Semalam... pukul4.30pagi Along kejut aku ajak pi sahur. Nasik yilek. Roti yilek. Last2 kitorang pi order mcd drive tru sarapan pagi.
Lepas sahur.. lepak2 gosok baju... and bersiap2... aku bertolak dari rumah pukul6.30 pagi headed to Kuantan to attend Mesyuarat di KOMTUR Bandar Indera Mahkota.
On the way tu aku dengar la radio.. i've no fav radio station. Tapi slalu tukar2 between hitz, mix, fly, hot, xfresh and era. Biasa lah pagi2, ada traffic report, ada berita, ada topic perbincangan..
Nak jadi cerita.. aku stuck kat fly.fm. Topiknya lebih kurang bunyik camni.. "what is your ridiculous excused when u've being stopped by traffic police"... fuhhh ramai la caller yg call bagitau pengalaman dorang which is kelakar2 gak la. Terhibur la my journey to Kuantan sambil drive sorang2.
Memang aku expected sampai exit Gambang, Kuantan dalam pukul 8.30.. Pecut gak la sbb terasa mcm jauh gila jer. Lps tu ada byk construction repair jalan kat LPT tu. Pecut punya pecut.. sekali aku kena tahan polis trafik btul2 kat flyover nak masuk exit Gambang. Wakakakaka!!! Aku dalam hati nak gelak ada.. nak nyumpah pun ada.. dah la td baru je dgr temberang2 caller yg call fly.fm tadi how they escape drpd kena saman dgn polis trafik. Hahahahahaha... ampeh btul la. Masa kena tahan tu I just can't help myself from senyum2 and tersengih2 sorang2.
Aku berhenti tepi, put gear into P, tarik handbreak, bukak tingkap dan terus hulur ic dan lesen. Encik polis tu amik ic dan lesen aku dan terus pi depan kete nak tengok roadtax aku. Sebbaik idop lagi. Huhuhu.. lps tu dia ckp "Ni dah melebihi had laju nih.. 142kmj! Awak nak pegi mana nih?"...
Dengan muka berlakon kunun2 bersalah.. aku ckp "Minta maaf encik.. saya nak cepat.. nak ke Kuantan!"
Polis tu ckp lg skali "Tapi dah melebihi had laju nih... Awak nak pegi mana?"
Aku ulang lagi "Saya nak pergi Kuantan.. ada meeting pukul9"
Dia tengok muka aku... aku tengok muka dia.. Dia hulur ic dan lesen aku.. lepas tu dia blah... meninggalkan aku terpingga-pingga.
Takkan aku nak jerit tanya "Encik nak saman ke idak?"
Tengok kat cermin pandang belakang tu.. dia buat bodo jer.. tanpa membuang masa sebab jam dah 8.35 aku pun bagi signal kanan slow2.. dan dia still wat bodo... aku pun sambung ler perjalanan yang tergendala.
Hahahahaahaha... tu la pengalaman bengong aku semalam..!!
3 comments:
ok la dari kena suruh nyanyi macam aku
bawak lagi keta lelaju..haha..x serik nie...nak tambah saman lagi ke..hehehe
kakakakaka...aku baru nak cakap..nasib tak kena nyanyi cam kakak!
Apa yang aku nak cakap is...chet, ni macamnya polis pun ada!! Part tang ko drive cam petir tuh aku no komen lah :|
Post a Comment