Tuesday, December 30, 2008

Opss

Hari tu Abah and Mummy boring ya amat duduk kat umah. Pukul 10.15 Abah call bagitau nak mai ke Cameron Highlands. Alamakkk!!! Time cuti sekolah ni.. kat mana aku nak cari bilik hotel?

Call punya call.. akhirnya dapat lah 1 bilik kat hotel yang baru siap awal tahun haritu.. Hotel Titiwangsa. Pukul 3 depa dah sampai. Hahahaha.. confirm jer ada bilik terus packing kain baju, start kete dan bertolak la tuh.

Malamnya.. nak dijadikan cerita.. kitorang bercita-cita nak dinner kat Ye Olde Smoke House yang cantik tu..

Antara gambo yg aku sedut kat google..
Memang dah lama berhajat nak masuk hotel tu. Cuma biasa lah.. bila bendanya dekat.. kita tak berusaha pun nak pergi. Jadi, bila mai pelancong spesel 2 orang ni maka tercapailah hasrat nak pi Smoke House tu.

Aku call staff aku si Syukri. Sembang punya sembang dia kata "jangan risau boss.. situ halal..". Dengan konpiden nya kitorang segerombolan meredah ujan rintik-rintik membelah malam menuju ke Smoke House. Bila masuk jer.. wahhhh.. cantiknya deco...

So.. incik kat reception tu soh kitorang tgk menu dulu. Gulp! Sepinggan je dah cecah RM80. Takpalah.. sekali skala.. So takde masalah. Incik tu jemput kitorang duduk kat kerusi bunga-bunga merah tu pilih menu sementara dia mo arrange tempat duduk.

Lama gak la kitorang mentelaah menu tu. Tiba-tiba datang sorang waiter ni. Dengan concern nya dia bgtau "Are you ready for order? But before that I need to inform that this is a non halal restaurant". Melopong la kitorang semua tgk muka dia. Bila tengok kitorang mcm tak percaya.. baru dia bukak mulut skali lagi.. "Saya tau.. I work here..". Pastu dia blah tergesa-gesa.

Erk.. sebbaik tak start order pape lagi. Lepas tu mai sorang lagi waitress. Mummy pun reconfirm la ape yg mamat td tu cakap. Dia bgtau yang dulu memang ada dua dapur. Satu for halal cooking. Satu lagi for non halal cooking. Dalam menu tak nampak plak ada makanan berasaskan pork and what not.

Malas nak bercerita panjang lebar.. Maka kitorang pun keluar la dengan berat hati. Tak kesampaian juga nak makan kat Smoke House yang cantik tu. Mungkin satu hari nanti dorang dapat chef baru yang bleh masak halal food so bleh la cuba sekali lagi. Ini bukan tulisan nak menjatuhkan perniagaan Smoke House atau apa.. tapi cuma nak cerita pengalaman aku kat sana. Tatau la cawangan Smoke House kat tempat lain camne plak citenya. Wallahu a'lam.

1 comment:

insan said...

siannya...mesti terbantutkn selera.. xpe la.. asalkn kite dh tau.. tu pengalaman tu dan juga info ut org lain yg nk ke sana... heheheh