Monday, September 29, 2008

Dr.Fish

Kelmarin.. keluar dgn Along dan Kak Long pi beli baju raya Irfan dan Danish kat The Store. Ramai gak yang membeli-belah disaat akhir ek. Huhuhuhu.. penat gila la shopping bawak budak berdua tuh. Dorang berlari-lari satu department. Kita plak terpaksalah kejar and keep on eye sentiasa kat bebudak tuh. Takmo la peristiwa "budak hilang" berlaku lagi. Isk.. nauzubillah..!! Walaupun geram.. ikutkan je la budak2 tu. Payah sangat.. aku dukung jer walaupun bukannya ringan budak2 tuh. Hampir sama berat 2 guni beras gak la.

So lepas shopping kat The Store, kitorang post budak2 tu balik rumah. Pi Carrefour Ampang plak. Kali ni beli baju melayu dan kasut "wayya" (bak kata anak Bit.. hahaha) plak. Aku terbeli wedges yang cantik dan murah kat Bata. Elok sgt kalo dibuat kasut keje. Huhuhuhu.. Sampai Kak Long pun terbeli jugak kasut yang sama tapi lain warna.

Lepas shopping kat dalam Carrefour dan berbuka kat Restoran RasaMas.. aku tetiba diserang selsema. Huh seksanya menahan hingus dikhalayak ramai. Gulp!!

Tapi sebbaik kejap jer serangan tersebut dan kitorang pi jumpa Dr.Fish. Along kata bagi makan ikan. Hahaha..

Cecah je kaki dalam air tu.. ikan2 kecik tu pun serbu la. For the 1st 5 minutes aku asik tergelak yang tak bleh dikontrol. Hahahaha.. geli-geli ikan tu gigit2 manja kaki. Along plak dah 2nd time jumpa Dr.Fish so dia rilex je lah.

Kak Long tak buat.. dia lepak je tgk kitorang bagi ikan makan. Tengah duk rendam kaki tuh.. ternampak sekor ikan tu mati. Alamak!! Termakan cagu beracun ker? Innalillah.. kesian ikan tu. Aku tunjuk ikan mati tu kat Along. Along cakap.. "dia mati tercekik kut.. tergigit kulit mati keras!!"

Hoh!! Berair mata aku tahan gelak kat situ. Ampeh btul la.. Wakaakakakakakaka... After almost 20 minutes rendam kaki. Ada satu couple pakcik ngn makcik nih terpengaruh dgn kitorang. Hahahaha actually ada discount. 2 person for the price of one.

Bila pakcik tu rendam je kaki dia. Ikan-ikan yang gigit kaki aku dgn Along lari pi kat kaki pakcik tuh.. perghhhhh ramai gila yg terkam kaki pakcik tuh. Ada la suara sumbang sorang uncle kat celah-celah orang ramai tu "ni berapa bulan tak basuh kaki nih?"... eee jahatnya mulut. Sebbaik dia tak mengata kat aku. Pakcik tu jawab "eh ni sume kawan2 nih.."

Friday, September 26, 2008

Aidilfitri 1429H

*Raya Mood*

Dengan kesempatan yang ada nih, aku ingin mengucapkan selamat meneruskan iabdah puasa dan selamat menyambut Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin sekiranya ada yang tersalah dan tersilap atau menyinggung perasaan sahabat handai sekalian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Semoga semuanya gembira menyambutnya. InsyaAllah!

Kepada yang memandu pulang.. hati-hati di jalanraya. ;-) ops sikap ada dimana-mana.. hahahaha...

Thursday, September 25, 2008

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Persatuan Wanita

Hahahahaha.. kelmarin hari Selasa (23.08.2008) satu majlis berbuka puasa anjuran budak-budak rumah aku dan disertai 11 orang kaum wanita Cameron Highlands berbuka kat umah aku. Eceh.. umah aku kunun.. tak sedo diri menumpang.. hahahaha..

Meriah sungguh la majlis berbuka kitorang... yang sudi hadir..
  1. Aku
  2. Ina
  3. Sue
  4. Ayu
  5. Bee
  6. Kak Ya
  7. Ema
  8. Along
  9. Rina
  10. Sal
  11. Zue

Tuan rumah masak ikan kembong percik, tomyam, sambal sotong, ikan patin masak tempoyak, sambal tempoyak kaw.

Tetamu (Kak Ya and geng) bawak lala masak cili, puding raja tak cukup sifat sbb takde aksesori.
Tetamu (Rina and geng) bawak puding roti, sambal ikan bilis petai, kerabu bunga kantan (sedap woo..)

Lepas berbuka kitorang lepak sembang-sembang cite antu, cite lagenda Tasik Chini, gossip artis dan keluarga diraja. Sambil sembang, Ayu hidang buah naga purple.. sedap sangat bersembang sampai tuan rumah lupa nak menjemput tetamu makan buah naga sesama. Muahahaha..

Friday, September 19, 2008

what's your excuse?

Semalam... pukul4.30pagi Along kejut aku ajak pi sahur. Nasik yilek. Roti yilek. Last2 kitorang pi order mcd drive tru sarapan pagi.

Lepas sahur.. lepak2 gosok baju... and bersiap2... aku bertolak dari rumah pukul6.30 pagi headed to Kuantan to attend Mesyuarat di KOMTUR Bandar Indera Mahkota.

On the way tu aku dengar la radio.. i've no fav radio station. Tapi slalu tukar2 between hitz, mix, fly, hot, xfresh and era. Biasa lah pagi2, ada traffic report, ada berita, ada topic perbincangan..

Nak jadi cerita.. aku stuck kat fly.fm. Topiknya lebih kurang bunyik camni.. "what is your ridiculous excused when u've being stopped by traffic police"... fuhhh ramai la caller yg call bagitau pengalaman dorang which is kelakar2 gak la. Terhibur la my journey to Kuantan sambil drive sorang2.

Memang aku expected sampai exit Gambang, Kuantan dalam pukul 8.30.. Pecut gak la sbb terasa mcm jauh gila jer. Lps tu ada byk construction repair jalan kat LPT tu. Pecut punya pecut.. sekali aku kena tahan polis trafik btul2 kat flyover nak masuk exit Gambang. Wakakakaka!!! Aku dalam hati nak gelak ada.. nak nyumpah pun ada.. dah la td baru je dgr temberang2 caller yg call fly.fm tadi how they escape drpd kena saman dgn polis trafik. Hahahahahaha... ampeh btul la. Masa kena tahan tu I just can't help myself from senyum2 and tersengih2 sorang2.

Aku berhenti tepi, put gear into P, tarik handbreak, bukak tingkap dan terus hulur ic dan lesen. Encik polis tu amik ic dan lesen aku dan terus pi depan kete nak tengok roadtax aku. Sebbaik idop lagi. Huhuhu.. lps tu dia ckp "Ni dah melebihi had laju nih.. 142kmj! Awak nak pegi mana nih?"...

Dengan muka berlakon kunun2 bersalah.. aku ckp "Minta maaf encik.. saya nak cepat.. nak ke Kuantan!"

Polis tu ckp lg skali "Tapi dah melebihi had laju nih... Awak nak pegi mana?"

Aku ulang lagi "Saya nak pergi Kuantan.. ada meeting pukul9"

Dia tengok muka aku... aku tengok muka dia.. Dia hulur ic dan lesen aku.. lepas tu dia blah... meninggalkan aku terpingga-pingga.

Takkan aku nak jerit tanya "Encik nak saman ke idak?"

Tengok kat cermin pandang belakang tu.. dia buat bodo jer.. tanpa membuang masa sebab jam dah 8.35 aku pun bagi signal kanan slow2.. dan dia still wat bodo... aku pun sambung ler perjalanan yang tergendala.

Hahahahaahaha... tu la pengalaman bengong aku semalam..!!

Tuesday, September 16, 2008

cakit gigi

Nyut nyut nyut sakit gigi :( daripada semalam. Memula tu aku buat tak pot jer. Tapi semalam terus jadi semakin sakit dan sakit dan sakit...

Tengok kat cermin.. gusi kat geraham bawah kanan tu dah bengkak. Memang ada gigi bongsu tumbuh kat situ. Nampak cam tersepit dengan gusi yang gelembung tuh. Based on sembang2 dgn budak-budak nih mmg ler gigi bongsu tu tumbuh sket2. Mula2 gigi yg sket tu tumbuh.. aku tak rasa sakit langsung. Tengok dia tumbuh sket jer. Lepas tu tak tumbuh2 dah.

Yang pasti.. sekarang nih terasa sakit gila kat gusi yg bengkak tu. Still bleh bercakap cuma kena ketap gigilah. Gosok gigi pun berhati2 je kat area situ. Telan ailio pun dah start sakit :( uwaaa.. I need my loved one.

Err.. dalam puasa nih bleh tak pi jumpa dentist?

Cuti + Kerja

Aktiviti untuk minggu nih

Isnin - Mesyuarat OSC

Selasa - Majlis Berbuka Puasa di Hotel Rossa Pasadena sempena Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan Daerah Cameron Highlands.

Rabu - Cuti Nuzul Quran untuk Negeri Pahang. Balik KL. Ada appoinment shopping bersama kakak.

Khamis - Mesyuarat di JPBD Pahang, Kuantan. Balik hari kot. Assume meeting setengah hari jer.

Jumaat - Bersantai di rumah.

Sabtu - Berbuka puasa bersama keluarga di (masih belum kompom). Cadangannya banyak.. di Dewan Perdana Felda, di KL Convention Centre etc.

Ahad - Balik Cameron Highlands.

Monday, September 15, 2008

Dedicated Song

tiba-tiba terdengar theme song x-files berkumandang. sms dari ‘chenta’ lah. sms nya berbunyi begini..

“I want to dedicate this song for you.. perfect mansions (mountains of the sun) by virgin steele.. check in the internet for lyric and song.. muachs”
Virgin Steele - Perfect Mansions
(mountains Of The Sun)


The day is over, the setting of the sun
My wounds are many, evening has begun
A mist is falling before my eyes
My soul is free now to shadow forth and rise

To tread the paths that none has seen
The Mystic Rose, the Empyrean
Gone forever my days of valor
I will meet you in the sun

[Chorus:]
I will stay tonight in your perfect mansions
Where the silver horses run
I will rest my head in fields of glory once more
In the palace of the sky

The gods are mighty, children of the brave
Lord Poseidon, a message on the waves
The age is passing, the white ship rides
A voice is calling way beyond the skies

Tell her that you saw me stand (proud)
And you look into my eyes, (no fear was waiting)
Tell her that her name was on my lips when I died
I will meet her in the sun

[Chorus]

Death makes us innocent, all truths remain
The white ship is summoning, ride the winds of the sky!!!

[Chorus]

We rise above the world and we soar above the waves
With the last of all my breath I slew the best of seven wraiths
Fortune is now waiting like a vulture in the sky
Tears of blood are falling as the god of winter dies
And now we ride... silver horses of night
(Remember)... I'll meet you again in the sun
On holy, holy ground... We ride..

G2B

Semalam pi jalan2 kat MidValley semata-mata nak beli slipar dan kasut keje. Keadaan kedua-duanya dah uzur gila since aku blasah pakai hari-hari. Especially yang slipar tu lah. My fav slipar dan kasut keje is Crocodile. Very nice and comfy. Even kadang-kadang design ada cam makcik-makcik tapi aku tak pedulik dah skang. Kena pandai-pandailah carik yg design cam ok-ok sket ;-)

Tapi our mission pi MidV smlm adalah untuk mencari slipar ipanema by Gisele Bundchen. Lps surf lebih kurang.. aku jumpa satu beauty forum nih and depa kat sana kata slipar tu ada jual kat MidV. Tu pasallahnya aku terus tuju ke situ. Hehehe..

Sampai Studio R.. tertoleh-toleh gak nak mencari slipar tu.. ooo rupa-rupanya dia bergantungan kat sebelah kanan kedai. Ada 3-4 pasang gak yang nampak ensem dimataku inih. Lepas mentesting-testing antara ipanema or grendha... akhirnya aku beli yang ipanema. Ipanema dengan grendha nih adik-bradik. Satu brand tapi lain-lain model. Slipar getah.. Warna itam instead of gold kat dalam gambar. Ada nama Gisele bubuh kat situ.. harganya RM69.90. Tapi mmg selesalah. No argument. Kat luar kedai tu jugak aku bukak wedges dan sarung slipar baru.. wehoo..

Lepas tu jalan-jalan dalam JUSCO plak. Beli gak wedges dari Crocodile.. RM55.. black plain dan sesuai dibuat kasut keje. Kasut keje nih kene comfort lebih sket sbb kadang-kadang aku gi meeting or keje luar yang kena jalan jauh sket takde la menderita sakit kaki.

Tengah tunggu promoter tu pi amik size yg sesuai.. ternampak satu lg wedges from Nautica. Sangat cantik dan bleh la berangan cam ala-ala Jessica Simpson... Belek-belek.. try punya try.. skali tgk ada diskaun 20% menjadi harga kasut tu RM55 jugak. Hahahaha.. saya sangat suka!!! Dapat slipar, kasut keje dan kasut raya aka kasut function. Memanglah wedges yang seken tu tinggi tapi ketika function or pi kenduri kita byk duduk daripada berdiri. So settlelah upacara membeli-belah kasut pada hari inih. Bila dah berlubang barulah kita bershopping kasut lagik.. ;-) Moga berjumpa lagi dalam masa beberapa tahun. Hahaha.. daaaa...

Saturday, September 13, 2008

mari kita bayar saman

Fuhh.. lega.

Tu la perkataan paling tepat utk cerita ape aku baru buat td. Hahahaha.. bunyik cam pelik aje ek. Tadi aku check saman trafik aku kat myeg.com.my

check punya check... aku ada 6 saman trafik!! hahahaha.. ok la tu... takde la sampai berpuluh2. Semuanya saman ekor speeding di lebuhraya.. but my intention cuma nak bayo saman eksiden haritu jer. RM300 tadak diskaun :(

Hajat dihati nak pi bayar kat kaunter saman kat IOI atau Mines.. tapi malas nauzubillah. Jadi camne cara-cara nak mengatasi masalah nih?

1) Pi jer kat website myeg.com.my
2) buh ic number or plate kete
3) tick kat saman yg mana korang nak bayar.. in my case aku cuma nak byr 1 saman jer daripada 6 saman yg ada
4) dia kluar satu lg window.. bleh choose nk byr pakai internet account such as paypal etc. or credit card or bank account..
5) aku decide byr pakai bank account.. mls nk kaco credit card account yg baru jer lps byr.. haha
6) choose bank mana nak pakai.. tick agreement..
7) login online banking account
8) byr lah mcm biasa.. dia mintak tac number..
9) and tadaaaa!!! settle.. dia caj la RM2.

senang?? saman aku dah settle.. yang lenlain speeding summon tuh.. nenantilah.. aku ada google pasal diskaun saman.. end up kat blogspot sorang hamba Allah nih . dia ada tulis camne mo dpt diskaun saman trafik ;-) yeahooo..! InsyaAllah akan aku praktikkan saranan belio..

bangkit dari pengsan yang panjang

Setelah seminggu pengsan.. akhirnya notebook aku terjaga dari tidurrr yang panjang. Last week aku dah plan nak balik KL jumpa doktor kasi obat notebook-ku yang ketiduran yang tiba2 dilanda sawan, pengsan dan tak bangun2..

So now.. here aku kat rumah kakak. Celik jer mata pagi td terus ke sini. Dalam masa 3 jam dah settle. Memang tere kan? Ni kalo aku bawak pi kedai.. solution yg aku dpt ialah dorang akan format notebook aku dan install os semula. Thats all. Kakak click sana click sini.. dia bubuh akupuntur ker ape ke tatau la.. Hahahaha.. bila dia explain ape masalah notebook aku nih.. aku sengih2 buat2 paham je lah..

Tapi dalam hati mmg seronok gila lah... sbb tak perlu format notebook aku nih. Dapat guna semula dan bleh buat keje seperti biasa ;-)

To kakak.. tenkiu so much...!! Lebiu!! Muahhh!!!!

Thursday, September 11, 2008

no more kelam + suram

akhirnya aku berjaya menambah beberapa kaler dalam blog aku nih... amcam?

asalnya sume jenis tulisan dalam blog nih warna kelabu. tapi skang sudah tuko campo2 buh kaler oren + ijo + putih.. rasanya ensem dah nih kot. memula td ada la cam paria sket. oren ada biru ada ijo ada pink ada.. too many colors.. but now sudah okeh.. tenkiu pada ME dan kakak yang duk bg komen.

aku paling malas buh template... terasa cam semak dan hilang ke'simple'an yg nak ditunjukkan. itu pun incik lankutu dah rachun aku join nuffnang kt tepi tu.. sebbaik la kecik dan tak menyakitkan mata. ahaks...

so.. im happy.. no more kelam dan suram melanda diri... ecewahz..

Monday, September 8, 2008

si buta

Bengong otak kejap. Last weekend aku berpuasa dengan demam, selsema, batuk dan KERJA..!! Dari hari Khamis lepas lagi aku dah rasa tak sihat. Dah lama tak demam.. tatau kali ni demam sebab apa.. either cuaca, virus, antibodi, hormon ataupun (rindu). Hehehe..

Meh aku cite ape aku buat last week.

Isnin - cuti ganti Hari Kebangsaan dan juga hari pertama Ramadhan 1429H. Happy sebab kitorang bersahur dan berbuka bersama seisi keluarga. Lepas berbuka aku bertolak ke CH sbb esoknya bekerja. Dari KL aku drive. Sampai RnR Tapah tukar driver si Sue plak. Sampai dkt stesen janakuasa sebelum Ringlet tu driver plak yang muntah. Wakakaka...

Selasa - kalau ikut perancangan nak buat audit dalaman hari ni. Petangnya aku arrange meeting perbincangan program audit dalaman dengan pasukan audit. Hasilnya, audit ditunda esok.

Rabu dan Khamis lepas aku busy dengan program audit dalaman kat ofis. Ketua Audit Dalaman pun kena turun audit sbb tak cukup juruaudit. Itu pun aku buat dua hari secara tergesa-gesa.

Jumaat - aku arrange meeting perbincangan penemuan audit dalam sebelah pagi kat pejabat agama (sbb ofis ku yang daif ni takde bilik mesyuarat, menumpang bilik mesyuarat kat ofis orang je kerjanya). Semua auditors aku tak paham nak kaitkan prosedur yang diaudit dengan senarai semak. Hahahaha.. salah siapa? Salah cikgu yang mengajar lahhh!!!! Tanya aku, aku pun sama-sama bangang dalam hal ehwal pengauditan nih.

Petangnya, aku attent mesyuarat pengurusan. Baru la dapat minit pasal aku takyah amik tahu pasal ape yang dibincangkan dalam fullboard. Yang hairannya masa pengesahan minit tak sebut langsung pun. Dan dua kali hairan bila Ketua Unit lain yang sama-sama daripada KPKT tak pulak dibincangkan kedudukan dorang dalam fullboard. Mentang-mentang Ketua Unit yang dua orang lagi tu lelaki. Hahaha..

Malamnya, Mesyuarat MKSP which wakil pengurusan ataupun timbalan pengurusan tak faham pun macam mana nak laksana MKSP. Meeting ni lebih kepada penerangan consultant ape yg nak dibincangkan dalam MKSP. Hahahaha..

Sabtu - badan dah panas gila. airmata asik keluar jer. Bukan aku nangis.. tapi salah satu tindakan refleks badan kalau suhu badan tinggi sangat sebagai proses menurunkan suhu badan. Tapi dah namanya puasa.. nak berbuka, minum air dan makan ubat.. aku malas nak ganti puasa nanti. So aku tahan lah sampai berbuka. Buat kerja sambil lewa sahaja. Dah la tak pernah tgk pun laporan audit dalaman, tak pernah diaudit, hanya sekali buat latihan mengaudit, auditor dan auditee tak paham nak laksana audit. Last2 aku cuma asing-asingkan borang NCR sahaja. Lepas berbuka hajat dihati nak sambung kerja. Tapi lepas telan 2 biji ubat langsung terpeleot dalam selimut sampai pagi.

Ahad - pegi ke ofis lagi. Komitmen lah kununnyakan :D suhu badan naik semula. Tapi buat je la kerja ibarat orang buta. Aku sendiri tak paham ape benda laporan yang aku buat. Nak rujuk pun sapa ada kat ofis hari minggu camnih? Tapi by petang semua dah settle. Update fail audit dan lepas berbuka tido sepanjang malam.

Today - hari Isnin. Ke ofis mcm biasa. Auditor Luar datang pukul 10. Pukul 8.30 baru pengurusan terhegeh-hegeh bgtau suh pakai baju korporat. Kat luar cuaca hujan. Aku wat dek je dgn tulis blog nih dulu.

Haaa.. dah kul10.20 ;-) jom kita balik tukar baju :D

Wednesday, September 3, 2008

Yay.. Audit Dokumentasi pospon!!!

Yehooo0oo0o0o!!! Setelah luahan perasaan dan sesi mengumpat ringan di unit sebelah.. dengan bertemakan perlaksanaan audit dalam dan audit dokumentasi dari auditor luaran. Akhirnya telah dipersetujui pindaan tarikh untuk sesi audit dokumentasi. Yang kelakarnya dipospon ke 29 dan 30 haribulan yang mana pada hari tersebut cuti aku dah pun diluluskan ;-)

Haruskah aku buat bangang sahaja dgn kehadiran auditor luar tersebut? Kehkehkeh.. Kalo pengurusan cam cipan gini.. ditambah dgn layanan kelas tiga dorang nih.. aku sebagai ketua audit dalam pun maleh nak amik pot sangat pasal ISO nih. Pandai2 korang lah ek ;-)

----------------------

Dalam duk seronok2 tu.. last2 aku diberitahu yang tak jadi pospon. Proceed jugak on 8 - 9th nih akan ada audit 1st stage utk dapatkan ISO :(

worm attack

Hari ketiga berpuasa. Bersemangat nak pegi ofis walaupun bersahur dgn ubat jer. Tade selera nak mkn. Budak2 umah tade sorang pun bangun. Nak kejut tak sampai hati. hehehehe...

Bulan ni masuk ofis kul8.30 pagi.. tapi hari ni kul 8 aku dah sampai ofis. Hahahaha.. sampai je ofis lepas punch card dan tengah jalan ke unit aku.. tetiba Sue jerit.. "Wahhh cacing beso..!".. dua-dua kagum kejap tgk cacing gemok menjalar2 atas tar.

Jalan sket lagi.. "eh ada lagi cacing nih.."

Jalan sket lagi.. "ada lagi wehhh..."

Jalan lagi.. "uwaaa ngerinya.."

Jalan lagi.. "eeeeeeeee.. tu ada lagi!!"

Lagi.. "uweeekk.. tak lalu nak berjalan"

Sampai depan pintu unit aku.. "makkk... ada seko lagiii!!"

Aiyokk!!! MDCH diserang cacing gemok...!! Sampai ada 7 ekor duk melepak kat parking lot depan unit aku nih. Ada yang macam nak bunuh diri masuk lopak air.. sbb tatau plak cacing boleh berenang.. Ada yang merengkot kesejukan. Ada yang tengah mengensot ria. Macam-macam aksi ada ;-)
Ni kalo buat umpan mancing.. ikan pun takot nak makan.. huhhuhu...

Tuesday, September 2, 2008

susah hati part 4

Finally on 26th August hari tu.. susah hati dah jadi agak senang hati campo gembira hati bila dapat tau ME dah pun dibebaskan. Nyesal gak tak on telefon hari tu. Esoknya aku call ME dan dapat la bersembang dgn answering machine.. aku tinggalkan nombo tepon baru aku.

Dan2 lepas meeting.. ME call aku. Dia cite la A-Z ape dah jadi. Wahhhh.. bleh buat novel based on true event nih. kehkehkeh..

So.. kita tunggu on 8th October for second hearing.. untuk completely senang hati :D