Wednesday, March 18, 2009

Dilemma..

Sungguh aku berada dalam dilema sekarang ni. Memang masih ada banyak masa nak fikir kan dilema dan penyelesaiannya. Persoalannya sekarang.. this coming July genap 2 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Masih dalam tempoh percubaan. Belum terima apa-apa surat pengesahan lantikan mahupun pengesahan jawatan daripada JPA/SPA. Kursus induksi umum dan khusus dua-dua dah settle. BTN pun dah pergi dengan jayanya. Exam? Hmm.. the interesting part is skim J tak perlu lulus exam untuk sah jawatan/lantikan.

Basically, tinggal tunggu surat nak sah jawatan dalam perkhidmatan aje lah.

Dah tu ape yang merunsingkan anda? Bukan aku tak bersyukur diterima masuk ke perkhidmatan awam. Syukur sangat2.. matlamat aku untuk bekerja di sektor awam pun semata-mata terletak pada benefit dan tangga gaji yang jauh lebih baik daripada yg aku terima semasa di swasta. Walaupun bila campur claim sebenarnya sama je semasa keje di swasta. Hahaha.. cuma perasaan secure dan tak terbelenggu (fuhh perkataan) dengan krisis ekonomi yang melanda. Yup! Secara terus-terang memang aku tak terasa pun tempias krisis ekonomi. Nak pulak diposting ke tempat jin bertendang yang takde tempat nak menghabiskan duit.

Cerita pasal harga minyak naik.. aku memang sediakala menggunakan kereta jimat minyak. Isi minyak di Cameron Highlands ni mmg untung sbb cuaca sejuk. Penggunaan pun tak banyak setakat pergi keje balik keje sahaja. Abis kuat pun pegi ke Brinchang dan Kea Farm sekali sekala time boring ya amat menyampah di Tanah Rata nih. Perjalanan rumah ke pejabat hanya mengambil masa 2 minit tak termasuk masa nak memanaskan enjin kete tambah lg 3 minit. Total 5 minit dah sampai pejabat. Jammed? Pagi2 buta diwaktu bukan peak season sangat tak sesak. Cameron Highlands hanya dilanda kesesakan jalanraya bermusim sahaja. Itu pun ketara hanya di kawasan Kea Farm sahaja. Waktu balik pun memandu dalam keadaan bosan 5 minit dah sampai rumah. Sangat tensen bila memandu sambil on radio time pegi keje. Lagu blom abis tp dah sampai. Arghhhh.. bleh kata sejak work and living di Cameron Highlands aku mmg ketinggalan carta lagu. Hahaha... takpelah.. tak penting pun.

Cerita pasal harga barang naik.. memang certain goods memang mahal di Cameron Highlands. Especially on fresh fish, meat, chicken etc. Senang ckp menda2 makanan yang diimport dari luar Cameron Highlands. Tapi.. ada kesan sangat ke pada aku? Aku bukannya makan sangat pun. Tinggal berdua dgn housemate. Boring tau.. apatah lagi kalau masing2 bz.. outstation. Alamat dapur tak berasap lah.

Cerita pasal rumah... harga rumah dan sewa rumah di Cameron Highlands memang mahal. Bagi kawasan hulu dan berkepadatan rendah nih patutnya sewanya murah. Tapi tidak di Cameron Highlands. Harga rumah dan sewa rumah adalah sama je ratenya dengan Lembah Klang. FYI, disini tak banyak rumah yang boleh disewa bulanan. Kebanyakkannya pemilik lebih rela menyewakan rumah mereka dengan kadar harian pada cuti hujung minggu dan waktu2 puncak yang lain. Lebih menguntungkan kata mereka. Nasib baiklah aku dapat menumpang di kuarters kerajaan. Campur duit api, air, astro dan bahan makanan.. tiap2 bulan aku bayar RM250 sahaja. Cola tak potong.. ITP pun tak potong.. Hidup aman damai tak banyak karenah segala macam..

Work load? Hmmm.. kalo ikutkan scope of work aku.. keje aku sangatlah simple. Bila dah berkali-kali buat benda yang sama.. lama-lama bleh naik muak. Terasa macam senang sgt keje aku. Ni makan gaji buta ke ape nih? Hahaha.. kalau di semak semula.. aku rasa tak banyak mende yg aku belajar dulu digunapakai dalam keje aku sekarang. Dah nak masuk 2 thn ni aku terasa tersangat bosan dengan kerja aku sekarang :( rasa mcm nak benti kerja dan jadi isteri mithali je.. uhux..)

Dah tu ape kena mengena dgn dilema yang aku nak cerita nih? Hahahah... Eh yg panjang2 kat atas tu semuanya mukadimah je ke?

Sebenonya aku dalam dilema samada nak memohon pelepasan dengan izin atau memohon cuti tanpa gaji atau meletak jawatan...

Fuh.. very serious topic kalau dah sampai bab meletak jawatan.

Hmmm.. walaupun everything is still blurry dan serba-serbi "belom confirm" tapi masih juga menyesakkan fikiran. Saya seorang planner. Town planner yang tak berapa well planned dlm kehidupan. Hahaha.. Oleh sebab itu, think beyond the future is crucial. Takde la mcm Einstein nak fikir pasal hukum gravity ke ape..

Sebenarnya apa arah tujuan entry nih? Owh.. saya dalam dilema. Takpelah... dilema ini akan dihurai dan diungkai selepas bln depan.. apsal bulan depan? cuba jgn banyak tanya ok.. huhuhuhu.. bersambung lagi nanti nanti.. penyelesaian pada dilema tersebut..

InsyaAllah..

6 comments:

jijah montel said...

next month eh? ill wait.. :)

anyway.. ko duk kuarters.. tapi cola and itp still on meh?.. hmmm... sepupu aku yg keje dgn kementerian kesihatan pun duk kuarters tapi cola and itp masih on.. memang tak aci.. tak aci!!! kalau cikgu mesti dah kena potong itp.. and cola jadi half..

cik-zura said...

kalo ddk ramai2.. korang still kena potong itp dan cola setiap sorang ke? :o

cola ngn itp aku tak potong sbb kuarters tu bkn ats nama aku.. so aku just byr suku cola dan itp pada budak yg pakai nama dia utk ddk kuarters tu lah. campo api air astro dgn groceries.. tu yg cecah 250 sebulan tuh.. kalo ddk 4-5 org mcm aritu.. 75 sebulan pun blehhh.. muahahaaha..

hmm nxt month kut.. ngeeee.. papehal akan di update kemudian ;-)

jijah montel said...

tak leh la kalau duduk kongsi... kena declare gak.. kerani aku kata kalau kantoi dgn ppd.. kena blacklist.. ntah pa hape.. merepek..

cik-zura said...

laaaa gitu ek... kejam btul ppd nih. kawtim sesama sendiri sudah la kan..

takpe.. ko tak perlu nk ddk ramai2 dah :D

Unknown said...

ko keje kat mane?
hospital CH ker?

cik-zura said...

erk.. bila masa pulak aku keje hospital CH? nope.. aku bukan keje kt spital daaa... cuma pesakit yg selalu ke hospital CH yang takde orang nk datang tuh..