Wednesday, March 4, 2009

Rompin

Minggu terakhir bulan Februari aku out station ke Rompin. 8 jam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Rompin. Sampai hari ni letih tak ilang lagi.

Perjalanannya okey jer. Ikut LPT keluar di exit Gambang. Ikut Jalan Negeri C3 across Pekan. Aku tak pernah sampai Bandar Pekan tu. Apatah lagi daerah Rompin. Kekekekeke... Atas nasihat kawan-kawan aku ikut jalan pantai ke Kuala Rompin. Dalam 2 jam la perjalanan dari Kuantan/Pekan. Sepanjang jalan sunyi jer hanya ditemani dj radio (bosan dgn cd collection sendiri) dan juga kera-kera di tepi jalan.Kak Yati cakap.. lepas jumpa simpang / signboard ke Summerset (yang dah nak terjun ke laut sbb hakisan tu) dan Lanjut Resort.. call dia. Tak lama lepas kedua-dua simpang / signboard tourist attraction tu.. akhirnya sampai juga aku di Kuala Rompin.
Bermalam di rumah Kak Yati di Sungai Puteri. Esoknya hadir meeting anjuran JPBD di pejabat Majlis Daerah Rompin. Tengah hari dapat makan udang galah which is trademark daerah Rompin. Sedap sangat makan sampai tak ingat nak snap gambar. Kekekeke..

2 comments:

::Cikgu Liza:: said...

ni sambil drive ke snap gambor nih.. fuyyyyooo...

cik-zura said...

sesambil drive lah.. maleh nk benti tepi tangkap gambo.. lgpun berani la sbb tgk ler jlnnya sunyi.. tadak kete.. huhhu