Monday, December 1, 2008

kutub utara kutub selatan

Dari CH ke Kuantan ke KL ke JB ke KL ke CH semula. Fuhhh.. letih. Hahaha..

Hari Rabu minggu lepas meeting OSC kali ke-22.. Cayalah.. Aku berjaya manage meeting 2 kali sebulan dengan jayanya!! Alhamdulillah..

Lepas makan tgh hari.. aku terus siap2 packing kain baju nak ke Kuantan. Esoknya aku ada meeting dgn SUK pasal pemantauan OSC. Ape laa.. dah ujung tahun baru nk tanya pasal pemantauan. Tapi takpe la.. ok la tuh.. harapnya tahun depan OSC Pahang terbela dengan perhatian daripada SUK nih. Perubahan yang bagus.. alhamdulillah.

Hujan lebat sepanjang perjalanan dari CH ke Kuantan. Siap ada tanah runtuh dan pokok tumbang kat Jalan Tapah tu before sampai Lata Iskandar. Sebbaik kete kecik. Muat la lalu kt bawah pokok tu. Bas dgn lori sume dah benti tepi. Sian dkt org yang naik bas. Terstuck lama kat tgh hutan tu. JKR nak potong pokok pun dah amik masa.

Ikut jalan shortcut Tg.Malim - Batang Kali - Genting Highlands - Genting Sempah. Masa lalu dekat Bandar Sunway tu ada air naik. Cuak gila takot enjin kete mati tgh2 banjir tu. Alhamdulillah selamat. Pucat lesi muka sbb byk running water melintang atas jalan. 6 jam fokus pada driving. Sampai Kuantan pukul10. Letih gila.

Dua kali hotel call tanya confirmation. Hahaha.. haritu masa booking estimate arrival pukul6 tapi pukul10 aku tak sampai2 lagi. Lepas check-in aku terus terbungkang tido. Letih ya amat.

Esok pagi.. bukak tingkap... eh SUK dekat situ je ke? Hahahaha.. aku rasa cam jauh sket lagi. Rupanya dekat aje. Kalo gini nampak gayanya aku jalan kaki je lah. Jimat duit parking.

Meeting kul9 tapi 8.20 aku dah sampai. Hahahaha.. jalan kaki pun cepat gila sampai. Kawan2 OSC yang hadir sama meeting nih.. Kak Lia Bera, Kamarul Rompin, Kak Asfa Pekan, Kak Lina Bentong, Kak Z Temerloh dan si Din Lipis. Maran, Kuantan dengan Jerantut hantar s.u depa je.

Meeting habis awal dalam kul11. Balik hotel.. kemas2 beg.. terus check-out. Hajat dihati mmg nak check-out awal dan pi jalan2 cari dvd boxset kat Megamall. Ajak si Kamarul sekali. Dia stay di Kuantan sbb dia kena pi Taklimat Portal OSC esok. Aku tak pi taklimat tu.. aku anto staf aku si Sal aje yg pegi.

Jalan2 di Megamall.. aku beli boxset Sex and The City dengan series The God Father. Lepas tu pi makan tgh hari. Aku dgn Kamarul dua2 tak reti jalan di Bandar Kuantan. Sudahnya kitorg berpusing2 ikut suka hati. Hahaha..

Lepas makan.. aku bertolak balik ke KL. Tapi sempat lagi singgah kat Warung Mok Naa kat Tg.Lumpur beli sata. Nyum nyummm.. terus je ikut Jalan Pekan dan keluar kat Gambang. Masuk highway dan terus ke KL.

Esoknya.. pukul10 aku ada appointment nak buat servis kete. Servis utk 70ribu km. Aku order power steering oil tank. Ganti penutup sediada yang hilang tu. Tah camne penutup tu bleh ilang ntah. Ampeh tul. Sambil servis tu aku tanya la pasal aircon yang berbunyik tu. Siasat punya siasat encik mekanik tu ckp maybe valve dia dah osak kot. Nak kena servis aircon la plak. Lagipun sejak beli tak pernah servis aircon lagi :D takpe lah.. nnti next major servis aku buat la sekali. Lagipun ingat nak tukar tayar sekali. Botak dah.

Lepas servis kete.. balik umah booking flight nak ke JB esok ada kenduri kawen si Syukri. Tapi flight balik plak takde. Call ceqleen... dia belikan tiket bas petang esok. Ok ensem..

Lepas org sembahyang Jumaat aku berkejar ke JPJ KL. Si Sue kirim buatkan lesen antarabangsa utk husband dia. Sekali dah sampai sana.. tak bleh buat pulak sbb JPJ nak lesen original dgn surat kebenaran wakil dari empunya diri. Aiyaak!!...

Dah tak bleh buat tu.. aku ke IOI Puchong bayar kad kredit dan ansuran kete. Terbeli blouse sepasang dgn sehelai jaket kat Jusco :D lps tu ke Mid Valley plak ambil mmbership card kat clarins. Beli facial package sekali utk 5 bulan akan datang dgn harga yg best. Yeahuu!!

Balik umah dah gelap. Alamak.. baju tak kemas lagi. Kang 6 pagi teksi dh sampai nk anto ke LCCT. Pukul1 baru dpt lelapkan mata. Tido tak tutup lampu pun takot tak terbangun. Hahaha.. Sekali pukul530 kak long dah ketuk pintu ckp teksi dah sampai. Hoh!!! Janji pukul6. Uwaaa!! Kelam kabut aku bersiap. Sampai di LCCT ngam2 pukul7. Terus check-in dan tunggu gate bukak. Flight pukul755.. sampai JB pukul840. Jalan di terminal.. makaihh.. rupa2nya terminal airport senai ni tgh renovate. Jauh gila berjalan nak sampai ke luar tuh. Ceqleen dah sampai tunggu kat luar.

Ceqleen bwk pi sarapan kat Taman U. Taman U pun dah banyak berubah. JB jangan cite la. Banyak btul flyover baru. Fuhhh bleh sesat guwe gini. Petang tu lps kenduri.. aku balik KL naik bas Maraliner kul530. Laju gila bas nih. Sampai KL kul9. Naik LRT sampai umah. Kul10 dah sampai.

Semalam.. balik CH semula. Kuar highway exit Tapah ada signboard beso dari JKR tulis ada tanah runtuh kat atas. Jalan tutup. Uwaaa!!! Patah balik dan naik CH ikut jalan Simpang Pulai. Gitu la perjalan aku dari kutub utara sampai kutub selatan minggu lepas. Berpusing2 satu malaya. Hahahaha..

2 comments:

jijah montel said...

nih dalam masa berapa hari nih? gile tul ko nih.. takpe janji puas.. aku smpi skrg takut nak naik CH.. even lalu kot simpang pulai pon.. gayattttt..

cik-zura said...

ni dari hari rabu sampai hari ahad minggu lps. kahkahkah..

oooo gayat eh.. aku skang pun dah bwk selo kt jalan tapah tu sbb tayar botak. kehkehkeh...

meh la mai cameron lagik.. jgn lupa cari ubat tahan muntah kat farmasi sebelumk bertolak ;-)