Hiburan: Rahsia lanun di Mythbusters
SIAPA yang tidak gilakan lanun jika dia kacak seperti Captain Jack Sparrow. Sejak filem Pirates of the Caribbean lakonan Johnny Depp menemui penonton, kegilaan peminat seluruh dunia pada lanun handsome itu semakin memuncak.
Filem Pirates of the Caribbean 3: At World’s End, akan menemui peminat bulan ini. Tetapi sebagai kemuncak kepada tayangan filem hebat itu, Discovery Channel (saluran 50) akan menghidangkan sebuah program menarik khas buat tatapan peminatnya menerusi rancangan kegemaran ramai Mythbusters.
Mythbusters Pirates Special akan menemui penonton selama dua jam pada 13 Mei ini jam 9 malam. Bagi yang terlepas, siaran ulangannya akan ditayang pada keesokan harinya pada jam3 pagi dan 2 petang serta 19 Mei jam 2 petang.
Dua hosnya, Adam Savage dan Jamie Hyneman akan membawa penonton meneroka mitos dan cerita yang sering dikaitkan dengan lanun. Seperti rahsia di sebalik topeng mata dan peluru meriam.
Penonton akan dapat melihat Adam dan Jamie mencuba peluru meriam serta serpihan peluru yang kemudiannya ditembak pada kapal untuk melihat yang manakah antara dua bahan itu memberi kesan lebih hebat. Hasil daripada percubaan yang dilakukan itu didapati serpihan peluru lebih memberi impak berbanding peluru meriam sendiri. Didapati juga serpihan peluru menyebabkan lebih banyak kematian berbanding peluru meriam.
Antara kajian yang dijalankan ialah mengenal pasti jenis papan yang digunakan pada kapal. Kemuncaknya apabila mereka menggunakan peluru meriam seberat enam paun ke atas badan kapal serta menganalisis kerosakan serpihan peluru.
Ujian seterusnya pula mendedahkan penggunaan topeng mata oleh lanun yang selama ini dianggap kebanyakan orang salah satu strategi lanun untuk memperlekehkan orang ramai. Kari Byron, Grant Imahara dan Tory Belleci akan merungkai rahsia di sebalik topeng itu.
Menurut cerita rakyat, mata yang ditutup itu dapat membantu penglihatan lanun pada waktu malam. Ia boleh membantu mengalihkan pandangan dek kapal, memasuki kawasan gelap tetapi dapat melihat dengan cepat.
Bagi menguji teori ini, kumpulan itu membina halangan lanun untuk Jamie dan Adam di kawasan gelap. Tetapi ia berakhir dengan keputusan yang menggelikan hati.
Banyak lagi yang dapat anda saksikan di dalam program selama dua jam ini bersama Adam dan Jamie. Arak yang dipanggil grog bukan saja digunakan untuk minum tetapi juga untuk mencuci pakaian.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai lanun, tontonilah Mythbusters kerana anda juga berpeluang memenangi tiket untuk menyaksikan filem hebat yang paling dinantikan abad ini.
Tiket percuma saksi Pirates of The Caribbean 3
PIRATES of The Caribbean 3 akan ditayangkan pada 28 Mei ini jam 9 malam di GSC Mid Valley. Sebanyak 20 pasang tiket menanti untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan dua tiket ini hanyalah menjawab dua soalan mudah untuk 20 penghantar e-mel terawal.
Jangan lupa sertakan maklumat lengkap termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan e-mel anda dengan menggunakan tajuk Berita Harian-Discovery Channel Mythbusters Pirate Special Contest.
Soalan:
1. Namakan dua hos Mythbusters?
2. Apakah nama minuman keras diminum lanun yang turut digunakan untuk mencuci?
Hantarkan penyertaan anda ke: jade@compass-communications.com.my.
Tanpa berfikir panjang... aku email je la.. senang gila soklannya.. jawapan pun dah ada depan mata...
========================================================
Hari ni.. Aku dapat email..
Thanks for taking part in the Berita Harian-Mythbusters Pirate Special contest. You have won yourself a pair of passes to a screening of Pirates of the Caribbean III: At World’s End at GSC Mid Valley on Monday, May 28, 9:00 pm.
Yeahooooo..!!! Petang karang plan nak gi amik tiket tu :D Nak ikot?
No comments:
Post a Comment