Sunday, March 22, 2009

Brunch

Hari minggu ni tersangatlah bosannya di Cameron Highlands. Nak pulak penghujung school breaks. Manusia ada di mana-mana.

Semalam aktiviti menlaundry kain baju yang maha banyak. Gara-gara mesin basuh rosak di rumah KL dan di rumah CH. Sudahnya aku menlaundry di rumah orang. Huhuhu.. semuanya sedang bersidaian di rumah CH dan di rumah orang. 5 kali trip basuhan mesin dan tangan.

Hari ni pagi-pagi buta terjaga dengan sorakan manusia di padang awam bertentangan rumah. Ada tournament apakah inih? Haiyaaa.. perut dah kelaparan baru dapat menolak selimut ke tepi.

Nak masak ape ye? Bahan-bahan utk mee goreng dah ada. Potong-potong dan campak dalam kuali. Voilaaa!!! Mee goreng ala mamak pun tercipta.

Jemput makan.

2 comments:

Muzik Hati said...

macam sedappp~

cik-zura said...

owh sudah semestinya sbb aku sorang yg masak dan aku sorang je yg makan. kahkahkah.. ayat perasan.. :D