Bengong otak kejap. Last weekend aku berpuasa dengan demam, selsema, batuk dan KERJA..!! Dari hari Khamis lepas lagi aku dah rasa tak sihat. Dah lama tak demam.. tatau kali ni demam sebab apa.. either cuaca, virus, antibodi, hormon ataupun (rindu). Hehehe..
Meh aku cite ape aku buat last week.
Isnin - cuti ganti Hari Kebangsaan dan juga hari pertama Ramadhan 1429H. Happy sebab kitorang bersahur dan berbuka bersama seisi keluarga. Lepas berbuka aku bertolak ke CH sbb esoknya bekerja. Dari KL aku drive. Sampai RnR Tapah tukar driver si Sue plak. Sampai dkt stesen janakuasa sebelum Ringlet tu driver plak yang muntah. Wakakaka...
Selasa - kalau ikut perancangan nak buat audit dalaman hari ni. Petangnya aku arrange meeting perbincangan program audit dalaman dengan pasukan audit. Hasilnya, audit ditunda esok.
Rabu dan Khamis lepas aku busy dengan program audit dalaman kat ofis. Ketua Audit Dalaman pun kena turun audit sbb tak cukup juruaudit. Itu pun aku buat dua hari secara tergesa-gesa.
Jumaat - aku arrange meeting perbincangan penemuan audit dalam sebelah pagi kat pejabat agama (sbb ofis ku yang daif ni takde bilik mesyuarat, menumpang bilik mesyuarat kat ofis orang je kerjanya). Semua auditors aku tak paham nak kaitkan prosedur yang diaudit dengan senarai semak. Hahahaha.. salah siapa? Salah cikgu yang mengajar lahhh!!!! Tanya aku, aku pun sama-sama bangang dalam hal ehwal pengauditan nih.
Petangnya, aku attent mesyuarat pengurusan. Baru la dapat minit pasal aku takyah amik tahu pasal ape yang dibincangkan dalam fullboard. Yang hairannya masa pengesahan minit tak sebut langsung pun. Dan dua kali hairan bila Ketua Unit lain yang sama-sama daripada KPKT tak pulak dibincangkan kedudukan dorang dalam fullboard. Mentang-mentang Ketua Unit yang dua orang lagi tu lelaki. Hahaha..
Malamnya, Mesyuarat MKSP which wakil pengurusan ataupun timbalan pengurusan tak faham pun macam mana nak laksana MKSP. Meeting ni lebih kepada penerangan consultant ape yg nak dibincangkan dalam MKSP. Hahahaha..
Sabtu - badan dah panas gila. airmata asik keluar jer. Bukan aku nangis.. tapi salah satu tindakan refleks badan kalau suhu badan tinggi sangat sebagai proses menurunkan suhu badan. Tapi dah namanya puasa.. nak berbuka, minum air dan makan ubat.. aku malas nak ganti puasa nanti. So aku tahan lah sampai berbuka. Buat kerja sambil lewa sahaja. Dah la tak pernah tgk pun laporan audit dalaman, tak pernah diaudit, hanya sekali buat latihan mengaudit, auditor dan auditee tak paham nak laksana audit. Last2 aku cuma asing-asingkan borang NCR sahaja. Lepas berbuka hajat dihati nak sambung kerja. Tapi lepas telan 2 biji ubat langsung terpeleot dalam selimut sampai pagi.
Ahad - pegi ke ofis lagi. Komitmen lah kununnyakan :D suhu badan naik semula. Tapi buat je la kerja ibarat orang buta. Aku sendiri tak paham ape benda laporan yang aku buat. Nak rujuk pun sapa ada kat ofis hari minggu camnih? Tapi by petang semua dah settle. Update fail audit dan lepas berbuka tido sepanjang malam.
Today - hari Isnin. Ke ofis mcm biasa. Auditor Luar datang pukul 10. Pukul 8.30 baru pengurusan terhegeh-hegeh bgtau suh pakai baju korporat. Kat luar cuaca hujan. Aku wat dek je dgn tulis blog nih dulu.
Haaa.. dah kul10.20 ;-) jom kita balik tukar baju :D
No comments:
Post a Comment