kenduri kawen Raja Nazrin besok kutttt... kuikuikui.
Kali ni aku tak bawak kete racing. Aku halfday hari ni. Rilek la... bukan ada nak kejar ape pun. Direct ke rumah Zura. Parents dia ada kat rumah. Lepas salam² perkara pertama yang Zura buat ialah goncang² tin makanan kucing panggil Koko balik. Hahahaha.. berlari dia balik dalam basah² tempias ujan. Aik.. dengar hari tu kata Koko sakit. Ini aku tengok sihat walafiat jer. Dah makin gemok dari dulu. Dengan aku² sekali join gomol Koko. Lepas tu.. tengok mak si Zura tengah lipat² bungkus² saputangan sebagai cenderamata tetamu majlis nanti. Hmm.. menarik. Aku pun join. Dalam kul12 camtu Faze mintak diri. Dia ada lunch date dengan suami terchenta. Aku sambung ralit ngetest kreativiti lipat saputangan taruk reben taruk bunga. Tetiba perasaan ngantuk menjelma. Puas menahan ngantuk. Mak Zura suruh makan lunch plak. Ayoyo.. kenyang td tak abeh lg makcik... tapi aku jamah jugak la. Ngee...
PETANG
Pukul2 lebih gak la baru Faze datang balik ambik aku. Drop aku kat opis. Kepala dah weng nih. Bukak je pintu tengok² bos gua dah sampai. Bizi sekejap.. tahan ngantuk gegila. Sebbaik bos tak ddk opis lelama. Tak lama lepas dia kuar. Aku plak tumbang dalam bilik solat ditemani bantal bersarung kartun. Dayat awal² dah book sofa kat depan tu. Ampess... ZzzzZzZz sampai pukul5.30. Segar sket kepala otak. Cadang nak keluar awal. Tapi aku mensettlekan surat utk KTMB tu plak dulu. Dah siap fax baru bleh blah. Pukul7 gak la gerak dari opis. Si Sue dah SMS tanya aku sempat ke idak sampai KLCC before 8.30. Hehehe.. sempat punya.
Dari ofis, masuk je Jalan Puchong-Bkt.Jalil tu dah start jammed gila. Cuak gak la. Rilek.. rilek.. ada masa sejam sengah lagi nak pukul8.30. Rupa² ada lori rosak kat laluan seberang sana. Cit! Tapi sini pulak yang jammed. Ampeh! Sampai kat short cut KESAS tu aku terus masuk. Tak jammed langsung kat KESAS. Smooth jer sampai Sg.Besi. Bagi signal kanan masuk SMART tunnel. Cuak sekali lagi. Eh kata FREE sebulan. Ni apesal kene benti kat tol plak nih. Dah la tol dia sume signboard kaler kuning dan biru (smart tag ngn touch n go laaa). Tak nampak pun yang berkaler ijo atau putih untuk bayaran tunai. Ooooo.. rilek la.. awek tol gate girl tu tgh testing palang tol kot. Kuikuikuikui..
MALAM
Masuk SMART tunnel tu.. rasa cam excited jer. Wooo.. 2 lane je. Panjang ya amat. Dalam website tulih 9.7km panjang. Kalo sesapa yg ada clausophobia mesti tobat takmo pakai SMART tunnel tu kot. Terasa cam lemas. Aku tgk jam.. 3 minit jer dari sebelom TUDM Sg.Besi tetiba dah keluar kat Jalan Tun Razak depan Time Tower tu. Memang ajaib la. ekekekekekeke.. caya lah!!! Saya bangga jadi rakyat Malaysia.
Sampai KLCC. Bye ngan Sue dan sampai. Tengah melepak baca magazine kat kedai buku Time depan Tower Records. Masih awal lagi. Tetiba aku lapar macam tak makan sehari. Cet...!!! Lepak food court dulu makan Kyros Kebab. Sue bagi sijil kursus minggu lepas. Sengih je tengok sijil tu (ehem.. gua dah bleh kawen beb.. auwww!!).
Movie yang ditonton kali ini ialah latest film dari sutrakodok yang tak asing lagi iaitu chip kodok Afdlin Shauki bertajuk 'Sumo-Lah'. Muvi start pukul8.30. Tadi lagi si Bye dah amikkan tiket. Filem ni penuh dgn culture, bahasa, humor dan message. Di antara movie kelakar yang aku gelak tak cover punya.. wakakakakaka. Memang best... 2 sengah jam macam tak terasa langsung. Walaupun produk² penaja yang sengaja di interframe tu kekadang mcm melampau tp boleh la dimaafkan. Tapi aku agak.. kalo terlebih interframe lg 1-2 kali sepanjang movie tu mmg nak kena maki la tu. Ok la nih... kalo takde penaja² nih maybe film nih jadi kurang best mcm yang ditonton. Ye tak?
Yang penting... satu standing oviation dan tabik spring la untuk Afdlin Shauki dan team. Blom ada lagi produk dari dia yang mengecewakan aku. Muvi habis pukul11.15. Keluar je panggung, si Bye tak pandang kiri kanan terus blah nak mengejar LRT. Hehehehe.. next movie eh Bye.. kita tgk pirate plak. Kiranya.. dalam pukul12 gak la aku sampai rumah.
Klik sini nak tgk trailer sumo-lah
No comments:
Post a Comment