Wednesday, May 23, 2007

hospital

Petang semalam dapat SMS dari 'orang rumah' opismet mengatakan opismet dah selamat bersalin another baby girl kat HUKM dalam pukul 2.40ptg. Alhamdulillah.. walaupun seminggu lewat dari tarikh dijangka bersalin. ehehehehe...

Petang semalam jugak.. ME ajak aku pegi walk² usha enpon kat IOI. Walaupun aku prefer terus balik umah and refused to merayau² selepas waktu kerja.. aku ikutkan jugak la seruan belio. huhuhu.. sempat berym dgn En.Mejar dulu sebelom lepak² gomol Koko kat rumah ME. Dia siap masak lagi... dan aku berdinner dulu sebelom pegi walk². Ingat nak ajak akak Faze sekali, tapi dia keje sampai kul9. Oh ya.. sebelom shut down pc td sempat lg book tickets utk Pirate of the Carribbean hari Khamis kat GSC IOI Mall. ehehehe.. mebi aku kene tgk 2x muvi nih dgn geng² skola plak. Tak kisah la.. muvi best.. aku rela tgk 2-3x pun :D

Pukul8.30 gak ler kitorg ke IOI. Survey harga enpon. Masuk Gurdian. Masuk Watson. Masuk Jusco. Nak dekat pukul10 gak baru tingat nk balik. Lepas hanto ME balik.. aku terus balik rumah. Time ni la Kak Long SMS suruh aku balik cepat. Aku ckp aku dah on the way. Tapi tak cukup SMS, dia call pulak. Aik.. apekehal? Dia kata Along sakit perut muntah² dengan hidung siap kluar darah. Erk! DARAH!!

Macam ribut la aku balik rumah. Sampai² jer Along still dlm toilet tgh muntah. Si Irfan plak tgh ngamuk² nak air rebina. Bila bancuh air rebina tu dia taknak. Dia nak minum terus dari botol rebina tu. Isk.. org tgh panik² bleh pulak dia mengada².. kan manis gila air tu kalo nk diminum terus. eeeee.. sket lg nk mkn penampo budak neh. Aku naik ats kejap nak letak barang².. bila turun tgk Along gua dah tertangkup kat lantai dapo. Aiyak! Manyak berat ini olang. Papah juga la sampai living room. Aku tak larat dah. Dia suruh panggil jiran tetangga tolong. Kebetulan cikgu sebelah rumah baru balik/baru nak keluar rumah. Aku terus sound mintak tolong. Kak Long dah kelam kabut capai t-shirt la sweater la sumbat dlm beg. Kete awal² aku dah park melintang depan rumah. Cikgu sebelah papah sampai kereta. Pastu akak bini cikgu sebelah pun ala² cuak juga. Dia suruh cikgu sebelah tolong drivekan sampai sepital.. tapi cikgu sebelah diam aje. Kak Long ckp "takyah la kak.. takpe.. adik ada..". Aku pun tak toleh kiri kanan terus beracing dengan sopan ke PUSRAWI Jln Tun Razak. Pasang hazard lite.. bagi lampu sket.. ramai gak la yang ke tepi bg laluan. Dalam banyak² traffic light.. 1 je yg aku langgo. Tapi hon aku tak guna langsung.. hehehe tu psl aku kata pemanduan kecemasan yang penuh dengan kesopanan. Ahaks!

Dari Ampang ke PUSRAWI tu dekat aje. Tapi rasa cam jauh gila. Sesampai aje park kat emergency tu terus meluru masuk dalam mintak tolong. Sepanjang jalan tadi Along duk muntah² lagi. Kali ni aku dah bijak sket la.. bawak plastik sesiap dlm perjalanan.. park plak btul² dpn emergency.. sampai je terus keluar mintak tolong tanpa pikir soal parking. Sebbaik la emergency dia tak lembab macam kat HUKM dulu. Actually ni second time aku jadi "pemandu ambulan" utk abang aku nih. Dulu dekat je kat Bdr Tun Razak. Ni lengkali la aku cite. Tapi kali nih.. walaupun dah bijak sket.. itu pun bengong juga pegi tawaf bulatan Jalan Pahang tu. Padahal ikut je la U-Turn balik ke Jln Tun Razak. hahaha.. malam seyyy.. tgh kecuakan plak tu.. gua tak perasan la kewujudan u-turn tu.

Pukul2.30 pagi baru settle admit masuk wad. Besok pagi doktor nak buat endoscop masuk kamera tgk dlm perot. Pukul3 gak la baru sampai rumah. Terus SMS budak² kt opis kata aku lambat masuk esok.

Pagi.. pukul8 bangun Kak Long tak bangun lagi. Letih sgt dia kut. Bini weh.. laki ko sakit.. musti la cuak gak kan. Aku sambung tido lg. Pukul10 gak la baru bersiap² nak ke hospital balik. Call abah bgtau Along masuk wad.

Sampai hospital, Along tengah mandi. Eh.. cantik gila timing sbb dia actually takde bath towel. Ni kitorg baru bawak kan. hehehe.. lps tu doktor pakar idung, tinge & mulut datang.. dia suruh turun bwh aras 2 kat klinik pakar nak check idung sbb semalamkan Along muntah² sampai berdarah hidung.

Tengah hari, tanya nurse Along ni still kena puasa lg ke. Dia puasa dr mlm td sbb pg td kan dia nk buat endoscope tu. Pastu nurse dtg balik.. katanya dah bleh makan. Dia bg nasik sepinggan. Result endoscope pg tadi sampai ke sudah kitorg tatau mende. Pastu ada la org dari opis Along dtg melawat. Sampai pukul3 lebih aku tunggu doktor datang tapi tak kunjung tiba. Last² aku ke opis dulu..

Pagi td kak Naida Asnatech ada call pasal proposal RKK KKB. Bos pun ada call suruh aku call balik puan Noraini DBKL tu. Ni la aku ke opis settlekan proposal tu. Nasib la.. aku la kerani.. aku la officer. Ni karang aku nk ke hospital balik. Nanti aku update ape citenye opismetku yg baru bersalin tu.. dan abangku yang masuk wad tu.. salam!

No comments: